TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 6, 2016

Cameron Ultra Trail 22016 @ Cameron Highlands


Satu lagi acara yang berlangsung serentak dengan Hari Sukan Negara 2016 peringkat Daerah Cameron Highlands adalah Cameron Ultra  Trail 2016 atau CULTRA.

Apakah acara ini. Secara ringkas in adalah Larian Lasak. 

Lasak macam mana? Lasak kerana melibatkan Larian di trek kembara iaitu mendaki gunung dan merentas desa.  

Ada empat jarak larian iaitu 11 km, 25 km, 50 km dan 100 km.

Berapa jam nak habiskan ini? Mengikut kategori iaitu bermula 5 jam hingga 36 jam! 

Perlepasan seawal 4 pagi 8 Oktober 2016 dan djangka peserta terakhir akan sampai pada 4 petang  9 Oktober 2016.

Treknya mana? Bermula dan Tamat dari Padang MDCH dan semua kategori akan mendaki Gunung Jasar, ada yang bersambung dengan Gunung Berembum dan ada yang akan mengelilingi ladang teh. 

Memang mencabar... namun jangan terperanjat jika saya mengatakan ianya mendapat sambutan seramai 1,300 peserta terlibat dari 22 buah negara!  

Tak ke meriahnya....

Maklumat Pentupan Jalan? Rasanya tiada jalan akan ditutup kerana walaupun 1,300 peserta, ianya dilepaskan mengikut kategori masing-masing. 

Maklumat Lanjut di Laman web mereka http://www.cultratrail.com/

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock