TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, May 11, 2015

Masjid @ Lojing

Bagi mereka yang datang dari arah Gua Musang melalui Daerah Kecil Lojing, terdapat sebuah hentian Masjid yang baharu dibuka hampir 3 tahun lepas di antara sempadan Daerah Cameron Highlands, Pahang  dan Daerah Kecil Lojing, Kelantan.

Maaf saya tidak pasti nama masjid ini namun mungkin buat sementara ini saya gunakan Masjid Daerah Kecil Lojing.


Saya pertama kali singgah di sini petang tadi setelah beberapa kali melalui laluan sebelum ini. 


Selalunya saya mendapati ramai pengguna jalan raya di laluan ini singgah untuk bersolat dan berehat di sini setelah melalui perjalanan melebihi 120 kilometer  dari arah Gua Musang dan hampir 96 km dari arah Simpang Pulai. 


Masjid ini di bina dengan harga RM 3.8 juta meliputi kompleksnya seperti rumah kuarters, pejabat serta bangunan utama.


Terdapat beberapa kemudahan seperti pondok rehat, gerai jualan dan juga perkhidmatan homestay di Masjid ini.



Manakala tandas pula dibina di unit berasingan dengan Masjid yang mana pada perkiraan saya adalah untuk kegunaan umum termasuklah kepada bukan muslim yang melalui laluan ini.


Carian lanjut saya di Google mendapati Masjid ini adalah pembangunan pertama yang dirancang dan dibina sebaik sahaja Daerah Kecil Lojing diisytiharkan pada 2010.


Kerajaan Kelantan mempunyai satu lagi jajahan baru di kawasan Selatan negeri yang dikenali sebagai Jajahan Kecil Lojing. 

Pengistiharan jajahan baru tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra pada 5 Ogos 2010 bersamaan 24 Syaaban 1431H.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pembesar negeri serta pegawai Jabatan Persekutuan dan Negeri. Dengan keluasan 181,700 hektar, Lojing dapat dijadikan satu jajahan yang berasaskan ekonomi pertanian dan dapat dimajukan sebagai kawasan pelancongan.

Kawasan Jajahan Kecil Lojing meliputi tiga daerah iaitu Betis, Hau dan Sigar yang keseluruhannya mempunyai 5,613 penduduk. Di majlis tersebut juga Pemangku Raja telah berkenan meletak batu asas pembinaan masjid Keputeraan yang pertama di Jajahan Lojing.

Masjid tersebut akan dibina di tapak seluas lebih 10 ekar akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta dan gerai jualan hasil pertanian yang dihasilkan di Lojing.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock