Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, July 27, 2017

Musim anggur kembali lagi di Lembah Bertam, Ringlet

Musim Buah Anggur masak kembali lagi. Dalam menunggu durian luruh tak sampai sampai rupanya anggur dulu yang masak.

KEMASKINI 31 JULAI 2017: MUSIM ANGGUR DAH HABIS .. awal dari jangkaan kerana diserbu ramai pelancong di minggu sudah.

Saya sempat pergi ke Kebun Anggur di Lembah Bertam semalam selepas saya mendapati papan tanda 'SWEET GRAPE FOR SALE' telah dinaikan. Selalunya ini bermakna kebun anggur ini kembali di buka kepada kunjungan awam.

Saya kongsikan permerhatian saya berdasarkan kunjungan tengahari saya semalam:

  • Buah anggur ketika ini masih banyak dan menunggu ranum untuk dipetik namun sudah ada yang masak untuk dipetik dan dibeli.
  • Buah anggur dijual secara petik sendiri dengan harga RM 22 sekilogram. Ambil raga dan gunting yang disediakan dan pilihlah gugusan anggur yang anda berkenan. Dapatkan tips dari pekerja bangla yang berada di sana mana satu yang manis. Cari yang benar-benar masak dan manis tapi pastikan anda tidak terpikat dengan senyuman manis abangla itu ya. 
  • Tempoh jangka pengeluaran mengikut Untie pemilik kebun anggur ini adalah sebulan lebih sahaja kerana keluasan plot 2 yang lebih kecil daripada plot 1. Namun katanya dengan jumlah pelancong yang sedikit kurang sejak minggu lepas, dia menjangkakan boleh bertahan sekitar 6 minggu. Tapi saya jawab, kekurangan pelancong kerana gaji yang masih belum masuk terutamanya selepas berbelanja sakan di Hari Raya......'ooo itu macam, ini minggu ramai loooo'... senyum untie melebar panjang....
     
  • Kebun Anggur ini terletak dalam kebun sayur dan bunga yang tradisional. Bukan kawasan yang kiosk perlancongan yang selesa dan mudah nak dikunjungi. Ada laluan masuk terhad dan perlu berjalan kaki dari tepi jalan melalui permukaan jalan kebun yang kasar, menuruni bukit sebelum mendaki sedikit dan kawasan dalam rumah plastik. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan kasut sesuai. 
  • Adakah sesuai untuk kunjungan kanak-kanak... saya katakan ya... masih sesuai
  • Adakah sesuai untuk kunjungan warga emas .... bukan terlalu emas.. dan tidak bertongkat atau berkerusi roda. Tak boleh.
PERINGATAN KERAS:
Harap membantu ya catatan ini, jangan tanya saya  selebihnya sebab saya pun pergi sebagai pelancong sahaja bukan pemilik atau ada kepentingan di Kebun Anggur di Lembah Bertam ini...

Jangan diitukan .. diinikan dingapakan... maklumlah .. ramai sangat Generasi Y sekarang ini, semua nak mula WHY itu ..why ini...

KEMASKINI 25 NOVEMBER 2017:
Catatan Terkini MUSIM ANGGUR NOVEMBER 2017 boleh anda ikuti di Catatan di bawah:
https://mrkumai.blogspot.my/2017/11/musim-anggur-di-kebun-anggur-lembah.html

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

3 comments:

feizatie aziz said...

Terima kasih byk2 tuan. In Sya Allah 2 minggu lagi akan ke CH bersama keluarga dan kedua orang tua. Merasa jugalah kami "petik" buah anggur. Keep up with the good work. Banyak info dapat dikongsi. Barakallah....

Ain Adnan said...

Assalamualaikum.. Pertengahan bulan oktober 2017 masih musin anggur lg x? InShaAllah kami sekeluarga akn ke Cameron Highland..

NINA FARHANA said...

Nak tanya musim buah anggur ni bila ye. Plan ke CH pada bulan 12. Takuttakut sampai nanti anggur takde hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: