TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, April 17, 2017

Selamat Tinggal Menara Pandang Gunung Brinchang


Minggu lepas, satu pengumuman rasmi telah dibuat iaitu Penutupan Kawasan Menara Gunung Brinchang di Puncak Gunung Brinchang.

Kini kita hanya boleh sampai ke perkarangan laluan masuk Hutan Mossy yang mana telah didirikan pagar dan halangan untuk masuk ke kawasan ini. Tiada lagi kunjungan yang boleh dilakukan untuk ke Manara Pandang ini.

Penutupan ini dibuat sebagai keperluan Kawasan Keselamatan Negara iaitu Stesen Komunikasi dan Telekom di atas puncak Gunung Brinchang yang berada pada ketinggian 6664 kaki dari aras laut.

Ini menjadikan tiada lagi struktur menara pandang yang boleh dikunjungi di Cameron Highlands. Tiada.

Untuk makluman, dahulu ada satu lagi menara pandang iaitu di dalam kawasan Pejabat Perhutanan Cameron Highlands. Malangnya struktur ini telah menyembah bumi seawal 2008. 

Saya secara peribadi amat ingin melihat satu menara pandang baru yang lebih menarik, sempurna, kukuh dan selamat akan didirikan sebagai ganti menara pandang ini baik di Gunung Brinchang mahupun di Tanah Rata. 

Insyallah satu kertas cadangan akan diajukan sebagai pendapat peribadi saya. Susah kalau kita bagi pendapat nanti ada pihak berkecik hati dan mengangap kita sebagai kacau daun, tunjuk pandai atau tindakan berunsur politik. 

Tak apalah apa yang akan dikatakan.. kita mahukan yang terbaik.. tanpa prejudis..


Sent from my S7edge smartphone

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock