TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, September 1, 2016

Kayuhan Jalur Gemilang #Sehatisejiwa Merdeka 2016

Kayuhan di ambang Malam Kemerdekaan sekitar Tanah Rata dan Brinchang anjuran Pejabat Perpaduan Cameron Highlands bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highlands dan Cameron Riders.


Turut bersama menyokong pennganjuran adalah agensi tempatan seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Penerangan, Majlis Daerah Cameron Highlands.

Kayuhan seramai 117 peserta melibatkan pelbagai bangsa dan peringkat umur ini melalui Pekan Tanah Rata dan Brinchang dengan tiga hentian laungan keramat MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA !!! sebelum kembali ke Padang MDCH untuk acara ambang merdeka.

Kayuhan di ambang merdeka ini boleh dianggap salah satu sejarah baharu bagi Cameron Riders kerana pertama kali dianjurkan secara rasmi di peringkat Daerah Cameron Highlands.

Acara Perasmian Kayuhan ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato A Rahman Hamzah, Dato Pegawai Daerah Cameron Highlands. 


Lebih menarik Yang Berbahagia Dato bukan sekadar merasmikan kayuhan tetapi turut sama melakukan kayuhan ini sebagai sokongan kepada semua peserta. 

Menambah seri adalah program yang dianjurkan sebagai sambutan kemerdekaan ke 59 Malaysia rupaynya sebaya dengan usia Yang Berbahagia Dato A Rahman Hamzah. 



Tahniah kepada semua penganjur dan peserta yang terlibat.

Selamat Hari Merdeka ke 59..

#SEHATISEJIWA

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

* Gambar berkualiti seadanya.. jangan komplain parok2 ya...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock