TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, December 29, 2016

Kejadian Tanah Runtuh di Tanah Rata


Saya ada ditanya mengenai status tanah runtuh yang telah berlaku di Cameron Highlands pada 25 Disember 2016 yang lalu.

Ada yang tanya apakah selamat untuk mengunjungi dan bercuti di Cameron Highlands?

Saya selalunya menerima soalan begini setiap kali ada kejadian tanah runtuh atau apa sahaja runtuh di sini.

Tak apa. Bakal pelancong bertanya utnuk lebih yakin akan keselamatan mereka ketika bercuti.

Cuma saya nak katakan begini:

1. Luas Cameron Highlands adalah 72 ribu ha atau 72 km persegi. Yang terjadi tanah runtuh adalah satu dua tempat sahaja. Sama yang terjadi di tempat anda contoh tanah runtuh di Taman Puchong Perdana, tapi Puchong tu besar lagi.

2. Kawasan tanah runtuh yang lalu kalau yang ditularkan adalah melibatkan kawasan rumah penginapan persendirian milik Tenaga Nasional Berhad berhampiran Sungai Ruil. 4 Buah kereta yang terlibat adalah penginap di sana bukanya kereta pelancong lain yang melancong. Kesian mereka termasuklah rakan saya kakitangan TNB Cameron Highlands yang mana keretanya juga menjadi mangsa. 

3. Tiada kawasan tumpuan pelancong yang mengalami tanah runtuh setakat pemgetahuan saya.

4. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kes tanah runtuh di banglo penginapan. Alhamdulillah. 

Jadi yang masih was-was mungkin tips cadangan ini boleh dijadikan panduan;

1. Dapatkan khidmat nasihat agensi tempatan iaitu Majlis Daerah Cameron Highlands berkenaan dengan status keselamatan melancong ke sini. Jika masih kurang yakin hubungi pula Polis Cameron Highlands. 

2. Pilih kawasan penginapan yang tidak berisiko iaitu bukan di cerun bukit. Lokasinya boleh anda buat kajian sikit sebelum menempah. Saya tidak boleh berat sebelah tanpa melihat apakah keadaan kawasan tersebut.

3. Rancang percutian anda dengan meneliti lebih awal ramalan cuaca kawasan perlancongan di Tanah Tinggi dari laman web MET MALAYSIA. Ada ramalan kaji cuaca selama seminggu dipaparkan di sana.

4. Tanya penduduk tempatan samada melalui kenalan sendiri atau dapatkan info dari laman facebook tempatan Cameron Highlands. Insyallah mereka ada maklumat yang lebih tepat dengan apa yang anda ingin tahu memandangkan setiap masa ada di sini. 

Jangan tanya kawan dan sanak saudara anda di London, Paris, Abu Dhabi, Bostwana, Mali, Korea Utara dan juga Kokdiang. 

5. Ikuti perkembangan semasa dari sumber yang sahih. Bukan whatsapp group jiran sekampung atau sekolah tadika 40 tahun dahulu.

Ucapan saya... Selamat Melancong...

Untuk rekod taburan hujan yang diterima pada 25 Disember 2016 dari pukul1.30 petang hingga 3 petang adalah melebihi 100 mm. Taburan hujan yang normal adalah 20 mm sahaja. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock