TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, September 15, 2015

Kayuhan #sehatisejiwa ... 1

Kayuhan Sehati Sejiwa anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Pahang dengan kerjasama Cameron Riders di Tanah Rata baru-baru ini.

Kayuhan yang merupakan penutup bagi siri kayuhan sehati sejiwa yang dianjurkan sempena dengan Bulan Kemerdekaan.

Sambutan sangat mengalakan dengan sasaran 100 peserta telah dipenuhi dalam masa seminggu pendaftaran dibuka manakala di hari kayuhan seramai 160 peserta telah melakukan kayuhan.

Kayuhan yang melibatkan jarak sejauh 16.4 km secara santai ini berjaya menghimpunkan pelbagai bangsa dan kehadiran Yang Berusaha Dato Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato A Rahman Hamzah yang turut melakukan kayuhan ternyata menceriakan suasana sepanjang acara ini.

Kemuncak kayuhan adalah pencarian jaguh bukit dengan laluan ke PuncakArabella menjadi cabaran terakhir.














Tahniah kepada semua peserta Kayuhan #sehatisejiwa....

Banyak pula gambar yang diambil dari lensa amatur saya, jadi saya kongsikan menerusi beberapa catatan atau anda boleh ke laman FB mrkumaiblogspot.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock