TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, November 15, 2017

Data Kehadiran Pelancong ke Daerah Cameron Highlands 2008-2015

Catatan saya sebelum ini mengenai jumlah pelancong ke Cameron Highlands seramai 1,007,992 orang tercatat dalam rekod kehadiran teramai setakat ini ke daerah perlancongan tanah tinggi ini. 

Klik Catatan Jumlah Pelancongan 2016 ini untuk perinciannya.  

Dan untuk analisa pertama ini, saya nak kongsikan data kehadiran pelancong samada tempatan ataupun antarabangsa dari tahun 2008 hingga 2015. 


Untuk tahun 2015, jumlah pelancong yang hadir saya perolehi sepenuhnya berjumlah 904,899 orang dengan pecahan pelancong tempatan seramai 730,886, pelancong antarabangsa seramai 107,420 dan pelancong dari negara Asean seramai 66,593 orang.  

Dan jumlah ini saban tahun meningkat kecuali tahun 2012 dan 2014 pula menyaksikan penurunan ketara jumlah pelancong ekoran banjir lumpur akibat perlepasan air Empangan Abu Bakar di kawasan Lembah Bertam yang menakutkan kehadiran pelancong terutamanya pelancong tempatan. 

Ada beberapa catatan lama mengenai kejadian tersebut ada saya kongsikan sebelum ini. 

Macam kena pula statistik ini kerana saya berpindah ke sini pada tahun Mac 2007. Jadi saya boleh akui sendiri merasakan saban tahun terdapat penambahan jumlah pelancong ke Cameron Highlands.

Saya ada la jugak memerhatikan perkembangan ini dan jika nak dinyatakan apakah ukuran pembangunan berkaitan dengan pelancongan di daerah ini berkembang atau tidak atau selari atau tidak dengan pertambahan jumlah pelancong, saya merumuskan sebagai sangat PERLAHAN dan tak seiring langsung rasanya. 

Mungkin lebih kepada bentuk luahan pendapat diri sendiri sebab saya bukan tahu pasal soal perancangan dasar dan pembangunan tempatan untuk lebih secara terperinci. Jangan terasa sangat ya pihak yang berkenaan. Nyamuk aje pendapat ni... tepis sikit larilah.... 

Apapun untuk analisa syok sendiri mengenai statistik jumlah kehadiran pelancong ke sini saya sambung dalam catatan berikutnya.

Saya telah kongsikan maklumat kehadiran pelancong ke Cameron Highlands dalam catatan berikut:
Selamat melancong..selamat bercuti ... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock