TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, September 23, 2014

Tasik Kenyir, Terengganu ....1

Pernah ke Tasik Kenyir? Jom kita ketahui sedikit sebanyak fakta mengenai tasik ini.

Fakta 1:
Tasik Kenyir yang terletak di Negeri Terengganu mempunyai keluasan 209,199 hektar merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara. 

Terletak di Daerah Hulu Terengganu di antara longlitude 102 darjah 40 minit dan 4 darjah 40 minit di bahagian latitude.


Menakung air dari Sungai Kenyir yang kini bertukar menjadi Tasik Kenyir. 

Fakta 2 :
Dikenalpasti pada tahun 1961 untuk dibangunkan namun kajian menunjukan kurang berdaya maju di atas faktor permintaan penggunaan tenaga yang masih rendah dan kos pengeluaran tinggi ketika itu.


Hanya pada 1972 projek digerakkan semula dan pembinaan bermula pada 1972.

Siap pada tahun 1985 dan pada tahun 1987 dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Terengganu dengan menamakan Stesen Kuasa Hidro Sultan Mahmud yang menjana 400 megawatts kuasa elektrik

Fakta 3:
Berkongsi sempadan dengan barat Kelantan dan juga Selatan Pahang dan membentuk segitiga Taman Negara. 


Fakta 4: 
Mempunyai 340 buah pulau yang terbentuk sebaik sahaja air menenggelamkan kawasan rendah selepas proses penakungan bermula. 


Fakta 5: 
Mempunyai 14 air terjun yang perlbagai tingkat.


Fakta 6: 
Mempunyai kawasan tadahan air seluas 38 ribu hektar menjadikanya sebagai kawasan yang sangat menarik untuk disinggahi kerana bersifatkan laut di daratan. 

Fakta 7;
Boleh dihubungi dari arah Hulu Berang atau kini dari kawasan Selatan Kelantan melalui laluan Felda Aring


Fakta 8: 
Bakal mempunyai pulau bebas cukai dan pulau taman tema menjelang 2015.

Fakta 9: 
Sudah mempunyai sebuah pusat konservarsi Gajah dan bakal mempunyai sebuah lagi yang dalam pembinaan. 

Tetapi sebelum sehingga kini mempunyai 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis pokok, 8,000 speses orkid, 370 spesis burung dan 300 spesis ikan air tawar

Fakta 10: 
Bakal dihubungkan dengan Lebuhraya Pantai Timur melalui Hulu Telemong ( masih dalam pembinaan).



Fakta 11: 
Dibawah pengurusan Kemajuan Terengganu Tengah atau Ketengah. 

Fakta-fakta di atas saya kumpulkan dari beberapa sumber di talian kecuali fakta 8-11 melalui pemerhatian saya yang sempat singgah beberapa kali ke sini tetapi hanya dua minggu sudah sempat singgah dan menaiki bot ke beberapa kawasan yang dikatakan popular kepada pelancong. 

Kami sebenarnya sudah dua kali merancang nak ke sini tetapi setiap kali tarikh dipilih semuanya sudah penuh bilik penginapan di Lake Kenyir Resort.



Untuk ke pulau agak kurang informasi pilihan penginapan. 

Jadi pada dua minggu lepas sekadar dalam perjalanan ke destinasi yang lain, kami memutuskan untuk singgah sahaja di Tasik Kenyir. 

Pilihan laluan:

Dari Cameron Highlands, kami melalui Gua Musang dan sengaja memilih untuk menginap di Gua Musang.

Dari Gua Musang kami melalui laluan pilihan yang pertama kami gunakan iaitu laluan baharu Felda Perasu ke Tasik Kenyir. 

Laluan ini memang baharu dibuka tetapi bukan sepenuhnya. 

Hanya untuk ke Aring 5 sahaja tetapi dari persimpangan ini boleh keluar ke Felda Aring 1 sebelum masuk semula laluan Felda Aring ke jalan baharu Tasik Kenyir. 



Ketika di laluan utama Gua Musang ke Kuala Kerai, papan tanda menunjukan jaraknya adalah 102 km dan saya kira laluan baharu ini sejauh 40 km.

Tetapi bagi anda yang ingin ke Kenyir melalui laluan Guan Musang, saya sangat mencadangkan anda menggunakan dahulu laluan di Felda Chiku  menuju ke Felda Aring sebelum memasuki laluan baharu Tasik Kenyir. 

Cuma 40 km pertama ini adalah amat perlu berhati-hati kerana laluan sedikit sempit dan beralun malah ada sebahagian laluan rosak. 

Di bahagian laluan baharu Tasik Kenyir, alhamdullilah amat selesa.



Dan anda akan mula teruja setiap kali anda dapat melihat pesisiran tasik ini di sebahagian laluan.

Bayangkan, sebelum jalan ini dibina ini adalah bahagian huluan Tasik Kenyir. 

Pengalaman saya menggunakan laluan ini dari mula belum dibuka sehingga kini, saya belum menemui gajah di atas jalan tetapi tahi gajah memang selalu ada termasuklah yang masih baharu bulan lepas. 

Terdapat pusat konservarsi gajah yang lama dan sedang dalam pembinaan manakala yang sudah dibuka adalah di kawasan berhampiran dengan Pengkalan Gawi itu sendiri. 


Memilih Bot :

Setelah sampai sekitar 11 pagi, kami memilihi untuk makan dahulu di gerai makanan di Pengakalan Gawi ini. Saya mencadangkan anda mengisi perut sebelum naik bot ke mana-mana destinasi pilihan anda kerana di dalam kawasan tasik tiada restoran.



Kelihatan kerja tanah sedang giat dilakukan dan dimaklumkan ianya adalah untuk taman tema yang bakal di buka. 

Selepas makan tengahari yang awal, saya dan isteri berjalan ke kaunter bot yang terdapat di situ dan kami mendapati rata-rata harganya sama sahaja sebelum memilih perkhidmatan di kaunter 5 , Abg Sabri kalau tak silap. 



Pakej menaiki bot bermula dari RM 80 sehinggalah RM 350 sebuah mengikut pilihan destinasi yang anda pilih. Makin lama atau makin banyak destinasi maka makin tinggi harganya. 

Harganya adalah berdasarkan sebuah bot yang mempunyai kapasiti 8-10 orang penumpang. 

Jadi kalau anda sekadar dua orang memang akan rugi dan ramai memang beruntung. 

Contohnya saya sekadar 2 dewasa dan 2 kanak-kanak memilih pakej 150 untuk ke Pulau Herba dan juga Air Terjun Saok yang berdurasi 2 jam. 

Kiranya bersesuaian dengan keadaan sarat isteri saya untuk kami sekadar santai sahaja. 

Kalau ikutkan mahu ke Air Terjun Lasir yang lebih jauh tetapi perlu mendaki malah di Air terjun Saok ini juga perlu mendaki.

Jadi biarlah bersantai .... 

kalau anda pening membaca fakta di atas kerana gambarnya tidak menyokong isinya, maka abaikan sahaja kerana memang saya sendiri tak menyusunnya.... 

Koleksi catatan kedua saya kongsikan nanti... lebih memeningkan.... kih kih ...  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock