TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, December 3, 2014

Kemusnahan alam sekitar di Daerah Kecil Lojing, Kelantan

Baru-baru ini kisah mengenai kerakusan penerokaan haram oleh pekebun sayur di Cameron Highlands. 

Tetapi mereka fokuskan dengan daerah ini sahaja tanpa mengusik Lojing dan saya ternanti-nanti bilakah Lojing akan dibangkitkan.

Yang tidak mengetahui di manakah Daerah Kecil Lojing, ianya terletak bersebelahan dengan Daerah Cameron Highlands di utara Kg Raja dan Lembah Biru (Blue Valley).

Gambar udara Lojing tahun 2009
Isunya sama, cuma bezanya pembangunan kebun di sana dibuat di atas tanah yang jelas bertuan(yakni bergeran atau pekebun menyewa dari syarikat yang mendapat hak milik tanah dari Kerajaan Negeri Kelantan).

Masalahnya adalah pembangunan yang tidak selari dengan peraturan atau senang kata dibuka secara sesuka hati tanpa mematuhi garis panduan pembangunan.

Juga perlu diketahui, Daerah Kecil Lojing terletak dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di mana sebelum ini daerah kecil ini dibawah Daerah Gua Musang sebelum digazetkan sebagai daerah kecil bagi urusan petadbiran.

Juga perlu diketahui, daerah ini tidak tertakluk dengan Garis Panduan Pembangunan Tanah Tinggi kerana berada dibawah paras 1000 meter dari paras laut berbanding Cameron Highlands. 

Gambar udara Lojing 2009
GUA MUSANG – Penerokaan tanah untuk aktiviti pertanian yang semakin berleluasa di ta­nah tinggi Lojing di sini dikhua­tiri bakal mengulangi tragedi banjir lumpur seperti yang berlaku di Ringlet, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

Lojing, tanah tinggi ter­kenal di Kelantan, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kampung Raja, Cameron Highlands turut ditarah dan digondol untuk dijadikan kawasan tanaman sayur-sayuran oleh pekebun sama seperti kes di Cameron Highlands.
Tinjauan Kosmo! mendapati landskap hutan tanah tinggi itu telah digantikan dengan khemah-khemah plastik yang didirikan untuk melindungi tanaman sayur-sayuran di lereng-lereng bukit.
Lebih memburukkan kea­daan, penerokaan tanah tersebut turut menyebabkan air Sungai Brooke yang jernih pada tahun 1980-an kini bertukar menjadi keruh.
gambar udara Lojing 2009
Sungai yang keruh itu mengalir ke Sungai Nenggiri sebelum memasuki Sungai Kelantan. Sungai itu kemudian mengalir terus ke Kuala Tumpat dan Kuala Besar di Laut China Selatan dekat Kota Bharu di timur Kelantan.
Menurut Penghulu Penempatan Orang Asli (Pos) Blau, Salleh Ngah, 52, pada awal tahun 1980-an sungai tersebut masih jernih tetapi mula bertukar menjadi keruh sejak aktiviti pembalakan haram dilakukan di kawasan Lojing.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock