TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 9, 2014

CHTT 2014: Terima Kasih

Saya ingin berkongsikan catatan awal saya di laman blog cameronriders2014.blogspot.com mengenai penganjuran Cameron Highlands Thompson Trail MTB Jamboree yang berlangsung pada 6 September 2014 yang lalu. 
***************************

Kami, Cameron Riders ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang telah membantu, menyokong dan sama-sama terlibat dalam menjayakan edisi CHTT 2014 yang telah berlangsung pada 6 September 2014 yang lalu.


Kami terharu dengan sokongan dan bantuan yang kami terima dari semua pihak baik daripada barisan penaja-penaja, bantuan daripada Agensi-Agensi Kerajaan dan juga pasukan pihak berkuasa, sokongan dari rakan-rakan riders  dan juga kepada semua peserta.

  
Tidak lupa juga kepada barisan jawatankuasa, krew-krew dan para marshall yang telah bertungkus lumus sepanjang penganjuran edisi ini.


Tanpa sokongan anda semua, kami pastinya tidak mampu menjalankan tugas kami dalam penganjuran tahunan ini.

Jika ada kekurangan sepanjang penganjuran, kami memohon maaf di atas kekurangan dan kesulitan yang timbul.

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan, aduan, kritikan membina atau pun apa sahaja yang anda rasakan boleh membantu kami menambahbaik mutu penganjuran di masa hadapan. 
"TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI...
INSYALLAH KITA BERTEMU LAGI..."


* Beberapa siri catatan mengenai Edisi CHTT 2014 akan kami kongsikan sebagai kenang-kenangan kelak.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock