TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, December 17, 2015

Draf Rancangan Tempatan Cameron Highlands 2030

Saya sekadar nak berkongsikan maklumat yang saya perolehi dari Roadshow Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Pengantian).


Saya rasa sebagai orang awam yang menetap di sini perlu mengetahui pelan perancangan panjang untuk daerah ini. 

Juga sangat perlu kita mengetahui apakah yang akan dirancang oleh pihak berkuasa untuk generasi akan datang dan sebagai generasi sekarang adalah menjadi tanggungjawab kita menyediakan dan membantu landasan terbaik untuk generasi akan datang iaitu anak-anak kita sendiri. 


Juga kepada 'stakeholder' yang terlibat perlu mengetahui apakah pula kedudukan aset sedia kita untuk masa akan datang.

Dah baca apa pula yang boleh kita lakukan?

Kita bagi cadangan jika perancangan ini tidak lengkap dan kita buat bantahan jika perancangan ini tidak mendatangkan manfaat atau kesan buruk atau keberuntungan sebelah pihak sahaja. 


Kita mainkan peranan kita dahulu sebelum apa-apa kelak akan diperhalusi untuk perlaksanaan.

Jangan biarkan pahat berbunyi dikala rumah telah siap..

Ayuh suarakan pandangan anda... 


Saya kongsikan risalah perancangan ini yang saya scan sendiri,.

Untuk maklumat lanjut anda hubungi pihak berkenaan. 

Saya sekadar BERKONGSI sahaja bukan pihak yang TERLIBAT !!!! (Nanti akan ada yang email bertanya dan mahukan itu ini)...



No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock