TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, February 25, 2015

Kayuhan ke Stesen Mardi Tanah Rata


‎Antara lokasi kayuhan petang atau lebih kepada pagi adalah ke Stesen Mardi di Tanah Rata yang mudah sangat dikunjungi.

Cuma untuk memanjangkan kayuhan anda boleh menuju ke Kampung Taman Sedia sebelum menuju ke Jalan Masjid dan memasuki Stesen Mardi melalui kawasan rumah kakitangan berbanding dari pintu utama.

Di Stesen Mardi anda boleh berkayuh ke kawasan tanaman sehinggalah ke Ladang Teh yang sedikit mendaki ke pondok tinjau di puncaknya.

Kemudian anda boleh mencuba laluan off road di belakang quarter kakitangan  yang mana terdapat kebun sayur terbuka sebelum berpatah semula ke kawasan utama stesen ini.


Senibina Stesen ini yang berlatarkan senibina engeris menarik untuk berselfie di mana-mana penjuru terutama di hadapan bangunan utamanya.  

Saya biasanya menghabiskan 45 minit kayuhan sekitarnya sambil berehat panjang sebelum pulang menggunakan laluan Persiaran Dayang Endah ke Tanah Rata.






Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock