Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, March 28, 2016

Empangan Hidro Ulu Jelai 2016

Empangan Hidro Ulu Jelai berdekatan dengan Lembah Bertam telah hampir siap dibina setelah 4 tahun tempoh pembinaan.


Kunjungan saya sebentar tadi mendapati kerja-kerja menakung air telah sampai ke peringkat separih kedalaman empangan setelah hampir 2 atau tiga bulan ianya dilakukan.

Empangan ini terletak di bersebelahan dengan Jalan Pos Betau/ Felda Sungai Koyan ke Ringlet dan pastinya akan menjadi tempat persinggahan tumpuan kelak.  


Tuesday, March 22, 2016

Tea Centre BOH Habu

Sekitar koleksi Tea Centre di Habu milik BOH PLANTATION BERHAD yang saya kunjungi awal bulan yang lalu.


Tengok ada dalam hardisk aje jadi saya kongsikan di sini.

Lokasi Tea Centre ini adalah di Habu Ringlet yang memerlukan pemanduan masuk sejauh 6.5 km dari simpang utama.

Terdapat Tea Centre Boh yang pertama dibuka berbentuk 'Nissen Hut' bersebelahan dengan Kilang Teh yang dibina pada tahun 1935.

Juga agak menarik koleksi gaambar di Tea Centre ini yang menunjukan aktivti Tentera British melakukan pengeboman dari laman kilang teh ini ke arah hutan yang dipercayai diduduki oleh komunis. 


Hati-hati .. Penipu Homestay


Saya kongsikan pesanan menarik di Cameron Highlands Group Facebook  berkenaan kes scammer homestay bukan sahaja di Cameron Highlands malah dikatakan hampir seluruh negara,

Ramai yang terkena.. Modus Operandinya si penipu ini konon-konon seorang pengusaha homestay di Cameron Highlands.

Penjenayah ini menawarkan unit homestay dengan harga yang murah dan sangat menarik minat pelanggan. 

Penipu ini akan mintak deposit dan akhirnya nombor yang diberikan adalah nombor pemilik asal unit tersebut yang tidak tahu menahu urusan tempahan  unit tersebut.

Jadi anda menjadi mangsa dan pemilik homestay jugak menjadi mangsa kerana infonya digunakan untuk penipuan ini

Saya tidak pasti samada mangsa-mangsa telah membuat laporan polis atau tidak.

Berhati-hati ...

Monday, March 21, 2016

Kepentingan Sumber Air kepada Kebun Sayur di Cameron Highlands.. 2


Untuk Catatan kedua ini saya kongsikan serba sedikit berapa jumlah air yang diperlukan untuk sesebuah kebun sayur.

Kiraan ini adalah kiraan seorang amatur dari atas dasar pemerhatian dan pengalaman singkat saya dalam berkebun.

Aktiviti pertanian di Cameron Highlands dianggarkan melibatkan 8000 ha terdiri dari kebun sayur, ladang teh, kebun bunga dan pelbagai lagi.

Untuk kebun sayur dan bunga , plot  penanaman pula terbahagi kepada dua jenis iaitu terbuka dan tertutup yakni menggunakan struktur pelindung hujan.

Sistem tanaman pula ada yang masih menggunakan tanah dan juga ada yang telah berubah sepenuhnya kepada sistem tanam tanpa tanah atau soiless culture

Konsep soiless culture iaitu menggunakan sistem hidropnik pula menggunakan kaedah hidroponik iaitu air atau sabit kelapa sebagai ganti medium penanaman baik yang aliran tertutup atau terbuka.

Saya tidak berniat untuk memperincikan kaedah penanaman diatas tetapi lebih menumpukan kepada sistem pembajaan atau pengairan bagi tanaman ini.

Saya akan berkongsikan secara purata sahaja penggunaan air di kebun sayur. Ringkas.

Saya ringkaskan seperti dibawah untuk tanaman tomato:

1 ha tomato = 12,500 polybag.
1 polybag = 1.5 liter air sehari
Seminggu polybag = 10.4 liter air
Sebulan polybag =45 Liter air
Sehektar tomato sehari : 18,750 liter air
Sehektar tomato seminggu : 130,000 liter
Sehektar tomato sebulan :  562,500 liter air

Jika dibandingkan dengan tangki domestik di atas rumah anda iaitu sekitar tangki 200 liter untuk jumlah di atas sahaja memerlukan :

Sehektar tomato sehari : 18,750liter air bersamaan 93 kali isian semula
Sehektar tomato seminggu : 130,000 liter  air bersamaan 650 kali isian semula
Sehektar tomato sebulan :  562,500 liter air bersamaan 2813 kali isian semula

Bayangkan jika di Cameron Highlands terdapat lebih 1,000 ha kebun tomato di mana jumlah penggunaan air yang diperlukan:

1000 hektar tomato sehari : 18,750,00 liter air bersamaan 93,000 kali isian semula tangki rumah anda
1000 hektar tomato seminggu : 130,000,000 liter  air bersamaan 650,000 kali isian semula tangki rumah anda
1000 hektar tomato sebulan :  562,500,000 liter air bersamaan 2,813,000 kali isian semula tangki rumah anda.

Pening ?

Itu baharu satu ha tomato sahaja.. cuba bayangkan jenis tanaman yang lain pula ...

Jadi kebimbangan kepada pekebun sayur akan cuaca panas ini di musim el nino memang berasas kerana kebun sayur memerlukan banyak sumber air untuk tujuan pangairan dan pembajaan.

Jadi air sangat penting untuk tanaman sayur-sayuran dan jika cuaca panas ini berterusan dan kuantiti air berkurangan, benarlah akan boleh menyebabkan kebun sayur "Bungkus" dalam tempoh dua minggu. 

Kepentingan sumber air Untuk Kebun di Cameron Highlands


Saya pernah kongsikan petikan media mengenai kegusaran pekebun sayur dengan cuaca panas ini yang akan menyebabkan bekalan air mentah untuk kebun mereka akan terjejas.

Untuk Catatan kali ini saya akan cuba huraikan apakah kepentingan air untuk kebun sayur yang terdapat di Cameron Highlands.

Saya mulakan dengan sumber air. 

Jenis sumber air yang utama adalah dari alur parit dari hutan dan alur sungai kecil yang mana sumbernya berada di bahagian huluan diantara lembah gunung ganang dan sememang memasuki kawasan hutan simpan. Ianya akan diambil dengan cara membuat empangan kecil di alur parit tersebut dan dialirkan menggunakan paip HDPE mengikut saiz yang tertentu. 

Sumber air ini amat popular di kalangan pekebun sayur namun bukan semudah yang disangka. 

Ada 'comman law' yang digunapakai di sini iaitu jika sudah ada pengguna yang menakung dan mengambil air di alur tersebut, pengguna baharu tidak boleh membuat takungan dan mengambil air dari bahagian atas kawasan yang telah diambil. 

Maksudnya pengguna baharu perlu mengambil di bahagian bawah sahaja dan ini bermakna juga air yang diambil adalah lebihan dari air yang ditakung di bahagian atas.

Engkar kepada peraturan umum ini biasanya akan membawa kepada pergaduhan diantara sesama pekebun. 

Ini memaksa setiap pengusaha kebun perlu mencari sumber air baharu di kawasan baru dan tahukah anda jarak melebihi 10 km paip yang dipasang dari kebun adalah jarak biasa bagi setiap pekebun di sini. 

Semuanya adalah dibawah kos sendiri. Secara ringkas jika hendak dikongsikan berkenaan dengan kos setiap 1 meter paip HDPE PN 10 bersaiz 2 inchi adalah sekitar RM 4.00-4.50  semeter tidak termasuk upah memasang paip dan juga fitting yang diperlukan serta penyelenggaraan yang perlu dilakukan setiap masa. 

Kebiasannya semua air dialirkan secara tarikan atau aliran graviti dari sumber ke kebun masing-masing. 

Sumber air dari hutan ini kebiasaanya adalah bersih dan bergantung kepada lokasi sumber air ini ditakung dan dikumpulkan. 

Kebiasaanya lokasi sumber air adalah terasing dari kawasan kebun sayur atau tidak langsung berada dalam kebun sayur atau dibawah kebun sayur bagi mengelakakan ianya tercemar dengan segala aktiviti di kawasan ini.

Sumber air kedua adalah dari takungan air hujan yang dikumpulkan semasa hujan melalu takung kutipan di bumbung plot tanaman masing-masing. 

Namun bukan semua pekebun membuat sistem takungan kerana keupayaan kawasan takungan adalah besar perlu disediakan dengan kolam atau tangki takungan yang bersesuaian. 

Ianya juga perlu kepada taburan hujan yang tidak menentu dan ini menyebabkan bekalan air yang berterusan tidak dapat dijangkakan dan ini menyukarkan kepada aktiviti penyiraman dan operasi di kebun sayur

Biasanya air dari kolam takungan hujan digunakan untuk kerja-kerja pembersihan kerana kualiti air yang tidak terjamin dan memerlukan rawatan tambahan.

Mengapa tidak mengambil sumber air dari kolam , tasik atau sungai besar?

Jawapannya ialah tidak sesuai kualiti air dari sumber ini kerana kebiasanyaa sumber sungai atau kolam atau tasik yang ada di Cameron Highlands adalah bersumberkan kawasan tadahan yanag tercemar iaitu dari sisa kebun sayur dan penempatan yang mana sisa racun dan kebun dibuang ke kawasan sungai atau memang akan mengalir ke sungai yang membawa ke kawasan tasik dan kolam.

Begitu juga dengan sisa domestik iaitu penempatan yang mana dialirkan juga ke kawasan sungai utama. 

Sumber air yang tidak berkualiti ini jika digunakan juga akan menyebabkan atau menjadi punca utama pelbagai penyakit tanaman baik yang bersifat bacteria, virus dan pelbagai lagi. 

Saya rasa cukup perkongsian pertama mengenai kepentingan air kepada kebun sayur di Cameron Highlands. 

Untuk catatan seterusnya mungkin akan saya kongsikan berapa banyak air diperlukan untuk sesebuah kebun tanaman. 

Kepada pembaca yang inginkan maklumat lebih lanjut dan terperinci khasnya kepada adik-adik pelajar IPT, saya mensyorkan anda merujuk kepada Pejabat Pertanian Daerah dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap dah sahih sumbernya berbanding di sini kerana saya berkongsikan atas dasar pemerhatian saya semata. 

Sunday, March 20, 2016

Kesan El Nino kepada kebun sayur di Cameron Highlands

Kesan El Nino menyebabkan sumber air menjadi terhad untuk aktiviti penanaman sayur-sayuran di Cameron Highlands yang boleh menyebabkan aktiviti pertanian sayur-sayuran Tanah tinggi akan terjejas teruk malah ayat tajuknya "BUNGKUS dalam dua minggu".

Saya akan ulas dalam masa terdekat bagaimana air diperlukan untuk aktiviti perkebunan.
Ini adalah kenyataan dari persatuan Pekebun Sayur Cina Cameron Highlands dan saya tidak pasti samada kenyataan ini dibuat bagi menzahirkan kebimbangan pekebun sayur mengenai bekalan air yang terhad atau semata-mata untuk memberikan 'bayangan' bahawa harga sayur akan naik dalam tempoh dua minggu ini. 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Cuaca Panas turut dirasai di Cameron Highlands

Bahana El Nino yang menyebabkan suhu Panas turut dirasai di Cameron Highlands kerana ianya adalah fenomena alam yang melibatkan seluruh kawasan Asia Tengggara dan Malaysia.
 
Namun ada juga pelancong yang buat-buat tak faham dan mengeluh bahawa Cameron Highlands panas ketika ini. Kami bukan istimewa sangat sampai semua kesan alam kami terkecuali.
 
Mengalahkan budak sekolah tadika tahap pemikirannya... iskh iskh iskh ...
 
Kalau musim jerebu, kami pun kena jerebu.. kalau musim tengkujuh, kami pun kena juga hujan..
 
Jadi terimalah seadanya cuma yang boleh saya katakan, bahangnya tidaklah seteruk di bawah sana.
 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Pendaki maut di Puncak Gunung Berembun

Petang semalam, group whatsapps dikalangan rakan-rakan Cameron Highlands mulai berkongsikan kisah ada pendaki yang tidak sedarkan diri di Puncak Gunung Berembun selepas selamat sampai ke puncaknya.
 
 
Sumber sahih tersebut kemudiannya tersebar dengan pantas dan difahamkan Pasukan Bomba dan Penyelamat telah digerakkan untuk membawa turun pendaki tersebut yang telah meninggal dunia.

Kerja-kerja menyelamat dilaksanakan untuk membawa turun mangsa dan akhirnya sekarang 7.45 malam, jenazah berjaya dibawa turun melalui denai nombor 5 di stesen MARDI. 
 
 
Takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa dan kepada mana-,mana pendaki diminta untuk mempertimbangkan aktiviti pendakian di waktu cuaca panas sebegini.



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, March 15, 2016

Sesuka hati meletak kereta...

Masalah suka-suka hati meletak kereta oleh pelancong di kawasan kawasan meletak kereta awam dan juga apartment percutian masih hangat dibincangkan dan kali ini dikongsikan di dalam Fecebook Cameron Highlands Group seperti contoh di bawah.

Laluan masuk kawasan letak kereta terus dihalang ... 

Kami memahami kesukaran anda meletak kereta kerana ruang meletak kereta yang terhad cuma kami tak dapat memahami sikap pentingkan diri sendiri pemilik kenderaan tersebut yang tanpa mempedulikan pengguna lain terus meletak kereta mereka walaupun jelas menghalang laluan.

Nak lalu motor pun susah abang oiiii..

Maka dalam ruang komen, ramai yang menyokong jika ada tindakan brutal diambil seperti kejadian cuti tahun baru cina yang lalu oleh pihak yang tidak dikenali iaitu keempat-empat tayar dirosakkan kerana pemilik kenderaan ini terlebih dahulu rosak tahap keperibadiannya..
laluan keluar dari kawasan letak kereta dihalang ... nak ikut mana kereta nak keluar....

Fikir-fikirkan...

Perkhidmatan Transport Cameron

Catatan ini saya nak kongsikan maklumat berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan ke destinasi pendakian dengan lebih mudah.

Saya syorkan kepada anda yang memang nak mendaki gunung dan  ingin mendapatkan perkhidmatan pengangkutan ke lokasi kaki gunung pilihan anda dengan lebih mudah untuk memilih perkhidmatan daripada TRANSPORT CAMERON.

Saya rasa saya mengenali mereka ini yang memang diakui arif dengan laluan ke kaki gunung malah amat mahir dalam soal pendakian dan penyelamatan.

Namun saya serahkan kepada anda untuk berhubungan sendiri dengan mereka untuk mendapatkan lebih lanjut maklumat berkaitan dengan perkhidmatan mereka ini. 

Lawati facebook mereka di Transport Cameron atau hubungi 0142746559


Friday, March 11, 2016

Sungai Bertam perintis program kelestarian tadahan sungai

Ini adalah petikan media majlis yang telah berlangsung semalam untuk Kelestarian Sungai Bertam.

Alhamdulliah, majlis yang telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dibuat semasa musim panas ini boleh  menyaksikan air aliran sungai Bertam begitu jernih.

Namun, mohon pihak yang sama datang kembali ketika selepas hujan atau lebih parah semasa musim hujan... Baru jelas keberkesanan dan kebenarannya. 

Itulah kebenarannya... tak mahu cakap lagi...

Apapun tahniah kepada pihak yang berkenaan yang menzahirkan usaha untuk kelestarian Sungai Bertam ...




Saya tidak hadir ke majlis ini namun jika anda nak tahu apa kata MB Pahang, saya linkkan kepada LAMAN KHABAR PAHANG ...

Klik..

Jawatan Kosong Sambilan Harian di MDCH

Tawaran Kerja di Majlis Daerah Cameron Highlands yang diedarkan untuk
tujuan sebaran dan publisiti hari ini.

Jawatan adalah Pekerja Sambilan Harian seperti maklumat lanjut dalam surat di bawah.

Jika berminat, ikuti prosedur yang telah dinyatakan.

Selamat berjaya ..


Thursday, March 10, 2016

Petikan Media: Pembangunan terancang pulih Cameron Highland

Semalam di sudut padang MDCH saya melihat beberapa khemah dibuka dan eperti ada majlis rasmi akan dibuat.

Namun tidak pula saya berniat untuk menyelidiki lebih lanjut apakah yang akan dilangsungkan di sana.

Dan pagi tadi bersarapan di salah sebuah gerai makan, saya dimaklumkan Menteri Besar akan sampai sekitar pukul 10 pagi untuk merasmikan Pelan Tindakan Lembah Bertam.

Untuk makluman, Lembah Bertam terletak di selatan Cameron Highlands iaitu sekitar 16 km dari Pekan Tanah Rata.

Saya tak mahu dan tak mampu sebenarnya nak ulas lebih mengenai program ini kerana tiada maklumat langsung namun petikan akhbar hari ini memebrikan sedikit bayangan mengenainya...

Nak tahu lebih lanjut, dapatkan dari Majlis Daerah Cameron Highlands...


Wednesday, March 9, 2016

MKN arah lima platun Askar Wataniah

Kembali diperkatakan ... dijanjikan lagi... disegalanyakan lagi retorik dan pelbagai kisah dongeng dan angan-angan mat jenin malah kalau nak dibandingkan dengan  ugutan si akak-akak  pondan lebih ditakuti kerana pasti akan mereka laksanakan...

Kisahnya tetap sama... sama diulang-ulang ... tambahan lagi tinggal dua tahun sahaja lagi nak pikat undi PRU .. pastinya senapang tak berpeluru la jawapannya.. harimau tak bergigi... nak melapah konon... 

Yang paham paham la yaa... dah lama dah ... apa nama benda ni .. 

cerita selebihnya di sini ..klik

Kriket @ Habu Ringlet

Koleksi pemain kriket ini bukan diambil semasa mana-mana kejohanan tetapi ianya melibatkan 'pemain antarabangsa' dari tiga buah negara, Pakistan, India dan Nepal.

Kesemuanya adalah pekerja asing samada dari kebun sayur ataupun dari Pembinaan Empangan Jelai yang menghabiskan masa hujung minggu mereka bermain kriket di Habu, Ringlet.

Saya sekadar singgah 15 minit di sana kerana tertarik untuk merakamkan gambar aksi mereka berkriket dan saya kongsikan wajah-wajah 'pemain kriket antarabangsa' ini...

Ini sebenarnya adalah pertama kali saya menangkap gambar aksi pemain kriket dan saya menggunakan peralatan ringkas amatur saya seperti berikut;

Kamera : D90 6 tahun ... Lensa 80-200 mm push pull 13 tahun .. setting.. hemtam sahajalah labu...

Janam..janam janam pun ada... Sivaji pun ada.... 



Koleksi 64 gambar mereka yang lain di laman Facebook mrkumai.blogspot . Klik 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: