Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, April 30, 2015

'Fat Bike ' untuk di sewa @ Cameron Highlands


Saya ingin berkongsikan perkhidmatan menyewa basikal mtb kepada mereka yang ingin mengayuh basikal di sekitar Tanah Rata. 

Tentunya ini satu pilihan yang baik kepada pengemar aktitivi berbasikal yang datang ke Cameron Highlands tetapi tidak mahu membawa basikal masing-masing kerana kekurangan tempat di kenderaan. 


Basikal yang boleh disewa dengan kadar jam ini ditawarkan dengan jenis Fat Bike‎ dan amat sesuai untuk kayuhan lasak. 


Lokasinya di Hotel Meiko bersebelahan Ambank Tanah Rata atau sebaris dengan Pejabat Pos  Tanah Rata.


Hubungi pemiliknya kerana saya sekadar berkongsikan maklumat perkhidmatan sewaan ini. 


Namun dari notis yang ditampal,  mereka menawarkan kadar sewaan RM 15 bagi jam pertama dan RM 10 untuk jam seterusnya atau RM 50 untuk sehari.

Saya sekadar berkongsikan maklumat sahaja. Jangan tanya saya untuk maklumat lanjut dan cara tempahan.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Cuit-cuit sikit .... "Tumpang rumah boleh"...

Kisah yang seterusnya nak saya cuit hasil bersembang dengan rakan-rakan tengahari tadi adalah dilema bila ada rakan lama yang nak datang bercuti ke Cameron Highlands tapi nak menumpang di rumahnya..


Selalunya kawan yang telepon ini datang nak bercuti dengan keluarga kecilnya dan ingin menumpang kerana nak menjimatkan belanja.

Namun ada yang telepon saat akhir kerana tidak mendapat penginapan di sini selepas datang tanpa perancangan awal yang baik.

Maka ayat pertanyaan yang biasanya dikeluarkan untuk menumpang di rumah kawan yang ada di Cameron Highlands. 

Kawan Cameron ni pula memang akan serba salah. 

Serba salah pertama adalah rumah mereka sempit terutamanya yang menginap di rumah kakitangan yang rata-ratanya agak bersenibina lama seperti cikgu dan kuarters JKR yang lain. 

Malah di apartment yang disewa mereka juga sangat kecil terutamanya yang mendiami  Flet Jasar, Royal Lily dan juga Carnation Park.

Jadi sudah sempit dengan ahli keluarga masing-masing nak pula menumpangkan orang luar di rumah. Di manakah keselesaaan mereka kelak?

Keduanya serba salah mereka adalah hubungan sesama keluarga mereka sendiri yang mungkin si isteri akan muncung dan anak-anak sendiri tidak selesa. Yang kenal kawan yang nak menumpang dia seorang sahaja tetapi perlu pula melibatkan mereka yang lain pula. 

Ketiganya tujuan anda adalah bercuti, maka layanan masih perlu diberikan kepada tetamu di hujung minggu yang mana merupakan hari rehat bagi pasangan yang bekerja serta anak-anak yang rehat dari jadual persekolahan. Anda bercuti sakan, mereka yang tertekan.

Keempatnya adalah soal penjagaan aurat terutamanya bagi si isteri dan juga anak-anak gadis mereka yang terpaksa berhimpit di rumah yang kecil. Maka suasana ini memang tidak selesa dan menjadikan rumahku bukan lagi syurgaku ketika itu.

Ini sekadar beberapa rasa serba salah mereka bilamana ada yang nak menumpang. Malah tahukah anda, ada diantara mereka yang akan menyewa apartment lain yang berdekatan dengan rumah mereka jika menerima kunjungan dari ahli keluarga mereka sendiri kerana faktor rumah yang sempit dan keselesaaan ahli keluarga mereka itu nanti.

Tetapi jangan pula anda nanti mengharapkan mereka akan menyewa apartment lain untuk anda bilamana anda meminta untuk menumpang.

Anda datang untuk bercuti. Pastinya anda telah membuat perancangan rapi dan bajet perbelanjaan yang mencukupi khasnya dengan penginapan. Rancangkanlah sebaik mungkin untuk semua keperluan anda bercuti di sini dan jangan mengharapkan sesuatu yang percuma untuk anda nikmati kerana ada hati yang gundah gulana ketika itu nanti.

Fikir-fikirkan ya....

Cuit-cuit aje seterusnya adalah mengenai "jadi tourist guide boleh?".... juga dari sembang-sembang dengan kawan-kawan tadi ...  
  

Cuit-cuit sikit.... tak nak belanja kami ke?....

Tadi bersembang dengan kawan-kawan mengenai keadaan Cameron Highlands esok sempena cuti panjang kali ini. Maklumlah dari Hari Pekerja membawa ke hari HOL selama lebih 5 hari.

Mesti sesak dan penuh di Cameron Highlands. Ada yang dah merancang untuk turun bagi mengelakkan kesesakan kelak.

Namun dalam topik-topik sampingan dalam perbualan tadi saya tertarik kisah atau rasa serba salah bila ada kawan-kawan mereka datang ke Cameron Highlands dan ajakan untuk keluar makan bersama menjadi sedikit ngeri...

Tambah-tambah lagi kalau ada kawan-kawan yang datang bercuti berkata, "Bila lagi nak rasa duit orang Cameron Highlands'.

Atau ajakan berbunyi " Hang tak nak belanja kami steamboat ka ? Mai jauh-jauh tak kan tak nak belanja? Bukan selalu..."

Saya rasa saya memahami mereka. Betul, bukan nak berkira atau kedekut nak belanja kawan-kawan lama kerana dah ibarat sebagai tuan rumah.

Cuma saya memahami kesukaran mereka melayani saban minggu kawan-kawan yang akan datang ke Cameron Highlands yang akan menyatakan ayat yang sama. 

Mungkin bagi anda sekali sahaja ajakan suruh belanja tersebut tetapi hampir setiap minggu ajakan dari rakan yang lain pula.

Jom tengok perkiraan mudah ini. Kalau anda nak minta belanja rakan-rakan di sini stemboat, harga purata sekitar RM 18-25 seorang dan anda membawa 4-6 orang ahli keluarga makan harga yang perlu dibayar adalah sekitar RM 126 hinggalah RM 200 sekali makan dan bayangkan sebulan kalau ada dua orang rakan datang maka sekitar RM 400 sebulan.

Bagi mereka yang bergaji kecil sekitar RM 1200 hingga RM 2000, jumlah tersebut banyak. Dan bayangkan kalau nak memenuhi ajakan setiap minggu maka hampir RM 1000 pula perlu dibelanjakan setiap bulan walaupun bukan selalu sebegitu.

Jadi kalau anda rakan yang memahami, saya rasa bertimbang rasalah jika ingin meminta rakan anda di sini belanja makan. Bukan kerana untuk anda semata tetapi fahami pula keadaan serba salah mereka pada setiap minggu setiap kali mesej dari whatsaap dan telepon mengenai tak nak belanja ke ?

Itu belum lagi meminta belanja satu keluarga besar makan dengan mak ayah dan adik beradik anda pula walaupun bukan ramai yang akan bersikap sebegini tetapi dari perbualan saya dengan rakan-rakan tadi ada yang terkena.

Bayangkan ada di antara rakan-rakan saya tadi kata, dia dan keluarganya sendiri nak berbelanja makan steamboat pun sekali dua tiga bulan sahaja untuk acara istimewa seperti hari lahir.

Maka ada juga yang berkata mereka akan memberi alasan tiada di Cameron Highlands bila ajakan dari whatsapps diterima.

Saya tak menyalahkan mereka dan tidak sama sekali menggelarkan mereka sebagai kedekut.

Anda sebagai yang ingin datang melancong, pasti sudah mempunyai rancangan perbelanjaan seperti makan dan minum serta perbelanjaan penginapan.

Bila bab penginapan, saya nanti kongsikan kisah nak tumpang rumah .... juga dilema dari rakan-rakan yang ada tadi yang minta saya turut kongsikan...

Kata mereka , "hang tulis lah dalam blog bagi ada yang memahami dilema mereka .. tinggal di kawasan perlancongan "...

Monday, April 13, 2015

Peta Kayuhan Perkampungan Orang Asli @ Cameron Riders

Dari laman blog Cameron Riders, saya ada berkongsikan catatan panduan laluan kayuhan ke perkampungan orang asli sekitar Cameron Highlands.


Kayuhan ke lokasi sebegini memang menarik kerana yang menanti kita adalah sedikit keunikan budaya yang mungkin berbeza dengan kita.

Namun bukanlah pula terlalu jauh jurang perbezaanya kerana kampung-kampung orang asli kini sudah bertambah maju dengan pelbagai perubahan seperti bentuk rumah yang dibina bercampur-campur dengan tradisonal dan juga moden. 

Begitu juga dengan perkembangan semasa yang kini turut diadaptasikan oleh masyarakat Orang Asli dalam kehidupan mereka. 

Uniknya pula lokasi yang sedikit jauh dan juga keramahan masyarakat ini menerima kita sebagai tetamu mereka. 

Namun ingat pepatah, orang berbudi kita berbahasa untuk sama-sama saling menghargai apa juga perbezaan kita.   

Berikan senyuman dan peluang kepada anak-anak kecil untuk merasai kehebatan basikal anda dengan membenarkan mereka duduk dan beraksi seketika.

Dan paling utama, hormati gaya dan budaya hidup mereka dan selami keunikan yang ada di sana.

Catatan ke perkampungan Orang Asli ini boleh anda ikuti di SINI.

Selamat mencuba.  


Peta Kayuhan ke Bharat Tea Plantation @ Cameron Riders

Untuk melengkapkan koleksi panduan peta kayuhan di ladang teh di sekitar Cameron Highlands, saya juga telah membuat catatan peta kayuhan ke beberapa lokasi ladang teh milik Bharat Tea Plantation. 


Syarikat yang membawa jenama Cameron Valley ini mempunyai tiga lokasi ladang teh yang mudah dikunjungi tetapi sedikit jauh dari Tanah Rata kecuali di Shalimar Division mereka yang berdekatan di antara Jalan utama Tanah Rata ke Habu. 

Klik SINI untuk ke catatan mereka yang telah saya kongsikan di laman blog Cameron Riders.

Mungkin sambil bersantai ke lokasi ladang teh dibawah syarikat ini, anda boleh mencari sesuatu yang unik kerana perusahaannya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional terutama dalam pemprosesan daun teh serta campuran plot sayuaran di dalam ladang mereka. 

Selamat Mencuba... 

Peta Kayuhan Ladang BOH Habu @ Cameron Riders

Untuk panduan kedua lokasi ladang teh masih lagi memilih BOH TEA PLANTATION tetapi lokasinya adalah di Habu. 

Lokasi BOH TEA ESTATE di Habu ini agak panjang catatannya kerana terdapat beberapa lokasi kecil yang saya perincikan untuk lebih maklumat dapat dikongsikan kepada anda antaranya Landasan Kapal Terbang Tertinggi di Semenanjung Malaysia, Chalet untuk disewa ditengah ladang teh dan perkampungan Orang Asli yang boleh sama dikunjungi. 


Catatan penuh(Klik DI SINI) ini kami selitkan juga pengalaman dari beberapa rakan lain yang telah melakuka kayuhan di kawasan ladang ini. 

Dan selepas anda membaca dan meneliti keunikan dan tarikan di sini, mungkin selepas ini anda pula yang boleh berkongsikan catatan  mengenai kayuhan anda ke ladang teh tertua di Cameron Highlands ini. 

Selamat mencuba.  


Peta Kayuhan Ladang Teh Sungei Palas @ Cameron Riders

Ladang Teh adalah destinasi wajib untuk anda kunjungi jika ke sini walaupun sekadar ingin berehat dan berbasikal di sekitar Cameron Highlands. 


Ini kerana keunikan dan juga pemandangan berkayuh di ladang teh pasti amat berbeza dengan kayuhan anda di tempat lain. 

Terdapat tiga catatan mengenai kayuhan di ladang teh ini dan yang pertama saya berkongsikana lokasi wajib untuk berbasikal. 

Cuma pilih tahap kayuhan yang bersesuaian dengan anda ketika di lokasi ini. 

Catatan penuh khusus untuk kayuhan di LADANG TEH SUNGEI PALAS saya kongsikan di SINI


Selamat mencuba. 

Peta Kayuhan Sekitar Pekan Tanah Rata dan Brinchang @ Cameron Riders

Dari laman blog Cameron Riders, saya ada kongsikan catatan mengenai panduan kayuhan berbasikal bukit untuk beberapa lokasi di Tanah Rata dan Brinchang yang lebih berkonsepkan santai dan tidak membebankan. 


Jarak kayuhan sekitar bawah 10 km pergi balik dengan beberapa lokasi pilihan dan tumpuan seperti Mardi, Parit Falls, Pasar Malam Brinchang dan beberapa lagi lokasi yang selalu dilakukan samada oleh saya sendiri ataupun rakan Cameron Riders. 

Jika anda ke sini, mungkin lokasi mudah ini boleh dipilih untuk kayuhan santai bersama keluarga ataupun solo. 

Catatan penuh boleh diikuti di SINI

Selamat mencuba. 

Peta kayuhan MTB @ Cameron Riders

Saya sungguh tak sedar bahawa untuk bulan April langsung tiada catatan sehingga hari ini. 

Rasanya saya ada memuatkan beberapa catatan namun rupanya catatan tersebut hanya untuk blog berbasikal bukit di sini iaitu Cameron Riders yang mana saya juga sebahagian daripada editorial di sana.  

Selalunya apa yang saya kongsikan catatan di sana akan saya kongsikan di sini kerana masih berkisarkan Cameron Highlands.

Dan untuk bulan April ini, kami berkongsikan panduan peta laluan untuk pilihan kayuhan basikal bukit jika berada di sini. 

Untuk catatan pertama di sini saya sekadar memuatkan beberapa peta kayuhan dan kemudian akan saya sambungkan ke laman blog Cameron Riders jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya. 


Pertama, catatan mengenai koleksi peta kayuhan yang boleh anda lihat dan teliti jika ingin merancang berbasikal bukit di sini. 

Terdapat hampir 35 buah laluan yang telah Cameron Riders kongsikan secara rawak untuk anda manakala beberapa catatan berikutnya adalah mengkhususkan kepada lokasi dan genre destinasi kayuhan itu. 

Jadi untuk catatan koleksi catatan pertama secara koleski sepenuhnya anda boleh lihat di catatan ini di laman blog cameronriders2014.blogspot.com KLIK.

Untuk catatan pertama klik SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: