TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, March 16, 2018

Jalan Tapah ke Cameron Highlands terkini...

Saya melalui Jalan Tapah atau Jalan Persekutuan 59 dari Cameron Highlands ke Tapah tadi.

Alhamdulillah, keadaan jalan ini dalam keadaan yang baik selepas dibaiki dengan kaedah penurapatan oleh kontraktor di bawah Jabatan Kerja Raya Batang Padang. 

Jika sebelum ini selekoh tertentu amat nazak dengan lubang dan permukaan jalan yang teruk terhakis, kini hampir siap dibaiki pulih.

Namun kaedah penurapan ini dibuat di kawasan tertentu yang dikenalpasti mengalami kerosakan bukannya penurapan sepenuhnya di laluan sepanjang 64 km ini.

Masih terdapat kerja penurapan sedang dilakukan di batu 14 ke bawah. 


Selebihnya menghala ke Cameron Highlands sudah siap. Nampaknya mereka membaiki dari bahagian atas ke bawah.

Cuma di batu 5 ke 6, culvert masih belum dibaiki. Masih banjir dengan air masih melintas. Kena berhati-hati ketika melalui kawasan ini.


Namun saya boleh katakan, ini adalah antara keadaan jalan yang terbaik yang pernah saya lihat di Jalan Tapah ini sejak 11 tahun pengalaman di sini. Cuma semalam ada terdengar cerita pokok tumbang di dua lokasi semasa hujan lebat. Rutin. 

Nikmat Apa yang kau dustai lagi jika tidak bersyukur.......... 

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Sent from my S7edge smartphone

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock