TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, April 28, 2014

Cameron Highlands: Jangan salah parkir ...

Catatan kali ini sekadar nak berkongsikan tips meletak kenderaan di Tanah Rata khasnya di Tapak Pasar Pagi dan Malam..
 
Lokasinya di penghujung bandar ini bersebelahan dengan Kedai Makan Tomyan Orchid.
 
Sering terjadi akan terdapat "pameran dan jualan kereta" di pagi Ahad akibat pemilik kereta yang meletak kenderaan di tapak pasar ini pada waktu malam tetapi lewat mengeluarkan kereta mereka seperti kereta salah seorang pelancong tempatan dari negeri Pantai Timur ini.  
 
 
Terdapat Notis Operasi Pasar Pagi dan Malam di pintu gerbang ke tapak meletak kereta ini.
 
Jika anda terlepas pandang, maka tidak hairanlah ini boleh berlaku kepada anda.
 
Jadi jika anda terlewat mengalihkan kenderaan anda, kereta anda akan menjadi bahan pameran di celahan gerai-gerai jualan pasar pagi ...
 
Untuk memujuk peniaga mengalihkan sementara gerai mereka agak sukar dan rasanya tidak akan berjaya kerana mereka telah mula berniaga dan logiknya memang sukar untuk mengalihkan periuk dan dapur memasak ataupun ikan-ikan mereka yang telah diletakan.
 
Tambahan lagi semakin ramai pelanggan sampai untuk membeli belah.
 
 
Akhirnya, anda akan hanya dapat mengeluarkan kenderaan anda sekitar jam 12 tengahari ketika giliran peniaga pasar malam mengambil alih petak perniagaan masing-masing...
 
Di Brincang selalunya tiada masalah kerana lokasi tapak pasar malam danTani Agrotourism agak jauh dari kawasan pekan yang terdapat banyak hotel sekitarnya.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock