TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, September 1, 2016

Kayuhan Jalur Gemilang #sehatisejiwa Merdeka 2016 di Pekan Brinchang

Kayuhan Jalur Gemilang #sehatisejiwa Merdeka 2016 telah dilangsungkan bersempena dengan program Ambang Malam Kemerdekaan sekitar Tanah Rata dan Brinchang anjuran Pejabat Perpaduan Cameron Highlands bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highlands dan Cameron Riders.

Turut bersama menyokong penganjuran adalah agensi tempatan seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Penerangan, Majlis Daerah Cameron Highlands.


Kayuhan seramai 117 peserta melibatkan pelbagai bangsa dan peringkat umur ini melalui Pekan Tanah Rata dan Brinchang dengan tiga hentian laungan keramat MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA !!! sebelum kembali ke Padang MDCH untuk acara ambang merdeka.

* Koleksi Gambar ini sekitar Pekan Brinchang, dengan Hentian Laungan Kemerdekaan kedua dilakukan di Hentian Teksi Brinchang. Turut sama melaungkan MERDEKA adalah pelancong yang sedang berada di kawasan sekitar hentian ini .



Selamat Hari Merdeka ke 59..
#SEHATISEJIWA
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
* Gambar berkualiti seadanya.. jangan komplain parok2 ya...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock