TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, September 7, 2015

Bagaimana hendak menikmati Lushious...

Ada di antara rakan-rakan saya atau kenalan saya malah boleh dikatakan hampir 80% daripada mereka apabila saya memperkenalkan atau mengesyorkan Jenama Lushious akan bertanya bagaimana hendak membuat persediaan atau menyediakan menu sayuran ini terutamanya variasi salad di mana kami menawarkan 9 jenis salad atau lebih tepat 12 jenis variasi yang dibungkus dan dijual kepada anda.



Yang menjadi kebiasaan atau selalu digunakan adalah dari jenis iceberg yang selalu digunakan sebagai ramuan atau menu utama nasi ayam dan juga salad green coral yang menjadi sebahagian dari masakan barat seperti steak dan lamb chop. 

Tetapi apabila disyorkan salad seperti red coral, butterhead, mini romaine, romaine memang agak janggal dan tidak tahu bagaimana ianya akan disediakan untuk dinikmati. 



Begitu juga dengan variasi salad super premium seperti Salonova Coral Bionda, Vicinity dan Cook yang sangat baharu kepada mereka. 

Di laman web www.lushious.com.my yang diperbaharui, dikongsikan panduan dan bagaimana salad ini boleh disediakan sebagai bahan atau menu sajian anda serta juga pilihan resipi untuk anda cuba di rumah. 

Jadi mungkin sebagai perkenalan kepada sayuran bermutu tinggi ini, anda boleh mengikuti panduan penyediaan yang disyorkan.



Selamat mencuba.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock