TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, February 4, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands ...9

# Anak pokok terung di salah satu kebun sayur di Cameron Highlands
Untuk Tips ke 41-45 ini saya dah buntu apa nak kongsikan dalam dua hari ini. 

Mungkin Tips Bercuti @ Cameron Highlands ini saya kongsikan bagaimana anda boleh mendapatkan maklumat mengenai keadaan semasa di Cameron Highlands. 

Pastinya mengenai maklumat terkini yang boleh diperolehi dengan mudah dari telepon pintar anda. 

TIPS 41 ; Saya ingin menyarankan anda menjadi Rakan di Facebook CAMERON HIGHLANDS GROUP yang pada pemerhatian amat aktif dalam menyampaikan maklumat terkini mengenai Cameron Highlands. 

Memang terdapat beberapa Facebook yang lain berkaitan dengan Cameron Highlands namun saya sangat mengesyorkan anda ke sini yang boleh dikatakan lengkap dan pantas penyampaian dan reaksi rakan-rakan di sana. 

Juga terdapat banyak informasi iklan penginapan homestay yang diberikan oleh pengusaha dan tidak kurang juga runner apartment. 

Mudah sahaja, buat carian di Facebook CAMERON HIGHLANDS GROUP dan klik friend di sana.

Selamat berkenalan. 

TIPS 42: Anda juga boleh membuat carian di laman web rasmi Majlis Daerah Cameron Highlands yang juga mempunyai kemaskini perkembangan di Cameron Highlands. 

Cuma ianya lebih bersikap sehala kerana tiada maklumbalas yang pantas akan diperolehi di sana. 



TIPS 43 : Majlis Daerah Cameron Highlands juga mempunyai Facebook Rasmi mereka dan saya mendapati banyak informasi semasa dan terkini diberikan melalui facebook mereka ini. 

Buat carian di Facebook MD Cameron dan jadilah rakan mereka untuk mengetahui kemaskini terkini di Cameron Highlands namun lebih menjurus kepada aktiviti MD Cameron Highlands itu sendiri.

Juga pertanyaan juga boleh diajukan di sana. 

TIPS 44 : Carian di Facebook dengan membuat carian seperti Cameron Highlands, Apartment Muslim di Cameron Highlands dan apa sahaja carian yang anda ingin lakukan. 

Saya mendapati kini terdapat ramai pengusaha mengalih periklanan mereka dari mudah.com , blogspot kepada facebook. 

Yang lebih menarik di sini mereka sentiasa mengemaskini status mereka dengan tawaran dan juga kekosongan yang masih ada. 

Juga anda boleh menghubungi mana-mana rakan facebok atau pelanggan terawal mereka yang memberikan testimoni dan maklum balas yang berkaitan dengan perkhidmatan yang telah mereka langgani.

TIPS 45: Ini bukan bakul angkat sendiri tetapi saya mengesyorkan anda ke mrkumai.blogspot.com untuk mengetahui apa sahaja kemaskini terkini Cameron Highlands. 

Tapi bukan setakat Cameron Highlands sahaja dikongsikan di laman blog ini tetapi pelbagai catatan yang asal boleh dikongsikan hasil pengalaman pemiliknya. 

Bukan mencari nama katanya tetapi lebih kepada perkongsian semata mata.  Ingat ... mrkumai.blogspot.com atau facebook mrkumai.blogspot ... Singgah ..jangan tak singgah .. 

jangan marah yaa... kih kih .. promosi diri sendiri... 

untuk tips seterusnya ... nanti saya fikirkan ... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock