TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, September 10, 2016

Ceramah Dato Ustaz Kazim Elias di Tanah Rata, Cameron Higlands

Sekitar Ceramah Dato Ustaz Kazim Elias di Cameron Highlands minggu lepas. Sempat yang ini sahaja dahulu yang dikongsikan.

Pengisian DUKE malam tersebut adalah erti kemerdekaan bagi umat Islam adalah bebas pemikiran dan tindakan dari perkara-perkara yang syirik kepada Allah swt melalui perbuatan, kata-kata, amalan dan juga budaya.


Ada yang melakukan perbuatan syirik tanpa disedari kerana amalan terdahulu dan juga kepercayaan yang mudah dalam kehidupan. Contohnya kenapa anak atau bayi selalu menangis dikaitkan dengan gangguan luar dan dipakaikan gelang benang hitam kerana amalan tradisi dari keluarga.

Banyak yang kita lakukan juga boleh mendatangkan syirik termasuklah ketika berkata-kata secara lisan dan kini tangan. Bahana menulis tanpa berfikir dan berlandaskan kebenaran dalam media sosial walaupun sekadar berkongsikan pesanan atau post kawan-kawan.


Apabila datang kepadamu satu berita maka siasatlah kebenaran kisahnya...



Ramai penduduk Cameron Highlands telah hadir di ceramah ini dan Alhamdulillah, cuaca yang amat baik malam tersebut memudahkan urusan semua pihak.

Ini adalah ceramah DUKE yang kedua dibumi Cameron Highlands dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini. 

Alhamdulillah ..

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock