TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, February 20, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Terkukur @ Merbuk

Dalam banyak-banyak jenis burung yang saya temui sejak dua minggu ini, burung terkukur bewarna pink inilah yang sangat mengasyikan saya. 

Manakan tidak, kicauan BURUNG TERKUKUR ini memang nyaring dan berbalas-balas antara satu sama lain. Saya tak temui burung kedua yang membalas kicauan terkukur ini namun saya pasti ada seekor lagi di dalam sempadan hutan dan kebun di sini.


Hari pertama saya tidak membawa kamera saya dan hari kedua saya membawanya dengan harapan burung terkukur ini masih ada di sana. 

Saya bernasib baik. 


Hari kedua ia masih di sana malah kali ini agak rendah ia bertengek dan berkicau. Namun tiada kicauan balas saya dengar menyebabkan ia tidak senang duduk di situ dan mulai terbang ke sana sini dan berkicau lagi.

Hari ketiga saya temuinya lagi namun nun jauh di atas sana menyukarkan saya nak mengambil gambarnya.


Bila saya rujuk kepada Pak Cik GOOGLE, terkukur ini memang nyaring berbunyi untuk menarik perhatian rakannya berlainan jantinanya.

BURUNG TERKUKUR juga dikenali sebagai MERBUK. 

Saya kongsikan gambar yang sempat saya ambil di bawah:


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock