TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, May 14, 2015

Jeti ke Pulau Ketam @ Pelabuhan Klang

Saya bulan lepas ingin memancing di Kelong GreenWay di Perlabuhan Klang, atau lebih tepat berdekatan dengan Pulau Ketam. 

Memang popular kelong ini kerana melalui facebooknya tangkapan di sini jika kena pada masanya memang lumayan. 


kalau dah yang memancing, semuanya terserah pada rezeki masing-masing. 

Cuma saya nak kongsikan catatan pertama ini suasana di Jeti Pulau Ketam. Untuk ke sini saya tidak arif untuk membantu anda kerana saya sendiri menggunakan khidmat apliaksi Waze untuk ke sini.

Sampai di Jeti saya agak selesa kerana ada kawasan meletak kereta yang luas dan berpengawal. Selamat dan kurang rasa risau di hati jika perlu meninggalkan kereta di sini. Pastinya ianya perlu di bayar di atas perkhidmatan tersebut.


Saya menunggu sekitar 15 minit untuk menaiki bot laju atau teksi air untuk ke kelong ini kerana tiada perkhidmatan bot secara tetap ke sana. 

Cuma anda perlu memberitahu kepada pemandu bot untuk ke Kelong Greenway dan RM 10 dikenakan bagi satu arah perjalanan yang mengambil masa 15 minit ini. 

Menarik ketika saya menunggu bot laju adalah kelibat pekerja yang menawarkan khidmat mengangkat barang dari bot datu feri yang sampai. 

Mereka bukan muda, tetapi agak berusia namun keringat dan kekuatan mereka mengangkat barangan amat mengagumkan. 



Saya sendiri belum tentu mampu melakukannya. Mungkin benar alah bisa tegar biasa menjadi peribahasa yang sesuai bagi mereka yang melakukan kerja ini bukan sehari dua.

Sembang-sembang dengan si penjaga tiket mengatakan, jeti ini adalah jeti sementara untuk ke Pulau Ketam kerana jeti asalnya yang terletak bersebelahan masih ditutup untuk kerja naik taraf dan dijangka akan dibuka mulai bulan hadapan. 

Lebih pendek perjalanannya untuk menaiki bot dan lebih mudah katanya berbanding jeti sekarang yang memerlukan anda berjalan kaki melebihi 200 meter untuk ke bot atau feri. 

Selebihnya, saya kongsikan gambar-gambar di bawah ini sahaja...    





No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock