TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, March 5, 2018

Taman Gunung Cameron Highlands (Cameron Highlands Montane Park atau CHiMP) di Parit Falls

Saya pernah menulis mengenai CHIMP DIO Parit Falls ini dalam catatan terdahulu. Yang saya bangkitkan adalah kewujudannya tidak dibuka kepada awam sejak 8 tahun ianya dibangunkan.  Klik

Adakah hanya kepentingan penyelidikan semata dan dari catatan FRIM ini saya mendapat bayangannya. 
"CHiMP merupakan tapak 'genebank' atau pengumpulan pelbagai spesies hutan flora pergunungan di Semenanjung Malaysia. Taman ini mempunyai lebih 520 taksa (15-20%) daripada anggaran jumlah 3,300 spesies flora pergunungan di Semenanjung Malaysia; serta 14 'showcase gardens'. Ia akan menjadi lokasi tumpuan para saintis dari dalam dan luar negara.".


5 Disember 2017 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato' Dr Abd Latif Mohmod telah mengadakan lawatan ke Taman Gunung Cameron Highlands (Cameron Highlands Montane Park atau CHiMP) di Hutan Lipur Parit Falls pada 1-2 Disember untuk meninjau kemajuan kerja projek tersebut.
Abd Latif mendengar taklimat serta mengadakan perbincangan dengan Ketua Projek CHiMP, Noorsiha Ayop tentang persediaan majlis perasmian CHiMP yang bakal diadakan awal tahun hadapan.
Beliau juga dibawa untuk meninjau beberapa tapak menarik di CHiMP dengan diiringi Noorsiha, pegawai bertugas, Nurliyana Abdul Latif; jurutera projek Kavhn Surendran; dan beberapa staf FRIM yang lain.
CHiMP merupakan tapak 'genebank' atau pengumpulan pelbagai spesies hutan flora pergunungan di Semenanjung Malaysia. Taman ini mempunyai lebih 520 taksa (15-20%) daripada anggaran jumlah 3,300 spesies flora pergunungan di Semenanjung Malaysia; serta 14 'showcase gardens'. Ia akan menjadi lokasi tumpuan para saintis dari dalam dan luar negara.
Projek CHiMP yang dilaksanakan oleh FRIM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ini sejajar dengan komitmen kerajaan dalam menangani pelbagai isu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar tanah tinggi.
Program lawatan tersebut memfokuskan kepada perancangan pembangunan pelbagai komponen fizikal di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi keperluan penyelidikan, pemuliharaan, pendidikan dan rekreasi tanah tinggi serta eko-pelancongan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara serta peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat setempat.
Purata kunjungan pelancong setahun ke Hutan Lipur Parit Falls adalah seramai 36,000 orang. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 43,700 orang setahun pada tahun 2020.
Sumber : Laman FRIM


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

1 comment:

ZachSaMe said...

super awesome spot for hiking and enjoying the fresh air. have you visited flora park in cameron highland as well?

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock