Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, March 18, 2017

Pasar Malam Cameron Highlands di musim cuti sekolah Bulan March 2017

Panjang tajuk kali ini. Sebab ada yang tanya samada di lokasi baru ini adakah ianya masih dibuka sepanjang cuti persekolahan yakni hari biasa.

Pasar Malam ini masih dibuka setiap hari di musim cuti sekolah bulan 3 ini sama macam tapak lama.  

Difahamkan bermula sekitar pukul 2 petang ke atas dengan peniaga mula diberikan kebenaran untuk memasang khemah. Di tempat lama pukul 12 tengahari pun dah mula siapkan barang jualan.

Cuma jangkakan kesesakan kerana jumlah kenderaan yang banyak dan juga parkir yang terhad.

Semalam saya dah ke sana. Nampak memang ramai dengan pelancong dari negeri yang bercuti hati jumaat.

Selebihnya saya kongsikan sahaja gambar semalam.


Catatan awal PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS:

Pasar Malam Cameron Highlands... besarkah?

Ada 3 blok bungan dan tambahan 50 meter sebelumnya... yang biru itu adalah khemah jualan pasar malam ini
Yang bertanya saya mengenai besarkah Pasar Malam Cameron Highlands di lokasi baru ?

Saya ada kongsikan dahulu dalam catatan awal terdahulu secara ringkas namun masih ditanya secara terperinci. Tamak benar ni.

Ini kiraan kasar saya ya: 

  • Ada sekitar 300 tapak gerai pasar malam yang bersaiz 10 kaki x 10 kaki.
  • Ada 2 hala yakni 2 gerai berhadapan dalam satu laluan dan 2 gerai berhadapan dalam laluan yang bersebelahan.
  • Kira-kira mudahnya .. 75 gerai x 10 kaki bersamaan 750 kaki sehala atau bersamaan 227 meter sehala dan 454 meter lengkap satu pusingan.
  • Tidak termasuk 40 meter pertama yang sehala selorong jalan digunakan sebelum simpang masuk ke Golen Hills. Jadi sekitar 534 meter.
  • Itu belum lagi jarak dari tempat letak kenderaan anda ke tapak pasar malam ni ya.
Ini pula dari Google Map yang lebih tepat kiraanya:

  • 275.61 meter sehala
  • 551.22 meter pergi dan balik


dari google map lebih tepat
Anggaran kasar la... nak tahu jumlah langkah pulak? Anda pergi ke sana anda aktigkan S Health anda ya... ini memang tamak tahap monyet ..jangan monyet ... jangan ... 

Sarapan Pagi @ Tanah Rata


Mulai semalam sudah ramai pelancong yang datang bercuti di Cameron Highlands.

Di Tanah Rata kelihatan ramai menginap di hotel hotel bajet sepanjang laluan utama dan juga persiaran camelia3 dan 4.

Dan pastinya hotel sebegini ini tidak menyediakan sarapan sebagai pakej mereka.

Yang paling mudah untuk anda mencari tempat sarapan adalah di Gerai MDCH berhadapan Jalan Besar Tanah Rata atau berhadapan dengan Ambank dan Hotel Planters.

Mudah sebab senang nampak namun jangan harapkan menu pelik-pelik seperti roti canai terbang, sate jawa atau ala-ala hipster. 

Cukuplah untuk sarapan menu harian biasa nasi lemak, bihun goreng, mee goreng dan sebagainya.

Dan saya nak tegaskan ada lokasi lain jugak untuk bersarapan pagi seperti food court lama yang tak jauh dari lokasi ini dan juga gerai sementara di tempat letak kereta MDCH di belakang food court baru. Bukan apa nanti ada pulak yang terasa hati pula. 

Tapi kalau nak jimat masa, anda carilah lokasi lawatan yang ada menyediakan sarapan supaya anda boleh melakukan '2 in 1'.

Selamat bercuti di musim cuti sekolah... 

Tuesday, March 14, 2017

Pelaksanaan Laluan Sehala di Pekan Brinchang


Info yang saya terima dari facebook berkenaan dengan perubahan laluan trafik ini dari Ketua Polis Daerah Cameron Highlands.

Pelaksanaan Laluan Sehala di Pekan Brinchang

1. Berkuatkuasa pada 0001hrs @ 17/03/2017  sehingga 16/04/2017 pelaksanaan peringkat percubaan laluan sehala setiap hari selama sebulan di dua lokasi tumpuan utama iaitu di KM64, Hadapan Iris Hotel ( menuju ke Pekan Brinchang ) dan KM 65, Hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands ( menuju ke Tanah Rata). 

2. Pohon kerjasama kesemua pengguna jalan raya:
2.1. Mematuhi papan tanda lalu lintas.
2.2. Tidak melakukan halangan lalu lintas ( parkir di kawasan larangan).
2.3. Mematuhi arahan pegawai penguatkuasa yang bertugas di lapangan.

Sekian terima kasih

DSP Hasadid bin A. Hamid
KPD Cameron Highlands

#inforoadblock

Friday, March 10, 2017

Laluan Jambatan ke Kampung Taman Sedia dibuka semula.


Saya pernah berkongsikan 3 catatan awal mengenai penutupan sementara dan pembukaan sementara dan penutupan semula laluan Jambatan ke Kampung Taman Sedia dari arah Padang Golf dan Pejabat Hutan CH sebelum ini.

Semalam dari facebook Saudara Yusof Satar, Saudara Azizi Ahmad dan MD Cameron Highlands hari ini semuanya mengkhabarkan bahawa Jambatan Kampung Taman Sedia telah mulai dibuka semula selepas kerja membaik pulih berjaya dilakukan.

Saya sendiri dah melaluinya semalam. Lancar.

Jadi kepada yang nak ke Taman Sedia ke Brinchang, boleh melalui laluan ini. 

Thursday, March 9, 2017

Berkelah di Tapak Perkhemahan Sungai Pauh


Rasa nak berkelah di Tapak Perkhemahan Sungai Pauh ... jom... 

Lokasinya adalah di Pejabat Hutan Cameron Highlands bersebelahan Kampung Taman Sedia di Tanah Rata.

Masuk ke sini dikatakan dikenakan bayaran penyelengaraan RM 2 seorang oleh pihak Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands.


Alur sungai sangat kecil dan tidak berarus sesuai untuk anak-anak kecil. Cabarannya adalah air yang sangat sejuk.

Cuma untuk berkelah di sini bukanlah seperti tempat perkelahan yang sering anda kunjungi kerana alur sungai ini sebahagian dari Tapak Perkhemahan yang ada di situ.

Boleh saya katakan, alur sungai ini adalah antara yang terbesih yang paling mudah dikunjungi berbanding dengan alur sungai di tempat yang lain di sini. 

Juga boleh berkhemah di sini dengan bayaran RM 7 seorang. 

Minggu ini sedikit hujan dan harap hujan tak turun malam ni sebab saya nak berkhemah terus di sini. Cuma masih sejuuukkk...


Berkhemah di Tapak Perkhemahan Sungai Pauh

Dah lama tak datang berkhemah di sini. Sejak ditutup sementara musim tengkujuh, tapak perkhemahan ini mulai dibuka semula untuk aktiviti perkhemahan baik untuk berkumpulan ataupun individu seperti saya.


Terdapat sebuah surau baharu yang dibina dan lebih selesa.

Kelebihan berkhemah di sini adalah kemudahan yang baik seperti tandas, surau, bekalan air, elektrik dan juga dekat sahaja dengan bandar.

Juga alur airnya yang kecil sesuai untuk kanak-kanak kecil seperti keluarga saya.

Untuk mengunakan kemudahan tapak perkhemahan ini anda perlu hubungi Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands.


Anda juga boleh 'walk in' namun lokasi tapak untuk khemah bergantung kepada apa yang tinggal sahaja.

Macam keluarga saya ketika berkhemah di sini, kami lebih kepada santai sahaja sebab bukan terkejar waktu nak ke sana sini sebaliknya sekadar bersantai di hujung minggu.

BerBBQ di waktu malam merupakan aktiviti wajib dan saya sendiri malas  nak membuat perapan BBQ sebaliknya hanya ke Pasar Malam Cameron Highlands yang hanya 2 km jaraknya dan membeli kepak ayam, daging kambing dan sate yang masih belum dibakar di sana.


Manakal tempat membakarnya ada disediakan dalam pondok BBQ kecuali jika anda inginkan dapur BBQ yang lebih selesa perlulah membawanya sendiri.



Manakala bekalan arang mudah diperolehi dari kedai runcit yang ada di sini kerana permintaan arang di sini agak kerap untuk aktiviti berBBQ di kalangan pelancong.

Yang istimewa berkhemah di sini adalah anda akan kesejukan dan ini memberikan pengalaman berbeza berbanding berkhemah di bawah sana yang sering dalam kepanasan. 


Selamat malam Cameron..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: