TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, May 25, 2015

Bukit St Paul @ Melaka

Kunjungan anda ke AFamosa pastinya akan dilanjutkan dengan pendakian ke bukit yang terdapat di belakangnya. 

Pasti anda ingin mengetahui apakah yang ada di atasnya kerana ramai pelancong yang sedang mendaki dan menuruni tangga tersebut. 

Saya serta anak-anak kecil saya turut sama mendaki ke bukit tersebut dan ini bukan kali pertama saya ke sini sejak beberapa tahun ini. 

Bukit yang saya maksudkan adalah bernama Bukit Melaka. Anda tak pernah dengar?


Benar nama asalnya adalah Bukit Melaka setelah Parameswara menemui Melaka ini dan memilih untuk menjadikan kawasan persisir pantai ini sebagai kawasan pentadbiran kerajaan beliau ini. 

Kemudian pada tahun 1511, Portugis mulai menjajah Negeri Melaka dan mulai membina kubu pertahanan yang dinamakan 'The Fotress" di mana di dalamnya terdapat pusat pentadbiran dan pertahanan yang mampu menahan ancaman serangan Belanda dan Kesultanan Johor ketika itu. 

Manakala Bukit Melaka ini ditukar namanya kepada Bukit Mary

Saya sendiri tidak pasti siapakah Mary yang dimaksudkan sehinggakan namanya diabadikan di bukit ini

Sehingga 1641 Portugis menjadikan kawasan ini dibawah pentadbirannya sebelum Belanda mengambil alih atau lebih tepat menawan dan kemudian diserahkan kepada Bristih pula. 

Di bawah Pentadbiran British, langkah mereka adalah bukannya mempertahankan kubu ini tetapi meruntuhkanya sehinggalah hanya tinggal Pintu Gerbang sahaja yang tinggal iaitu A FAMOSA yang masih berdiri sehingga kini. 

Kini ianya  dikenali sebagai Bukit St Paul di mana terdapat sisa bangunan Gereja St Paul di atas puncaknya yang masih boleh dikunjungi. 

Saya tidak pasti apakah nama Bukit St Paul ini dinamakan semasa zaman Belanda ataupun British.


Saya tinggalkan kisah sejarah ini untuk anda kaji lebih lanjut alur kisahnya.

Saya sebenarnya agak kecewa kerana ketika kunjungan saya sekitar bulan March yang lalu saya mendapati ada peniaga cenderahati dan lukisan jalanan membuka gerai masing-masing di dalam bangunan bersejarah di puncaknya. 


Kalau di pinggir dan di luar bangunan kita boleh terima tetapi sehingga ke dalam bangunan utama yang berbumbung. Mereka meletakan meja jualan dan bahan jualan sehingga menutup pameran maklumat sejarah di dinding bangunan ini. 

Ramai pelancong yang kecewa dan masih berusaha cuba mendapatkan maklumat berkaitan dengan bangunan ini yang telah dihalang dan ditutup oleh peniaga yang pentingkan diri sendiri ini. 

Mungkin pihak yang berwajib boleh mengambil tindakan sepatutnya ke atas peniaga ini. 


Di kawasan puncak dan pinggir bukit ini terdapat kubur Belanda yang mungkin melibatkan penjajah Belanda yang telah mati ketika mereka menguasai kubu pertahanan ini. 


Juga terdapat bangunan pentadbiran yang kini menjadi Muzium TYT  dibahagian belakangnya. 


Malah di dalam bangunan utama Gereja St Paul terdapat tembok maklumat yang diukir di atas permukaan batu dan sebuah perigi di dalamnya.


Juga agak menarik adalah beberapa pelukis jalanan yang menghasilkan lukisan pemandangan sekitar kawasan ini secara spontan dan dari sembang-sembang saya bersama salah seorang dari mereka, 15 minit diperlukan untuk menyiapkan sebuah lukisan yang kemudian akan dijual sekitar RM 20 satu atau RM 50 bagi setiap 3 pembelian sekaligus. 


Saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar ketika kami ke sana... 










1 comment:

Unknown said...

ttg tulisan dan batu2 yg disandar itu...dan kenapa pintu gerbang itu tk dimusnahkn...kerana terdapat sihir2 portugis di pintu gerbang...kena lihat dr belakang pintu gerbang..dan dan ada lg 6 tapak tanda dr sihir portugis berada disana...sbb dlu sultan dikurniakn daulat...maka perlukn sihir utk patahkn daulat2 tereebut...tp xberjaya

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock