TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, May 7, 2015

Daulat Tuanku...

mrkumai.blogspot.com ingin merafak sembah Tahniah di atas
Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Sebagai anak kelahiran Daerah Taiping di Perak Darul Ridzuan dan kini bermaunstatin di bumi Pahang Darul Makmur, Patik mendoakan DYMM Tuanku beroleh rahmat sepanjang masa demi memberi Naungan Dirgahayu kepada rakyat jelata. 

Daulat Tuanku.. Daulat Tuanku.. Daulat Tuanku..  
IPOH: Istiadat Pertabalan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan dilangsungkan pada 6 Mei tahun depan.

"Dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke-162 pada 22 November 2014, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menetapkan lstiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35, dilangsungkan pada hari Rabu, 6 Mei 2015," kata Setiausaha Dewan Negara Perak, Toh Amar Seri Diraja Datuk Ayop Hashim, dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, lstiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada pagi hari berkenaan, diikuti lstiadat Tabal Pusaka dan lstiadat Bersiram Tabal pada malam hari keesokannya.

"Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri (Tuanku Zara Salim) selanjutnya akan berangkat menziarahi makam-makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak sehingga ke Teluk lntan.

"lstiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mencecahkan kaki baginda di Beting Beras Basah, tempat pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama, menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak," katanya.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock