TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, November 5, 2017

The Grand Haven depan Pasar Malam Cameron Highlands

Pagi tadi saya sekadar beriadah di Golden Hills melalui laluan treknya dan kemudian saya melalui kawasan pasar malam. 

Rupa-rupanya ada satu lagi hotel yang dibuka berhadapan pasar malam ini di Barrington Square Golden Hills iaitu THE GRAND HAVEN.

Namun ianya bukan sekadar apartment biasa tetapi berkonsepkan suite apartment dan penthouse apartment 4 1/5 duplex.

Saya buat carian dalam facebook dan menemui laman facebook mereka. Wow... harga penginapan di sana bermula RM 470 sehingga RM 1,150 semalam. 



Saya rasa anda perlu terus menghubungi THE GRAND HAVEN melalui 05 485 1116. atau layari facebook mereka The Grand Haven.

Jangan tanya saya, saya sekadar berkongsikan maklumat antara hotel-hotel yang berdekatan dengan pasar malam baru ini sahaja.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock