TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, May 19, 2018

Bercuti di Cameron Highlands di Bulan Ramadan.

Kawasan letak kereta MARDI Tanah Rata...  Lengang kan .... 

Ada yang bertanya saya mengenai suasana bercuti di Cameron Highlands semasa bulan puasa. 

Saya jawab ..  lengang...  atau kurang sangat pelancong.

Pemerhatian saya sekitar Tanah Rata dan Brinchang mendapati laluan ke sana agak biasa sahaja tanpa kesesakan yang biasa terjadi di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang selalunya agak teruk. 

Kawasan Pekan Tanah Rata tidak kelihatan kelibat pelancong berbangsa Melayu tetapi kelihatan pelancongan berbangsa Cina dan juga pelancong asing yang lebih banyak melintas jalan.

Kawasan Perumahan Makmur Cameron Jaya atau PRIMA kelihatan lengang dari kereta pelancong yang menginap di Apartment percutian. Kebiasaannya di sini sangat ramai pelancong yang menginap dengan kereta berplate nombor dari luar dan juga bas-bas rombongan. 

Saya kongsikan pula gambar parkir kereta di Stesen MARDI Tanah Rata pukul 12 tengahari, Sabtu dan Ahad. 

Hanya kawasan dihadapan pintu utama sahaja ada beberapa buah kereta pelawat manakala di kawasan parkir sebelah yang biasanya penuh dengan bas dan kereta kosong  sampai ada orang tempatan gunakan kawasan parkir tersebut untuk mengajar anaknya memandu kereta di sana!!!

Namun masih ada keadaan jalan sesak di kawasan ke Kea Farm dan ke Brinchanag ekoran penutupan satu lorong bagi kerja pembaikian tebing jalan mendap di sekitar Sungai Burung.

Bagaimana dengan tempat makan? Adakah masih dibuka? Ya masih dibuka namun terhad bilangannya. Namun ada pasar ramadhan yang boleh anda kunjungi jika bercuti di sini samada di Tanah Rata ataupun Pekan Brinchang. 

Adakah kawasan tarikan perlancongan masih dibuka. Ya Masih dibuka macam biasa.

Adakah Kea Farm masih dibuka? Ya Masih dibuka.

Adakah pasar malam masih dibuka? Rasanya masih dibuka... 

Adakah berbaloi untuk anda bercuti di Cameron Highlands di waktu bulan puasa?

Bayangkan ..
Anda mendapat tawaran harga penginapan hotel dengan kadar luar musim...
Anda mendapat tawaran harga penginapan apartment percutian dengan kadar diskaun..
Anda tidak perlu menempuh kesesakan jalan yang teruk.
Anda mendapat tawaran harga pembelian dengan lebih murah
Anda tidak perlu bersesak-sesak teruk di kawasan tumpuan pelancong

Tetapi ;
Anda perlu kepenatan berpuasa dan berjalan
Anda tak boleh menimati wafle aiskrim, aiskrim strawberry, scone dan juga menu harus cuba di kawasan kafe.
Anda mempunyai pilihan tempat makan yang terhad.
Anda tak rasa melancongan sangat sebab tak bersesak. Tak de feel  kata orang.

Jadi terpulang kepada anda....

Sedikit Koleksi Catatan sepanjang Bulan Ramadhan di Cameron Highlands:
  1. Berterawih di Cameron Highlands?
  2. Pasar Ramadhan di Cameron Highlands.
  3. Pakej Berbuka Puasa di Hotel Copthorne
  4. Pakej Berbuka Puasa di Hotel Heritage
  5. Keadaan Cuaca Cameron Highlands di Bulan Puasa
  6. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak Cameron Highlands
  7. Lokasi Bazar Ramadhan Brinchang
  8. Lokasi Bazar Ramdahan Tanah Rata
  9. Kaunter Kutipan Zakat di Cameron Highlands
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

1 comment:

Unknown said...

Hai sya nk tnya, bln ramadhan, bazaar ramadhan di golden hills ada ke? Tmpt2 menarik n tmpt strawberry bukak ke

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock