TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, September 10, 2016

Holiday Park di Aronda Nova Cameron Highlands

Di Kea Farm sebenarnya terdapat banyak tempat yang baharu dibuka dan menarik sebenarnya. 
Antaranya Holiday Park di Aronda Nova  atau lebih tepat dihadapan Aronda Nova. 


Terdapat permainan kanak-kanak ala fun fair dalam bangunan. Bukanlah sangat hebat tetap boleh dianggap bersesuaian untuk persingahan anak-anak bercuti sebab kalau nak tengok pokok teh , bunga-bungaan dan juga sayur-sayuran mungkin agak membosankan mereka tambahan yang dibawah umur 12 tahun. 


Jadi ada pilihan tamabhan untuk sedikit kegembiraan mereka jika berada di sini. Mak ayah dah seronok tengok bunga dan alam sekitar, bagilah masa untuk anak-anak pula. 

Tiket permainan seorang bermula dari RM 4.30 hingga 6.40 mengikut jenis. 


Ada 8 atau 9 jenis permainan yang disediakan sebagai pilihan. Yang penting tempat ini boleh menjadi pilihan untuk persingahan terutama kalau hujan. Letak kereta di dalam parking percuma Aronda Nova. 


Saya telah ke sana petang semalam sebagai melayani dan merakan hari lahir anak sulong saya yang ke lapan.. Seronok dia bermain... 

Mungkin ini sebagai pilihan tambahan kepada penduduk tempatan jugak yang memang tiada tarikan kekal untuk taman-taman permainan sebegini di Cameron Highlands. 



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock