TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, September 2, 2016

Sambutan Kemerdekaan ke 59 Peringkat Daerah Cameron Highlands

Sambutan Kemerdekaan ke 59 peringkat Cameron Highlands telah berlangsung pada hari yang sama seluruh negara meraikannya iaitu tarikh keramat 31 Ogos 2016 yang lalu.

Bertempat di Padang MDCH, sekitar 3,000 peserta kontinjen yang mewakili pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan serta penduduk setempat telah bersama-sama meraikan detik yang penuh bermakna ini.


Majlis sambutan dirasmikan oleh Yang Hormat Dato Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato A Rahman Hamzah yang turut diringi Ketua-Ketua Jabatan di Daerah Cameron Highlands.

Di padang sama pada malam sebelumnya turut menyaksikan ambang merdeka yang telah dikatakan hampir 15 tahun tiada program seumpamanya bagi meraikan kehadiran ulang tahun kemerdekaan negara. Antaranya adalah kayuhan jalur gemilang, bazar kereta, nyanyian lagu patriotik dan juga
persembahan bunga api.


Tahniah kepada semua pihak yang terlibat termasuklah penduduk tempatan dan pelancong yang memilih untuk hadir pada program sambutan kali ini.

#SEHATISEJIWA ...

Kita bangsa MERDEKA !!!! MERDEKA!!! MERDEKA

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock