Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Thursday, October 19, 2017

Stesen Minyak BHP @ Blue Valley


Sekadar nak kemaskini mengenai Stesen Minyak di antara laluan 185, Simpang Pulai, Perak - Cameron Highlands, Pahang - Lojing- Gua Musang, Kelantan 

Laluan ini dahulunya laluan tanpa stesen minyak di antara Gua Musang - Lojing - Blue Valley Cameron Highlands  - Simpang Pulai sejauh 180 km lebih namun sejak 2 tahun ini satu stesen minyak telah dibuka iaitu di Blue Valley, Cameron Highlands.

Ini merupakan satu kemudahan yang sangat penting bagi  pengguna laluan terus Gua Musang ke Simpang Pulai atau sebaliknya untuk mengisi minyak tanpa perlu masuk ke Cameron Highlands iaitu Brinchang sejauh 21 km dari lokasi ini.

Namun, Stesen Minyak BHP ini  hanya dibuka dari pukul 7 pagi hingga 9 malam sahaja. 

Jika anda terlepas waktu operasi mereka ini, anda masih perlu masuk ke Cameron Highlands iaitu ke Stesen Minyak Petronas dan Shell di Brinchang yang dibuka sehingga pukul 10.30 malam.

Dari Simpang Pulai Stesen Minyak terakhir adalah di Simpang Pulai iaitu Stesen Minyak Petronas manakala di Lojing, hanya di Gua Musang.

Rancang keperluan minyak kenderaan anda.

Wednesday, October 18, 2017

Petronas Simpang Pulai dibuka kembali, 2017


Tiga bulan lepas, saya ada kongsikan catatan awal saya mengenai penutupan sementara Stesen Minyak Petronas di Simpang Pulai bagi perubahan pengurusan katanya.

Semalam, ketika saya melalui Jalan Simpang Pulai ini untuk ke kembali ke Cameron Highlands, ianya telah dibuka kembali. 

Baguslah. Tentu ramai yang lega kerana bukan sekadar boleh isi minyak di sini, juga boleh menggunakan tandas dan kemudahan yang ada di sana.

Dan tak perlu lagi nak cari pam minyak di Simpang Pulai atau Jalan Gopeng.

Jalan Simpang Pulai terkini, 2017

Saya sekadar nak kongsikan sedikit kemaskini mengenai Jalan Simpang Pulai untuk ke Cameron Highlands.

Pertamanya adalah koleksi dari sudut pandangan atas menggunaka Drone oleh Saudara Jan Syariza yang dikongsikan sendiri olehnya di Facebook Cameron Highlands Group minggu lepas. Bagi saya cantik gambar yang dikongsikan ini sebab memberikan gambaran yang sangat jelas.

Jika anda mahukan versi gambar yang lebih berevolusi tinggi, hubungi Saudara Jan Syarizan untuk urusan seterusnya. Drone tu mahal tau, jangan buat muka toya nak Freeeeee aje... 


Keduanya kemaskini pengalaman saya sendiri Sabtu dan Isnin baru-baru ini. Rumusannya semuanya berjalan lancar tanpa perlu ada kebimbangan apa-apa. Sebab dua minggu ada pengguna yang berkongsikan kisah ada kereta yang mencurigakan mereka dan mendapat pelbagai reaksi tambahan dari pengguna yang lain.

Jadi saya sekadar berkongsikan pengalaman saya semata. 

Cuma kisah keselamatan cerun di sini saya agak menaruh kenyakinan kepada Jabatan Kerja Raya yang telah memberikan jaminan keselamatan cerun terutamanya di km 44 dan km 46 yang telah dibaik pulih. 


Namun di kilometer 44, kelihatan runtuhan cerun masih berlaku dan ini agak membimbangkan namun pihak JKR telah berkongsikan teknik binaan jalan di situ telah dinaiktarafkan.

Manakala di kilometer 46 pula terowong separuh struktur telah pun dibuka sepenuhnya dan mampu menghalang runtuhan cerun dari atasnya ke laluan ini. Ini adalah struktur half tunnel kedua di Malaysia namun adalah yang terpanjang.

Semua ini pernah saya kongsikan dalam catatan awal saya dan mungkin boleh saya kongsikan kembali di link dibawah.
  1. Jalan Simpang Pulai
  2. Jalan Simpang Pulai Runtuh?
  3. Status Baikpulih kilometer 44 Jalan Simpang Pulai
  4. Status baikpulih cerun dan Half Tunner Kilometer 46 Jalan Simpang Pulai 
Cukup tak? Saya ok sahaja dengan laluan ini... Simpang Pulai ke Kampung Raja sekitar 50-60 minit.



Pasar Malam Cameron Highlands 2017

Saya sekadar nak perbaharui kemaskini catatan Pasar Malam Cameron Highlands. Bukan apa seronok pula melihat suasana pasar malam ini dari sudut pandangan atas ini.

Jarang ada sudut pandangan sebegini bagi keseluruhan pasar malam ini.

Gambar ini bukan milik saya tetapi ditangkap denga begitu baik oleh Saudara Jan Syarizan dan dikongsikannya dua tiga hari yang lalu melalui  Facebook Cameron Highlands Group.

Jadi kalau anda nak beli versi berevolusi tinggi bolehlah hubungi beliau. Gambar ini bukan milik saya tau. Saya nak kongsikan sahaja.


Antara koleksi catatan saya mengenai Pasar Malam Cameron Highlands boleh anda baca dengan klik pada pautan ini.


Cukup kut...... 

Tuesday, October 17, 2017

Pasar Malam Cameron Highlands di Cuti Deepavali 2017

Gambar ini milik saudara Jan Syarizan.
Minggu lepas ada yang bertanya saya samada pada minggu ini pasar malam di sini akan dibuka kerana cuti Deepavali hanya pada hari Rabu?

Pasar Malam Cameron Highlands memang akan dibuka setiap malam cuti sekolah sempena Deepavali 2017 memandangkan hampir seluruh negara diberikan cuti Sekolah seminggu.

Klik catatan awal saya untuk ke Panduan Perjalanan ke Pasar Malam Cameron Highlands.

Sent from my S7edge smartphone

Saturday, October 14, 2017

Jalan Tapah dah dibaiki?


Minggu lepas, JKR Batang Padang memuatnaikan maklumat terkini pembaikan semula Jalan Tapah ke Cameron Highlands.

Ramai yang teruja dan turut berkongsikan aktiviti yang sangat di nanti ini. Ianya sangat menjadi tumpuan kami sebab telah melalui jalan ini yang berkeadaan teruk sejak 3 tahun lalu.

Alhamdulillah, KDYMM Pemangku Raja Pahang mendengar rungutan dan keluh kesah rakyat naungannya di Cameron Highlands dan Baginda sendiri melalui Jalan Tapah ini dan mengakui sendiri keadaaan yang teruk dan berjanji akan menghantar kedukaan Baginda kepada pihak yang terbabit. Klik Catatan awal tersebut di SINI

Malah YAB Menteri Besar Perak turut sama mengeluarkan kenyataan bahawa jalan ini perlu segara dibaiki sehari sebelum lawatan KDYMM Pemangku Raja Pahang ke sana. Saya juga telah berkongsikan catatan tersebut di SINI

Seminggu lebih, JKR Batang Padang memulakan kerja pemulihan jalan ini. 

Namun saya sendiri tertanya-tanya apakah skop keseluruhan kerja-kerja pembaikan ini. Pemerhatian saya semalam, hanya sekitar atau anggaran  300 meter lebih yang diturap semula setakat ini.

Itus sahaja yang boleh saya kongsikan. Harap bukan berstatus melepaskan batuk di tangga sahaja kerjanya ya. 

Jom kita tanya JKR Batang Padang.

Runtuhan Kecil sepanjang Jalan Tapah 11 Okober 2017


Bukan nak menakutkan anda sebagai bakal pengguna Jalan Tapah yang nak berkunjung ke Cameron Highlands.

Cuma nak menjawab dan berkongsikan info terdapat beberapa runtuhan kecil sepanjang jalan terutamanya selepas Lata Iskandar akibat hujan yang sangat lebat pada 11 Oktober 2017 yakni semalam.

Bukan besar tetapi kecilan sahaja runtuhan tebing dan cerun serta ada pokok yang tumbang. Saya kira hampir 20 lokasi sepanjang jalan ini.

Cerita baiknya adalah semuanya telah dan sedang dibersihkan oleh pihak kontraktor yang diamanahkan oleh pihak JKR.

Semalam saya sendiri melalui Jalan Tapah ini dan selamat digunakan.

Jadi Jangan risau. Kalau masih risau, dapatkan nasihat perjalanan dari JKR Batang Padang yang merupakan kawasan pentadbiran mereka.





Friday, October 13, 2017

Lata Iskandar 2017


Saya pernah berkogsikan kisah Lata Iskandar di Jalan Tapah dahulu.

Tapi kali ni saya nak kongsikan sedikt info yang saya baca baru-baru ini dari Facebook Komuniti Cameron Highlands mengenai lata istimewa ini.

Saya kongsikan di sini.

********

Air Terjun Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi yang menarik dengan kewujudan siratan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Berada dibawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Perak Daerah Batang Padang, air terjun ini terletak di pertengahan jalan dari Tapah ke Cameron Highland iaitu 15 km dari Pekan Tapah melalui jalan raya Tapah serta 85 km dari bandaraya Ipoh.


Pengunjung yang ingin ke air terjun ini boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Tapah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini adalah bersiar-siar, berenang dan jungle tracking.

Suasana yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau melata, pokok-pokok hutan menambahkan lagi kesejukan yang menyengat isi dan tulang kita sewaktu berada dikawasan ini. Lata ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda serta merasai airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa boleh diluang untuk melalui denai-denai hutan yang telah disediakan yang pasti akan membawa anda kepada keseronokan dengan hidangan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun ini. Bagi anda yang berkunjung ke sini bersama keluarga, apa kata bawa bekalan untuk berkelah, makan di sudut tepi air terjun sambil dihembus dengan percikan debu jernih airnya pasti tidak akan luput dari ingatan setiap orang.



Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Terdapat juga kedai seni kreatif disini
seperti ukiran dan lain-lain. Setiap ukiran yang dipamerkan mempertontonkan makna tersendiri. Warna dan coraknya masih mengekalkan keaslian yang artistik dan tidak kurang menariknya apabila labu yang diukir boleh dijadikan untuk pelbagai fungsi. 

Lokasi kedai ini adalah kawasan deretan kedai-kedai menjual pelbagai barangan hiasan. Jadi, jangan ketinggalan untuk memiliki sendiri barangan kraftangan dengan harga yang murah dan anda pasti akan berpuas hati dengan kualitinya. Hasil-hasil kraftangan di sini sangat bermutu tinggi dan ianya hasil buatan warga asli tempatan.


Deretan gerai-gerai juga disedikan berhampiran kawasan air terjun bagi mendapatkan bekalan minuman dan makanan ringan untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar. Turut dijual disini ialah herba serta akar-akar kayu seperti tongkat ali, kacip fatimah dan lain-lain lagi untuk tujuan perubatan dan penjagaan kesihatan. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah tandas awam dan pondok wakaf untuk pengunjung berehat sebelum menyambung perjalanan ke Cameron Highland mahupun turun ke pekan Tapah. Andainya anda ada merancang untuk ke Cameron Highland, moh singgah dan nikmatilah keindahan di Lata Iskandar serta abadikan dalam foto kenangan percutian anda.

Taman Eko-Rimba Lata Iskandar

Taman Eko-Rimba Lata Iskandar adalah terletak di daerah Tapah, Perak. Kemudahan yang terdapat di sini ialah pondok rehat, gerai makanan dan kedai cenderamata.

Di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Lokasi Lengkap:
-15 km dari Bandar Tapah melalui Jalan Tapah ke Cameron Highlands.
-85 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Tapah - Brinchang – Bluevalley. Hutan Lipur Lata Iskandar adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Tapah yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Apakah stesen terdekat untuk ke Lata Iskandar?
Stesen terdekat untuk ke Lata Iskandar Waterfall adalah:
-Opp Kelana Square adalah 208m jauh, 3 min dengan berjalan kaki
-Kelana Puteri Condo adalah 454m jauh, 6 min dengan berjalan kaki
-Kelana Mahkota Condo adalah 585m jauh, 8 min dengan berjalan kaki

Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,
35000 Tapah, Perak
Tel. : 605-4011 216
Faks : 605-4015 331
No. Kecemasan:
• Dial 911
• Hospital Tapah - 16 km (605-4011 333)
• Balai Polis Tapah Road- 32 km (605-4181 222)
• Balai Bomba dan Penyelamat Chenderiang Lama - 24 km (605-4011 444)

Tuesday, October 10, 2017

Kedai Cermin Mata di Cameron Highlands

Untuk menjawab pertanyaan kawan yang perlukan membaiki cermin matanya yang rosak ketika bercuti di Cameron Highlands 3 bulan lepas, saya kongsikan maklumat kedai cermin mata di sini.

Ada dua kedai di Tanah Rata iaitu MIU Optical sebaris dengan Starbuck fi Jalan Besar Tanah Rata dan satu lagi saya lupa nama kedainya iaitu di hujung sebaris dengan Maybank. 

Kalau sekadar nak beli solution kanta sentuh boleh ke Watson di Tanah Rata sebaris BSN atau ke Guardian di Pekan Brinchang. Watson juga ada di Cameron Square Aronda Nova Kea Farm.

Semoga dapat membantu.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Sunday, October 8, 2017

Dalat International School di Cameron Highlands

Tahukah anda selain dari British dan Jepun yang pernah menduduki Cameron Highlands terdapat satu organisasi Amerika Syarikat juga pernah bertapak di sini?

Namun mereka berada di sini bukan untuk pendudukan untuk menjajah tetapi melibatkan pengurusan sekolah berasrama beraliran Kristian yang dikenali sebagai Dalat International School.


Saya sering terdengar kisah terdapat sebuah sekolah lama di Tanah Rata iaitu di Tapak Hotel Century Pine Resort dihadapan Taman Pertabalan Tanah Rata.

Cameron Highlands menjadi lokasi ketiga Sekolah Dalat yang telah ditubuhkan di Dalat Vietnam pada tahun 1926 sebelum berpindah ke Bangkok akibat perang dunia dan pada tahun 1965 hingga Jun 1971, Sekolah Dalat telah beroperasi di Tanah Rata sehinggakan mempunyai seramai 180 pelajar. 

Sekolah ini menggunakan Hotel Eastern di Tanah Rata iaitu Hotel sebelum Century Pines. Sekolah ini kemudian berpindah ke Penang selepas pengunduran pihak British yang turut menyaksikan kemudahan hospital tentera turut ditutup dan ini menyukarkan kemudahan kesihatan kepada pelajar dan juga faktor keselamatan.


Saya perolehi maklumat diatas ini di Laman Web Dalat School International mereka. KLIK

British Military Hospital Cameron Highlands 1952

Saya menemui satu journal catatan mengenai bagaimana seorang tentera British yang cedera mendapat rawatan di BHM Cameron Highlands.

Kini bangunan ini masih kekal dan digunakan sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT TANAH RATA.
Ada beberapa petikan catatan yang menarik untuk dikongsikan. Namun saya kongsikan mengikut pemahaman saya semata-mata ya.

1. Phil Khempster telah mengalami kecederaan semasa bertugas di Johor dan telah dibawa ke Cameron Highlands dari Changi Sinagpore bersama beberapa askar yang juga cedera termasuklah askhar Gurkha untuk menerima rawatan susulan dan berehat di British Military Hospital.


2. Beliau diterbangkan ke Ipoh dan mengikuti konvoi ke Cameron Highlands. Awal catatan perjalanan beliau menyatakan suasana persekitaran di kawasan Ipoh ke Tapah (saya rasa) berlandai dengan suasana kampung, sawah padi dan ladang kelapa sawit serta getah yang diusahakan oleh peladang British.

3. Bab bagaimana pergerakan mereka ke Cameron Highlands melalui Jalan Tapah akan saya kongsikan dalam catatan lain memandangkan saya rasa ianya agak unik kisahnya.

4. Ketika memasuki kawasan Tanah Tinggi Phil Khempster mengatakan ianya mulai terasa sejuk malah amat sejuk dan tidak menyangkakan sesejuk itu. Malah beliau mengatakan itulah suasana sejuk yang pertama dirasanya selepas keluar dari tempat asalnya di Blighty.


5. Mereka sampai di BMH Tanah Rata dan kalau dilihat sekarang adalah di Sekolah Convent. Bloknya dibahagian belakang Gereja Convent jika dilihat dari tanda X oleh beliau.

6. Mereka melalui proses pemulihan kecederaan yang dialami dengan gambaran berikut "Hospital Yang Hebat tetapi terapinya seperti neraka namun semuanya kesakitannya hilang kerana semua nursenya yang berambut blonde sangat comel seperti anak patung". 

7. Di hadapan BMH terdapat penempatan tentera yang kalau di dilihat dari gambarnya berbentuk Niesen Hut dan menjadi benteng keselamatan kepada penempatan BMH dan sekitarnya.

Rasanya kawasan ini adalah Prima Villa Apartment sebelah Box Port 

8. Di bawah BMH pula terdapat gerai dan kedai yang menjual barangan keperluan penduduk dan saya dapat mengesakan ianya adalah Pekan Tanah Rata.

9. Kisah catatan ini saya kisarkan pada tahun 1952. Gambar dibawah menunjukan kawasan hujung pekan Tanah Rata yang masih belum dibangunkan. 


10. Khempster mengatakan terdapat sebuah tugu marmar di laman BMH ini sebagai peringatakan kepada seorang Rahib yang telah diperkosa dan dibunuh oleh Tentera Jepun semasa zaman perang dunia kedua 1942 yang menggunakan bangunan hsopital dan gereja sebagai pejabat dan kediaman pegawai mereka. Malah dikatakan roh Rahib tersebut kadangkalanya dapat dilihat berkeliaran dan melintasi kawasan hospital diwaktu malam menjadikan suasana hospital ini berhantu. Namun Khempsetr mengakui sendiri beliau tidak pernah terserempak dengan hantu tersebut kerana akan menutup kepalanya dengan bantal semasa tidur. Penakut juga mamat ni rupanya..

Cukuplah kut... anda klik untuk ke Link website tersebut. Untuk anda membaca penuh catatan dari Chapter 13 yang ditulis oleh Phil Khempster dalam buku A Brief Story of Life on Reme, a Craftsman Story 1948-1953 ini silalah ke KLIK di SINI


British Military Hospital di Cameron Highlands


Saya seladar nak kongsikan gambar lama Cameron Highlands ini. Seperti biasa jika ada terjumpa gambar lama Cameron Highlands ini, saya akan muatnaikan dalam catatan blog saya sekadar nak simpan.

Gambar ini saya perolehi dari laman web berkisahkan catatan salah seorang petugas kesihatan British dan kisahnya panjang agak panjang.

Mrs Una McLellan (nee Mansfield) Beliau ada mengatakan pernah bertugas di BMH Cameron Highlands dan semua pengangkutan ke Tanah Rata adalah menggunakan kereta perisai yang tidak selesa dan panas. Mereka bergerak secara konvoi dengan kawalan keselamatan sepenuhnya. 

Saya petik bab penutupan BMH di Tanah Rata ini.

In 1957 the Malayan Federation was formed and this marked the end of the Colonial Rule of Malaya by Great Britain. Singapore became an independent nation in 1965. Units and hospitals closed and withdrew from the area such as BMH Tanah Rata in Malaysia.

Catatan penuh : di http://www.qaranc.co.uk/bmhsingapore.php


Di mana lokasi BHM ini sekarang ? Pemerhatian saya ianya sudah tiada dan kelihatan seperti tapaknya di Central Lounge atau kini Century Pines Resort. Saya tak pasti kenapa gambar ini digunakan sebagai BMH Cameron Highlands.

Pemahaman awal saya BMH yang sebenar adalah di Sekolah Convent Tanah Rata. Rasanya lah.. Nanti saya gali informasinya.

Catatan kedua saya mengenai BHM ini lebih terperinci di SINI

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Senarai Klinik dan Hospital di Cameron Highlands.


Lama dahulu, saya ada kongsikan nombor perhubungan klinik dan hospital di Cameron Highlands.

Saya kemaskinikan kembali nombor yang berkaitan dan harapan dapat membantu anda semua kelak.

Kemaskini nombor akan dilakukan kemudian. 

FARMASI
Tigas Cameron Pharmacy;<br>
58-a Persiaran Camellia 3, Tanah Rata - 05-491 4791

Watson
L ot 7,8, Grd. Floor, Marigolds Sqr, Tanah Rata. 

Watson Aronda Nova Caneron Square Kea Farm

Guardian Brinchang


KLINIK/HOSPITAL:

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata - 05-491 1966 (GPS : 4.466836, 101.390448)

Klinik Dr Ayob Tanah Rata - 05-4911654<br>

Klinik Wong, Brinchang (Sebelah Pasaraya Jimat One Stop) - 05-491 1478
Brinchang. (GPS : 4.492137, 101.389074)

Klinik Liew Dan Chiam Brinchang

Klinik Raj Tanah Rata

Klinik EDINA Ringlet 

Klinik Ringlet, Ringlet



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Senarai Nombor telepon Balai Polis di Cameron Highlands


Rasanya dah ada catatan sama sebegini dahulu. Tak apa saya kemaskinikan sahaja nombor perhubungan Balai-balai Polis di Cameron Highlands.


BALAI POLIS / PONDOK POLIS.

Tanah Rata – 05 491 5443

Brinchang – 05 491 1222

Kg. Raja – 05 498 1222

Ringlet – 05 495 6222

Pondok Polis Tringkap - 05-496 2222

Pondok Polis Lembah Bertam - 05-4956373

Semoga ianya membantu anda kelak.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Saturday, October 7, 2017

Tips memandu dalam kabus di Cameron Highlands


Seringkali kabus akan muncul di Cameron Highlands dan selalunya tidak pernah memilih masa dan tempat. Malah tidak pula akan sama berapa lama ianya akan berada di satu-satu kawasan. Seringkali kabus yang muncul ini akan menyukarkan pemanduan anda di sini kerana menghadkan jarak penglihatan anda baik semasa siang ataupun malam.

Apa yang saya dapat kongsikan berdasarkan pengalaman saya memandu dalam suasana berkabus sekitar 10 tahun lebih di sini.


Cuma harus diingatkan, ini sekadar pengalaman saya semata bukan teruji secara teknikal dan rasmi. Rasa lojik anda boleh ikut, kalau tidak sila abaikan sahaja.

1. Pastikan anda memasang lampu semasa suasana berkabus. Kalau boleh lampu penuh bukan lampu dimmer atau sisi aje.

2. Pasang lampu kabus atau fog lamp jika ada. Yang Toyota Vios ada rear fog lamp tu saya tak pasti berfungsi atau tidak sebab anda bukan memandu mengundur...

3. Jangan pasang lampu kecemasan sebab anda boleh mengelirukan orang samada anda berhenti atau pun tidak.

4. Pasang wiper anda selalu. Jangan kedekut getah wiper anda sebab adakala ketebalan kabus berubah dan menyebabkan cermin kereta anda lebih kabur sebab basah secara tiba-tiba.

5. Jangan memandu laju. Nak cepat ke mana sangat. Bukan selalu anda berkabus tebal. Nikmati sahaja pemanduan dalam kabus tu.

6. Jangan memandu terlalu dekat dengan kenderaan dihadapan. Jarak yang selamat sekitar 10 meter.


7. Jika kabus terlalu tebal, jangan berhenti di tepi jalan sebab pemandu lain pun sukar nak perasan kereta anda sedang parkir kerana mereka akan mengikut lampu belakang kereta dihadapan.

8. Jika kabus terlalu tebal juga, jangan suka hati keluar dari kereta nak bergambar sebab pemandu lain mungkin tak perasan dengan anda yang berdiri di tepi jalan. Saya risau, itu mungkin gambar terakhir anda selepas itu...

9. Jika kabus terlalu tebal dan tak nampak jarak dihadapan, gunakan garisan tepi sebagai panduan pemanduaan. Jangan guna garisan tengah sebab kemungkinan anda makan jalan atau pemandu bertentangan anda makan jalan.

10. Jangan memecut secara tiba takut anda hilang kawalan akibat licin.

11. Jangan memotong kerana anda tak nampak jarak kereta dari hadapan.

12. Jangan membrek secara tiba-tiba kerana boleh menyebabkan kereta di belakang anda akan terlanggar anda jugak.

13. Bab lampu mana nak pilih? Saya suka lampu rendah di waktu malam sebab anda akan lebih nampak permukaan jalan anda dihadapan bukan jauh ke depan. Waktu siang boleh guna lampu tinggi cuma tak pasti kenderaan bertentangan arus rasa silau ke tidak. Kalau malam memang terasa silau juga.

14. Jangan nak memotong motor dihadapan anda kemudian masuk secara tiba-tiba semula sebab orang yang bawa motor selalunya menunduk muka ke bawah sebab mengelakan air hujan menusuk muka mereka. Jadi mereka kurang alert dengan tindakan tiba-tiba.

15. Penunggang motor juga kan mengalami pemandangan yang berjarak pendek dan tidak jelas sebab wap kabus membentuk halangan di wiser helmet mereka.

16. Bunyikan HON. Saya rasa masa ni agak sesuai untuk bunyikan hon jika anda benar-benar rasa tal yakin dengan laluan dihadapan. Hon sebagai amaran bukan nak maki orang....

17. errr esok fikir lagi..


Apa lagi ya... nanti kalau ada terfikir saya tambah....  


Friday, October 6, 2017

Hotel yang ada kolam renang di Cameron Highlands


Ada yang bertanya dalam salah satu group Facebook mengenai Hotel yang ada kolam renang di Cameron Highlands. Jadi saya nak kongsikan jawapan di dalam blog saya jika ada lagi pertanyaan seumpamanya di masa hadapan.

Setahu saya ada 3 buah hotel yang ada kolam renang tetapi indoor iaitu Hotel Copthorne di Kea Farm dan Strawberry Park Resort di Tanah Rata.


Manakala Hotel Smurf Inn di Tanah Rata masa saya singgah tahun lepas ditunjukan kawasan kolam renang di bahagian bawahnya tetapi tak pasti pula sudah dibuka atau tidak. Namun bilik-bilik utama mereka dilengkapi Jakuzi dalaman.

Hubungi hotel-hotel ini terus untuk makluman lanjut dan urusan selebihnya. Saya tiada kena mengena kecuali sekadar berkongsikan maklumat yang saya tahu ini sahaja.

Sunday, October 1, 2017

Pemangku Raja Pahang melalui Jalan Tapah


Saya petik sepenuhnya Info dan post dari facebook Tuan Haji Rahim Bin Othman yang mengikuti DYMM Pemangku Raja Pahang melalui Jalan Tapah.

********************
◇◇ BIAR GAMBAR BERBICARA ◇◇

● Dengan Izin sahabat2 boleh Share ramai2 -
" Pemangku Raja Pahang menitahkan baginda lakukan bukannya nak menagih UNDI..baginda cuba melakukan yang terbaik bantu untuk keselesaan rakyat jelata"

29 SEPTEMBER - KDYMM Pemangku Raja Pahang mengikut jadual berangkat pulang dari lawatan kerja di Cameron Highlands dengan Helicopter ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun baginda menitahkan batalkan Helicopter dan buat persediaan berkereta berangkat pulang dari Tanah Rata melalui Ringlet - Tapah di Perak.

RBO : Ampun Tuanku, jalan dari Ringlet tak selesa banyak rosak berlubang-lubang tuanku.

PRP: Itulah sebab aku nak lalu jalan tu. Nanti kita singgah di kawasan jalan yang rosak dan kamu (RBO) ambik gambar. Ramai orang mengadu pasal jalan tu...aku nak tengok sendiri.

RBO: Ampun Tuanku..Titah dijunjung.


Konvoi diraja bergerak dari Tanah Rata jam 2.30 petang melalui Ringlet permukaan jalan yang baik.

NAMUN masuk sahaja sempadan Negeri Perak menuju Tapah...pemandu memperlahankan kenderaan..baginda melihat sendiri keadaan jalan yang berlubang-lubang dan bertampal sana sini.

PRP : Jangan langgar lubang nanti rosak kereta aku..titah baginda kepada pemandu.
Jalan ni dalam pentadbiran negeri Perak bukan dalam Pahang. Kalau ada lagi jalan yang berlopak dan berlubang kamu (pemandu) berhenti...aku nak turun tangkap gambar.

Sepanjang jalan ke Tapah yang mengambil masa dua jam.. baginda turun tiga kali termasuk singgah di Hutan Lipur Air Terjun Lata Iskandar.

BEGITULAH KEPRIHATINAN Pemangku Raja Pahang terhadap aduan rakyat..baginda menzahirkan perasaan dukacita dan akan bertindak menulis surat kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya jalan TAPAH KE RINGLET di beri keutamaan di selenggara dengan baik.

PATIK bagi pihak hamba rakyat jelata menjunjung kasih di atas keprihatinan tuanku terhadap aduan rakyat..Semoga Allah Subhanawata'ala sentiasa melindungi Kebawah Duli Tuanku sekeluarga.

♡ DIRGAHAYU TUANKU ♡
♡ DAULAT TUANKU ♡ DAULAT TUANKU ♡ DAULAT TUANKU ♡

#rbonews #wargakuantan #VisitPahang2017 #hoGohPahang2017 #JKR #MenteriKerjaRaya
#PerakDarulRidzuan #PahangDarulMakmur
#HitamPutihTakKanPadam #Virakkan #Viral #NegaraKuSehatiSejiwa #DirgahayuTuanku #DaulatTuanku #AstroAwani501 #TV3 #Rtm


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Saturday, September 30, 2017

Bayaran Green Bermain Golf di Padang Golf Cameron Highlands

Berita baik untuk peminat sukan golf yang ingin bercuti dan sambil itu bermain golf di sini.

Majlis Daearah Cameron Highlands melalui facebook rasmi mereka MD CAMERON telah berkongsikan makluman mengenai Diskaun 40% bagi Kadar Bayaran Green Padang Golf kendalian mereka iaitu Kelab Golf Sultan Ahmad Shah Cameron Highlands.


Difahamkan diskaun 40% ini hanya bagi permainan 18 lubang dan untuk 9 lubang adalah seperti dibawah tanpa sebarang potongan diskaun.


Hubungi MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS melalui nombor telepon diatas untuk urusan lanjut.

Saya tiada kena mengena sekadar berkongsikan maklumat diatas sahaja. 

Menteri Besar Perak Mohon Jalan Tapah Cameron dibaikpulih



Kisah kerosakan Jalan Tapah Cameron bukan kisah baharu. 

Sejak 7 tahun rasanya jalan ini bagakan diabaikan oleh pihak bertanggungjawab dsri segi penjagaan dan penyelengaraannya. 

Bukan seorang dua yang merungut dan membuat aduan. Ada beberapa orang terkait politik membangkit isu ini namun sering dilihat sebagai komen nyamuk ahli parti pembangkang dan jika diajukan oleh penyokong kerajaan  pula ianya akan dianggap sudu melebihi kuah dan tidak mengikut saluran dan bukan keutamaan selain dianggap mahu menjadi wira semata.

Semua aduan dianggap satu ungkapan sinis dan bermotifkan politik namun hakikatnya keperluan kepada pengguna dan penduduk di Cameron Highlands dan penduduk Jalan Tapah sepanjang 64 km tidak dilihat sebagai keperluan untuk diberikan khidmat terbaik.

Petang semalam KDYMM Pemangku Raja Pahang melalui jalan ini untuk pulang setelah berada di Cameron Highlands selama 2 hari untuk urusan rasmi dan Baginda sendiri telah singgah di Lata Iskandar. 

Pastinya Baginda merasai sendiri betapa teruknya keadaan Jalan Tapah ketika ini.

Ironinya pagi semalam, Menteri Besar Perak turut mengemukakan teguran keperluan untuk pihak Kerajaan Persekutuan memulihkan kembali laluan persekutuan 59 dibawah mereka ini.

Dan pastinya kita tak mahu dilihat sebagai retorik dan gimik semata-mata.

Kita tunggu dan lihat..cuma dah tak mahu tunggu lama... dah dekat dah menanti undi untuk dimasukan dalam peti undi dan pastinya mereka akan mengharapkan kertas undi dipangkah diruangan mereka....

Petikan kenyataan Menteri Besar Perak...

TAPAH ROAD:Kerajaan Negeri meminta agar Kerajaan Persekutuan mempercepatkan cadangan bagi penurapan dan pelebaran jalan Tapah ke Cameron Highland yang tidak diselenggara dengan baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara itu telah dikemukan kepada pihak Persekutuan untuk penilaian.

"Jalan persekutuan ini telah dibina begitu lama sejak sebelum merdeka bagaimanapun ia tidak diuruskan begitu baik.

"Wakil rakyat telah mengemukakan cadangan beberapa kali agar dapat mempercepatkan penurapan dan pelebaran semula jalan bagi memudahkan penduduk mereka yang menggunakan jalan tersebut," katanya kepada media sejurus selepas menghadiri Festival Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat Orang Asli sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di Daerah Kampar dan Batang Padang.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Wednesday, September 27, 2017

TAWARAN TAPAK NIAGA DALAM KAWASAN MDCH

Saya kongsikan makluman dari Pihak Majlis Daerah Cameron Highlands ini dari facebook rasmi mereka berkenaan tawaran tapak meniaga di pasar malam dan Food Truck.

Ingat, saya kongsikan makluman mereka bukan saya yang anjurkan atau terlibat...

******************************

HEBAHAN

TAWARAN TAPAK NIAGA DALAM KAWASAN MDCH

1) TAPAK PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS
2) TAPAK FOODTRUCK BRINCHANG CAMERON HIGHLANDS

TARIKH TUTUP PENYERAHAN BORANG PADA ATAU SEBELUM 09 OKTOBER 2017

SEBARANG PERTANYAAN DAN URUSAN BOLEH TERUS KE JABATAN KESIHATAN AWAM DAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN ( BAHAGIAN PERLESENAN ) MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS .

Sent from my S7edge smartphone

Tuesday, September 26, 2017

Musim Kabus di Cameron Highlands


Kabus di Cameron Highlands?

Jika anda bernasib baik, anda akan merasai suasana berkabus di sini dan saya tidak boleh menjanjikan adakah sepanjang masa ianya akan berkabus.

Biasanya kabus akan kelihatan selepas hujan dan selalunya petang. Ianya akan datang dibawa tiupan angin dan melintasi kawasan tertentu dan tidak akan kekal lama.

Macam beberapa hari ini, kerap juga suasana berkabus di sini malah agak tebal selepas hujan namun tidaklah terlalu lama.

Semuanya kalau ada rezeki untuk anda merasai suasana berkabus di sini.

Kalau tak dapat merasainya, maksudnya anda kenalah datang lagi bercuti.

Sunday, September 24, 2017

Avant Chocolate and Ice Cream @ Blue Valley Cameron Highlands


Juga kunjungan pertama kami ke sini biarpun 10 tahun melaluinya setiap kali ke Ipoh.

Namun tiga minggu lepas kami sempat singgah di sini. Lokasi Avant Chocolate ini bersebelahan dengan Green View Garden yang saya rasa keduanya dimiliki oleh syarikat yang sama.


Terdapat banyak pilihan coklat yang boleh anda beli dan ada masa tertentu anda boleh melihat sendiri bagaimana coklat ini dibuat. 

Saya tak la membeli sangat coklat di sini kerana ada pilihan lain di Tanah Tinggi dari pengusaha bumiputra.

Kisah mengenai tarikan utama di sini iaitu Green View Garden bersebelahannya saya kongsikan dalam catatan terdahulu. KLIK


Green View Garden @ Blue Valley Cameron Highlands


Ini kali pertama kami singgah di Green View Garden biarpun sepuluh tahun melalui hadapan kiosk ini setiap kali ke Ipoh melalui Jalan Simpang Pulai.



Di mana Green View Garden:

Lokasinya di Blue Valley iaitu Utara Cameron Highlands. Jika anda datang menggunakan Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands, ianta mudah dilihat di sebelah kiri sebaik sahaja menghampiri kawasan pertanian di sini.

Jika anda datang dari arah Lojing, anda perlu lajak ke arah Simpang Pulai dahulu yakni bermakna jangan masuk ke Cameron Highland selepas sempadan Lojing dan Cameron Highlands.

Apa kelebihan di sini?


1. Pit Stop pertama anda yang lebih selesa selepas pemanduan jauh. Green View Garden lengkap dengan kemudahan tandas selain cafe untuk melepaskan penat.
2. Mood bercuti anda dan keluarga boleh dimulakan di sini tarikan perlancongan ala percutian Cameron Highlands.

3. Ada beberapa tarikan untuk bergambar di sini seperti replika menara angin Belanda, Rumah Pantai warna warni di Philip Islands, dan juga permainan kanak-kanak. 


4. Boleh sebagai pilihan first stop atau last stop percutian anda di Cameron Highlads.

Selebihnya gambar sahajalah saya kongsikan.


ooo ya, ianya juga bersebalah dengan Avant Chocolate and Ice Cream di mana catatan yang ringkas mengenainya di sini. KLIK 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...