TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, December 12, 2016

Menara Pandang di Gunung Brinchang


Kali pertama saya mendaki Puncak Gunung Brinchang adalah pada tahun 2000 dan kembali mendaki puncaknya setelah berpindah ke sini tujuh tahun kemudian dan menjadi antara spot kegemaran saya di sini. 

Di puncaknya terdapat sebuah menara pandang yang pada anggaran saya setinggi 6-10 meter yang diperbuat dari besi . 

Dan saya sering kembali ke sini kerana di sinilah anda dapat melihat pemandangan 360 darjah daerah Cameron Highlands dan beberapa catatan kunjungan saya telah saya kongsikan terutama ketika menangkap gambar matahari terbit dari puncak menara pandang ini. 

Saya kembali ke menara pandang di Puncak Gunung Brinchang minggu lepas bersama anak-anak saya dan mereka bukan kali pertama juga ke sana. 

Dengan cuaca yang baik sabtu lalu, pada paras ketinggian 2032 meter dan bertambah 6 meter ketinggian menara tersebut kami dapat melihat pemandangan Cameron Highlands dan juga sebahagian Bandaraya Ipoh.

Malangnya besar sungguh kesalnya kami melihat akan keuzuran menara pandang ini. Terlalu banyak kerosakan telah berlaku antara berkarat sana sini, besi yang dimakan karat sehinggakan menjejaskan bentuknya terutama di bahagian pemegang tangan tangan yang curam, bumbung menara yang telah terkopak dan juga suasana persekitaran yang agak semak. 

Menara ini bukan menerima kunjungan pelancong secara kadang-kadang atau jarang-jarang tetapi hampir setiap hari ratusan pelancong baik tempatan dan luar negara akan memanjat menara ini yang merupakan antara tumpuan lawatan mereka. 

Gambar diambil dan dikongsikan bukan hanya untuk rakan sekitarnya tetapi seluruh dunia. 

Malangnya dan lebih malu sebenarnya kualiti menara ini amat uzur. 

Mohon dilakukan sesuatu untuk menjadikan ianya gah di mata dunia kerana ianya menjadi tumpuan semua pelancong.

Di mana silapnya? Saya sukar untuk menghadam bagaimana pihak yang berkenaan baik dengan pengurusan hutan simpan atau pun lembaga perlancongan yang mungkin tidak mengetahui kewujudan daya tarikan ini. 

Apakah nanti kita akan dapat melihat akan wujud satu kesedaran bagi pihak terbabit akan nilai lokasi menara pandang ini untuk dibaik pulih atau dibina yang lebih baik dan kukuh, selamat dan selesa untuk digunakan. 

Namun saya harap bukan sekadar berharap. 

Insyallah kita sama-sama majukan pandangan dan cadangan kita kepada pihak yang terbabit. 

Rugi tanpa sebarang promosi sudah ratusan dan ribuan pelancongan yang ke sana. namun akhirnya dihidangkan dengan kemudahan yang amat mendukacitakan. 

Saya juga berharap tiada jalan pintas diambil ekoran menerima cadangan dan teguran iaitu menutup terus menara pandang ini. Habis cerita. Kurang kerja kita!!! 

Ayuh kita kongsikan pandangan kita. Insyallah akan saya kemaskinikan saluran yang terbaik untuk kita majukannya. 

Koleksi gambar yang selebihnya kunjungan kami anak beranak di dalam facebook saya mrkumai.blogspot. 

Yang nak ke sana, anda perlu mendaki Gunung Brinchang menggunakan trek pendakian nombor satu dari Pekan Brinchang atau cara yang lebih mudah pandu kereta anda ke Stesen Telekom di puncak Gunung Brinchang melalui Ladang Teh Sungei Palas. 

Ada beberapa catatan awal saya mengenai panduan ke sana. 

Selamat mencuba.. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock