Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Monday, February 29, 2016

Le Tour De Langkawi Peringkat Keempat 2016 @ Cameron Highlands .. Keputusan

Kami ingin berkongsikan dalam beberapa catatan berikutnya peringkat keempat Le Tour de Langkawi 2016 yang berakhir di Cameron Highlands 27 Feb 2016 yang lalu.

Buat permulaan dikongsikan Sorotan Keputusan bagi peringkat ini.


Maklumat lanjut keputusan boleh anda muatturun dari laman LTDL rasmi. 
Klik

29 February 2016 di Tahun Lompat

# Tak ada kena mengena gambar ini dengan tahun lompat, gambar penyiram air di Kebun Jalan Habu

Hari ini 29 February 2016.

Bagi yang tidak perasan tahun ini di bulan February ada 29 hari berbanding hanya 28 hari bagi setiap 3 tahun sebelumnya.

Ini kerana tahun ini adalah TAHUN LOMPAT dan mempunyai 366 hari.

Bagaimana nak tahu tahun lompat? 

Anda bahagikan mana-mana tahun yang anda nak tahu adakah ianya tahun lompat dengan 4 dan jika tiada baki atau 0, maka tahun itu adalah tahun lompat... cuba bahagikan 2016 dengan 4 .. jawapannya adalah 0..

Saya sarankan anda ketahui lebih lanjut mengenai Tahun Lompat melalui maklumat di wikipedia ini. Klik

Selamat hari lahir kepada yang lahir pada tarikh 29 February dan ianya pasti amat meriah kerana himpunan 3 tahun terdahulu diraikan dalam tahun ini..

Sunday, February 28, 2016

Le Tour De Langkawi 2016 @ Cameron Highlands


Saya akan kongsikan beberapa catatan berkaitan dengan Le Tour De
Langkawi 2016 peringkat keempat di Tanah Rata semalam dalam beberapa
catatan yang berasingan.

Tahniah kepada semua.

Friday, February 26, 2016

Le Tour De Langkawi 2016... semakin hampir


Di Tanah Rata, bahang Le Tour De Langkawi Peringkat ke 4 di Cameron Highlands semakin dirasai. 

Mulai seminggu yang lalu, kerja membaiki Jalan yang terlibat sedang rancak dilaksanakan oleh pihak terlibat. 

Bukan kerja minit terakhir tetapi startegi untuk memastikan jalan tidak rosak sebelum peringkat kayuhan kerana laluan trafik melibatkan kenderaan berat setiap hari.

Di Tanah rata, kawasan meletak kereta sudah mulai ditutup secara berperingkat demi membuat persiapan yang berkaitan. 

mrkumai.blogspot.com akan berkongsikan kisah kehangatan acara ini dari masa ke semasa..

Insyallah...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Pokok Tumbang di Jalan Pahang

Kejadian pokok tumbang di laluan Jalan Pahang atau lebih diketahui dengan gelaran Jalan Tapah pagi tadi, 25 Feb 2016.

Punca kejadian adalah kerana angin yang kuat sejak semalam.

Laluan telah berjaya dipulihkan pads pukul 12 tengahari.

Lusa, Le Tour De Langkawi akan menggunakan laluan yang sama dan semoga tiada pokok yang tumbang. 

Berhati-hati ya.




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, February 23, 2016

Bulan Penuh @ Cameron Highlands

Semalam dikatakan bulan penuh sepenuhnya dan di Cameron Highlands ianya jelas kelihatan kerana cuaca yang amat baik.

Saya percaya di bawah sana juga amat baik malah saya menjangkan ianya akan amat jelas kelihatan di bahagian pantai barat yang mana arah bulan akan turun.

Kalau di Melaka pastinya akan jelas sangat kelihatan.

Di Cameron Highlands, dari laman apartment Brij Court, saya tidak ketinggalan untuk merakamkan beberapa keping gambar bulan penuh ini.

Cuma dengan skil dan peralatan amatur saya, ini sahaja yang mampu saya kongsikan hasilnya.


Catatan terdahulu mengenai aktiviti mengambil gambar bulan di sini

Monday, February 22, 2016

Berjalan Santai ke Kebun Water Crest

Catatan ini adalah sekitar aktiviti hujung minggu kami sekeluarga di Cameron Highlands dan kali ini kami ke Kebun Water Crest Farm di Habu.


Tujuannya sekadar bersantai dengan anak-anak dan pastinya aktiviti mereka adalah meniti laluan konkrit dan duduk berehat sambil mendengar air yang mengalir di bawah terik matahari tengahari.

Kebun ini bukan dibuka kepada umum untuk dikunjungi cuma pandai-pandailah anda meminta kebenaran pemiliknya untuk singgah dan bergambar di kawasan kebun water crest ini.


Catatan tips bercuti ke Water Crest telah saya kongsikan jadi saya tak mahu menulis panjang lebar mengenai kebun water crest ini dan bagaimana mahu ke sini.

Klik Sini untuk ke catatan tips ke sana. 


Jadi saya kongsikan gambar kami sekeluarga menghabiskan sejam setengah bersantai di sini. di bawah terik matahari .. 



Koleksi gambar kami sekeluarga yang lain di SINI

Tips Bercuti @ Cameron Highlands 20

# Ladang Teh BOH di Habu
Tips catatan seterusnya bercuti di Cameron Highlands ini berdasarkan beberapa pertanyaan dan perkongsian dari facebook Cameron Highlands Group sejak dua minggu yang sudah. 

Saya ambil pertanyaan dan perkongsian mereka yang merasai sendiri berkenaan perkara tersebut. 

TIPS 91 ; MEMBELI JAGUNG CAMERON HIGHLANDS.. kisah tertipu

Salah seorang rakan facebook CHG yang menamakan dirinya sebagai Lienasari telah berkongsi bagaimana beliau ditipu oleh peniaga yang menjual jagung. 

Lokasinya adalah di S Corner menghala ke Kea Farm. 

Lienasari mengatakan beliau membeli jagung 'Cameron' setelah merasai 'tester' jagung yang telah dipotong kecil oleh si penjual jagung dan mengatakan ianya jagung Cameron Highlands. 

Manis dan sangat sedap rasa tester tersebut dan beliau bersetuju untuk membelinya selepas merasai tester yang disediakan. 

Namun setelah pulang, beliau mendapati jagung yang dibungkus oleh peniaga tersebut bukan jagung CAMERON yang dirasainya. 

Rasanya tawar dan tidak mempunyai ciri-ciri Jagung Cameron.

Tips di sini Jagung Cameron akan mempunyai gabungan biji jagung warna kuning berselang-selikan tompok biji jagung berwarna putih yang juga menyebabkan ianya dipanggil 'jagung mutiara'.

Tips dari Lienasari pula adalah selak daun jagung terlebih dahulu sebelum membeli untuk memastikan ianya Jagung Cameron yang mempunyai ciri-ciri diatas. 

Saya bersetuju. Jika peniaga tersebut berkeras atau marah kerana tindakan anda itu, beredar dari membeli jagung tersebut kerana peniaga itu menyembunyikan seseuatu atau takut rahsianya terbongkar.

Anda perlu tegas untuk menyatakan hak anda mendapat setimpal apa yang dibayar tetapi jangan sampai bergaduh atau bertumbuk. Lebih baik, viralkan sahaja kisah anda di facebook supaya orang lain tahu... kih kih ... 

Saya kira kes Lienasari ini boleh dianggap satu penipuan oleh peniaga dan malangnya tiada pejabat KPDNKK di Cameron Highlands yang memungkinkan salah satu sebab peniaga di Cameron Highlands berani untuk menipu pelanggan khasnya pelancong.  

Ada beberapa tips tambahan yang sudah saya fikirkan dan InsyAllah akan saya buat catatan berkaitan cara percutian yang ringkas dan menjimatkan atau back packer.

Tapi kena tunggu la ..

Sunday, February 21, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands 19

#  Kebun Water Crest di Cameron Highlands
Catatan tips bercuti seterusnya saya kongsikan sekitar Water Crest Farm atau dalam bahasa Melayu dinamakan sebagai kebun selada air.

Jika anda ingin mencari kelainan untuk berkunjung, saya mencadangkan anda mencari Kebun Selada Air untuk dikunjungi. 

Sesuatu yang unik untuk anda terokai kerana tidak terdapat di tempat lain kecuali di Cameron Highlands. 

Saya sendiri telah berkongsikan beberapa catatan mengenai kebun selada air yang pernah saya dan keluarga saya kunjungi. Link kepada catatan tersebut boleh anda klik di akhir catatan ini. 

Jadi saya kongsikan tips untuk ke kebun selada air terlebih dahulu. 


TIPS 86: MEMASUKI KEBUN WATER CREST ... siapa yang boleh pergi


Pertama sebelum saya kongsikan lokasi kebun water crest, saya ingin nyatakan kebun water crest ini bukannya dibuka untuk kunjungan awam. Ianya tidak terbuka seperti mana-mana kiosk persinggahan yang ada di Cameon Highlands menjadikan ianya lebih asli. 

Jadi kunjungan anda adalah tidak rasmi dan sekadar singgah dan anda akan melihat secara terus bagaimana ianya diusahakan tanpa sebarang kemudahan untuk pelancong atau pelawat yang mungkin tidak sesuai untuk sebilangan pelawat.

Jadi kalau ada yang beranak kecil, maka saya syorkan anda tidak memasuki kebun water crest ini dan cukuplah sekadar bergambar di sisi tepinya sahaja kerana ianya agak berisiko kepada keselamatan anak-anak anda. 

Jika anda ingin masuk ke dalam kebun ini pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan untuk ke kebun sayur dan bukannya untuk ke mesyuarat cawangan atau cabang serta ranting. 

Utamakan keselamatan yang lebih utama dari keterujaan untuk berselfie dan berkongsi dalam facebook anda semata-mata.  

TIPS 87: MEMASUKI KEBUN WATER CREST 2 .. kebenaran masuk..

Dah memandangkan kebun ini tidak dibuka kepada kunjungan pelancong dan awam, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pemilik atau pekerja yang ada untuk masuk ke dalam kebun selada air ini. 

Jangan buat macam harta anda sendiri kerana ianya jelas milik orang lain ya tanpa perlu didebatkan secara terperinci.

Kena jelaskan sebegini sebab masyarakat pelancong kita sekarang ini telah mulai mempunyai sikap yang sedikit kasar  jika dilihat dari senario yang berlaku. 

Bersopan santunlah ketika meminta biarpun yang dipinta itu dari pekerja kebun ini yang kebanyakan adalah pekerja asing yang telah diberikan amanah untuk menjaga kebun majikannya. 

Berbual dengan mereka untuk mengetahui lebih lanjut dengan kebun ini dan mohon kebenaran jika ingin berjalan dan mengambil gambar dan seperti biasa, ambil gambar sahaja bukan pokok tanaman dan juga aset dari kebun ini. 

Jangan terlalu mengikuti mereka sehingga mereka terganggu daripada membuat kerja mereka. 

TIPS 88: MEMASUKI KEBUN WATER CREST 3 ... waktu yang sesuai

Pergi awal pagi kerana biasanya mereka akan menuai daun water crest ini sekitar pukul 8-10 pagi bagi memastikan ianya segar.

Water Crest ini adalah bersifat tanaman berair dan pastinya jika lewat dituai dan dibawa keluar, akan menyebabkan ianya layu.

Kalau anda nak melihat teknik tuaian dan pembungkusan mereka yang mana saya tidak mahu jelaskan di sini sebaliknya anda sendiri melihatnya dan semuanya dilakukan awal pagi.

Pergi awal pagi juga amat selesa kerana tidak panas dan udaranya amat segar sesuai untuk berjalan dan bergambar berbanding di tengahari. 


TIPS 89: MEMASUKI KEBUN WATER CREST ... keselamatan anak-anak 

Kebun water crest ini agak unik dengan teresan kolam yang dibina bagi memastikan air dapat dialirkan dari satu kolam ke kolam secara graviti tanpa sebarang pam dan juga kerja tambahan.

Tebing kolam biasanya menjadi batas laluan untuk membawa masuk dan keluar barangan tanaman dan hasilnya.

Ada kebun water crestt yang dibina secara tradisonal dan mempunyai permukaan batas laluan yang tidak rata dan bersimpang siur dan bagi saya di sini lebih unik dan menarik untuk dikunjungi dab kebun yang sebegini amat merbahaya untuk kanak-kanak melaluinya tanpa pengawasan dewasa.

Namun ada juga kebun water crest yang saya telah pergi dibina dengan begitu kemas dan selamat digunakan seperti kunjungan saya yang terkini semalam di kebun water crest ini.

Jadi anak-anak saya dengan yakinnya saya lepaskan tanpa perlu mengikuti rapat mereka cuma perlu menegur mereka jika terlalu laju berlari..

TIPS 90: MEMASUKI KEBUN WATER CREST 4 .. 


Akhir sekali saya nak kongsikan tips di mana kebun water cress boleh anda kunjungi jika berada di Cameron Highlands.


Memandangkan kerja harian saya lebih melibatkan arah selatan Cameron Highlands iaitu Habu dan Ringlet saya menyebabkan saya lebih mengetahui lokasi kebun di kawasan ini sahaja.

Namun di Jalan Kea Farm ke Tringkap, terdapat satu restoran di tepi laluan utama yang dinamakan Water Crest kerana dibina dan dibuka bersebelahan dengan kebun water crest ini yang mana selalu dijadikan gambar hiasan di sini. 

Malangnya difahamkan restoran ini tidak halal untuk kunjungan pelanggan muslim.

Berbalik di kawasan Habu, lokasi yang mudah anda kunjungi adalah di Jalan BOH iaitu laluan masuk dari laluan utama untuk ke Ladang BOH.

Terdapat sekurang-kurangnya 5 lokasi kebun water crest di sini dan saya suka untuk berada di salah satunya di waktu rehat saya.

Manakala di Jalan Ulu Merah di Ringlet ianya lebih tradisional dengan kebun yang lebih kecil memandangkan alur sungainya tidak terlalu lebar.

Cuma patuhi tips-tips di atas jika anda ke sini.

Saya kongsikan beberapa link ke catatan awal saya mengenai kebun water Crest untuk lebih pemahaman anda.

Catatan PERTAMA , KEDUA , KETIGA, KEEMPATdan TERBAHARU .

Thursday, February 18, 2016

Le Tour de Langkawi Peringkat Keempat Ipoh ke Cameron Highlands

Kami kongsikan pula perincian laluan Peringkat Keempat Le Tour De Langkawi 2016.


Peringkat keempat ini bermula dari Ipoh ke Cameron Highlands sejauh 129.4 km. 

Laluan kali ini memilih pendakian Jalan Pahang atau lebih dikenali dengan Jalan Tapah ke penamat di Tanah Rata berbanding dengan pilihan laluan edisi terdahulu yang memilih Pekan Brichang sebagai penamat.

Mengandungi 3 peringkat Pecut iaitu di Batu Gajah, Gopeng dan Kampar manakala 2 peringkat King Of Mountain (KOM) di Ringlet dan Tanah Rata (Rasanya sekali dengan lokasi penamat).

Kami juga amat teruja dengan penganjuran acara bertaraf dunia ini dan gembira kerana dipilih sebagai salah satu peringkat kayuhan.

Dimaklumkan, peringkat keempat ini adalah kemuncak pendakian kerana tiadanya peringkat pendakian ke Genting Highlands dalam edisi kali ini.

Jom kita meriahkan....

Cameron Riders sedang merangka sesuatu untuk memeriahkan sambutan ini ..

Sumber : Klik

Laluan Le Tour De Langkawi 2016

Sekadar nak berkongsikan kehangatan LTDL 2016 yang mana tahun ini kembali ke Cameron Highlands.

Terdapat 8 peringkat kayuhan pada edisi 2016 seperti poster dibawah. 


Lebih menarik Peringkat keempat ini pada 27 Februari 2016 adalah satu-satunya pendakian ke puncak setelah ketiadaan pendakian ke Genting Highlands.

Kayuhan bermula dari Ipoh Perak ke Tanah Rata melalui Jalan Persekutuan 59 iaitu Laluan Jalan Pahang atau lebih dikenali sebagai Jalan Tapah. 

Catatan seterusnya akan kami kongsikan lebih terperinci kayuhan di peringkat keempat ini. 

Sumber : Klik

Pengumuman Penutupan Jalan di Cameron Highlands untul LTDL 2016

PENGUMUMAN PENUTUPAN JALAN :

Sempena Le Tour de Langkawi Peringkat ke 4 di Dari Ipoh ke Tapah,
Ketua Polis Cameron Highlands
telah mengeluarkan notis pengumuman penutupan jalan yang
terlibat.


Tips Untuk pelancong :

Sila rancanga perjalanan anda untuk ke sini dan jika boleh elakan waktu ketibaan anda untuk laluan Tapah dan Tanah Rata pada waktu yang ditetapkan.

Atau anda boleh rancang untuk tiba lebih awal untuk sama-sama menyaksikan peringkat kayuhan ini di lokasi penamatnya di Tanah Rata

Atau anda boleh menggunakan Laluan Simpang Pulai dan Gua Musang untuk ke Cameron Highlands dan menumpukan aktiviti lawatan anda di Brinchang dan ke atas kerana kawasan tersebut tidak terlibat dengan laluan kayuhan.

Kami pun tak sabar dah nak melihat aksi LTDL ini..

Jom kita semak pelan kayuhan yang melibatkan keseluruhan edisi kali ini serta peringkat keempat yang melibatkan Cameron Highlands.

Tapi dalam catatan seterusnya  

Wednesday, February 17, 2016

Pemetik Daun Teh 2

Koleksi kedua ini masih di tempat yang sama iaitu di Bharat Tea.

Namun keduanya adalah pemetik daun teh menggunakan mesin penuai khas yang kini mengantikan tenaga kerja yang sangat kurang.

Kedua-dua pekerja ini dari Nepal dan saya tak sempat nak bersembang dengan mereka kerana tak tahan panas pula saya tengahari semalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...