TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, March 19, 2015

Kayuhan santai petang ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ubi


Kayuhan solo salah seorang rakan Cameron Riders ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ubi yang terletak sekitar 6 kilometer dari Tanah Rata. 

Laluan melibatkan laluan bertar sepenuhnya dengan cabaran pendakian di 3 lokasi yang boleh dikatakan agak mencabar bagi amatur.


Laluan masuk adalah melibatkan kawasan hutan simpan dan juga kawasan pertanian terbuka.


Lebih menarik adalah kawasan perkampungan ini bersempadan dengan Ladang Teh milik Bharat Plantation dan terdapat laluan yang boleh diterokai kemudian dengan melalui jalan ladang teh dan juga kawasan selada air.


Perkampungan yang mempunyai hampir 100 buah rumah pelbagai bentuk samada berbatu dan tradisional memang menarik untuk dilihat  kerana terdapat kanak-kanak yang ramai yang sangat mesra dengan anda.




Kayuhan santai sekitar sejam lebih ini boleh dibuat pada bila-bila masa. 

Cuma dah masuk kampung orang tu, kenalah hormat dengan penduduk kampung tersebut dan mungkin sedikit hadiah seperti jajan untuk kanak-kanak mereka.


Cameron Riders yang lain, mungkin boleh melencong sedikit dari laluan kebiasaan ke Ringlet dengan menjadikan lokasi perkampungan ini sebagai lokasi terbaharu.  

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock