Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, April 30, 2014

Felda.. Info pengambilan peneroka dan penerokawati ..

Ini adalah catatan kedua mengenai petikan Kertas Kerja yang ditulis sekitar 1987 oleh En. Jamaluddin Lamin mengenai Smalholder Management in Oil Palm: Malaysian Experience.
 
Catatan pertama di sini ...klik
 
Catatan kedua ini pula saya ingin berkongsikan bagaimana FELDA memilih peneroka dan penerokawati untuk ditempatkan di tanah rancangan felda yang terpilih.
 
peneroka
 
Untuk menjadi seorang peneroka bukannya mudah.
 
Bukan sekadar mengisi borang dan memohonnya namun terdapat beberapa prosedur yang perlu dihadapi oleh pemohon sebelum diterima masuk menjadi peneroka.
 
Pertama, En. Jamaluddin Lamin berkongsikan bagaimana Felda mengaturkan bahawa calon peneroka mestilah dipilih dan ditemuduga sendiri bersama isteri.
 
Ini kerana FELDA melihat peranan isteri amat penting dalam menyokong serta memberi kestabilan dalam skim komuniti dan menyokong kepada suami dalam kehidupan harian.
 
penerokawati
 
Satu Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada wakil FELDA, Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri akan melakukan sesi pemilihan dari permohonan yang diterima sehinggalah kepada sesi temuduga calon yang telah disaring.
 
Antara kriteria utama adalah mestilah rakyat Malaysia yang telah berkahwin berumur di antara18-35 tahun (atau sehingga ke 40 tahun bagi bekas tentera), tiada rekod jenayah, tidak mempunyai tanah di pendalaman melebihi 2 ekar atau atau lebih dari satu lot di kawasan bandar.
 
antara kriteria penilaian semasa di temuduga.
Selebihnya pula adalah berdasarkan kriteria pemilihan dan pengamatan kesihatan, kemahiran, saiz keluarga yang akan dianalisa ketika sesi temuduga.
 
Di Malaysia, pemilikan dan urusan berkaintan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan adalah menjadi keutamaan oleh kerajaan negeri tersebut semestinya untuk menempatkan anak negeri masing-masing terlebih dahulu.
 
Hanya negeri yang mempunyai kekurangan permohonan dan pemilihan calon yang layak sahaja akan dibuka untuk anak negeri lain untuk dipilih dan ditempatkan di tanah rancangan felda.
 
 
Alhamdulilah, ayah dan mak saya terpilih untuk katergori kedua iaitu penempatan anak negeri dari luar Negeri Pahang walaupun berasal dari Negeri Perak.
 
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang dan mengikut kisah yang dituturkan oleh ayah saya, beliau menghadiri temuduga di Pejabat Daerah Bentong untuk pemilihan ke Felda dan ketika itu Menteri Besar Pahang sendiri antara panel temuduga.
 
Alhamdulillah .... syukur.... 
 
Catatan awal saya bertajuk " Menjadi Peneroka" boleh anda baca di sini ..klik dan catatan Menjadi seorang Penerowati pula di sini ..Klik

Tuesday, April 29, 2014

Felda... Info pengambilan peneroka...

Saya menemui catatan ataupun artikel yang amat menarik yang ditulis sekitar 1987 oleh En. Jamaluddin Lamin bertajuk  "Smalholder Management in Oil Palm: Malaysian Experience".
 
Kertas kerja ini dibentangkan ketika Sesi "Workshop on Management of Oil Palm Industry, November 24-25,1987 di Medan Indonesia.

Saya agak tertarik untuk membaca kertas kerja beliau ini kerana terlihat gambar ini yang seakan-akan seperti pemandangan di felda saya iaitu Felda Kumai, Bera Pahang.

Salah satu penempatan Felda sekitar awal 1980 an... jika saya amati , rasanya felda saya ini .. FELDA KUMAI..

Susunatur penempatannya seperti jalan dan kedudukan masjid sama seperti yang ada di felda saya itu.
Antaranya beliau mengisahkan bagaimana pengalaman Malaysia membangunkan industri Kelapa Sawit  berkonsepkan "smallholder" yang melibatkan pembukaan tanah hutan untuk penempatan peneroka yang terlibat secara langsung dalam industri kelapa sawit, getah, dan koko serta tebu.


Di awal kertas kerjanya beliau membawa pembaca kepada keadaan semasa pengeluaran komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan kopi oleh Negara Malaysia kepada keperluan dunia.

Kemudian beliau berkongsikan bagaimana kerajaan memfokuskan projek pengeluaran bahan komoditi ini oleh agensi kerajaan seperti Felda, Risda dan Felcra yang mempunyai peranan dan halatuju masing-masing yang khusus.
 
Antaranya FELDA yang membawa misi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan pada masa sama pengeluaran besar-besaran minyak sawit.

Menumpukan kepada pengalaman felda ini, beliau berkongsikan pula bagaimana peluang kepada rakyat tempatan yang jauh tertinggal dari segi ekenomi dan pembangunan  di berikan peluang untuk mengubah cara hidup mereka dengan lebih baik.


Cara pengambilan peneroka dan juga bagaimana sistem yang dijalankan mampu memberikan peluang mereka menambah pendapatan harian.

Saya tidak berniat untuk berkongsikan sepenuhnya kertas kerja beliau sebaliknya saya akan kongsikan petikan bergambar yang saya ambil dari kertas kerja beliau yang dimuatkan dalam Majalah The Planter issue November 1988.
  
Sebagai anak generasi Felda saya sentiasa berbangga menjadi sebahagian kisahnya dan amat bersyukur kerana terpilih menjadi sebahagian kecil watak dalam sejarah dan pembangunannya sehingga kini.

Alhamdulillah ...

* Saya membuat beberapa catatan lain mengenai kertas kerja En. Jamaluddin Lamin ini secara pengkhusan kepada beberapa isu seperti pengambilan peneroka, kemudahan rumah peneroka dan juga cara kerja atau sistem upah yang pernah diamalkan supaya lebih fokus kepada isinya untuk kita lebih memahami secara lebih mendalam.
 
 

Monday, April 28, 2014

Cameron Highlands: Jangan salah parkir ...

Catatan kali ini sekadar nak berkongsikan tips meletak kenderaan di Tanah Rata khasnya di Tapak Pasar Pagi dan Malam..
 
Lokasinya di penghujung bandar ini bersebelahan dengan Kedai Makan Tomyan Orchid.
 
Sering terjadi akan terdapat "pameran dan jualan kereta" di pagi Ahad akibat pemilik kereta yang meletak kenderaan di tapak pasar ini pada waktu malam tetapi lewat mengeluarkan kereta mereka seperti kereta salah seorang pelancong tempatan dari negeri Pantai Timur ini.  
 
 
Terdapat Notis Operasi Pasar Pagi dan Malam di pintu gerbang ke tapak meletak kereta ini.
 
Jika anda terlepas pandang, maka tidak hairanlah ini boleh berlaku kepada anda.
 
Jadi jika anda terlewat mengalihkan kenderaan anda, kereta anda akan menjadi bahan pameran di celahan gerai-gerai jualan pasar pagi ...
 
Untuk memujuk peniaga mengalihkan sementara gerai mereka agak sukar dan rasanya tidak akan berjaya kerana mereka telah mula berniaga dan logiknya memang sukar untuk mengalihkan periuk dan dapur memasak ataupun ikan-ikan mereka yang telah diletakan.
 
Tambahan lagi semakin ramai pelanggan sampai untuk membeli belah.
 
 
Akhirnya, anda akan hanya dapat mengeluarkan kenderaan anda sekitar jam 12 tengahari ketika giliran peniaga pasar malam mengambil alih petak perniagaan masing-masing...
 
Di Brincang selalunya tiada masalah kerana lokasi tapak pasar malam danTani Agrotourism agak jauh dari kawasan pekan yang terdapat banyak hotel sekitarnya.

Sunday, April 27, 2014

Cameron Highlands: Perkhidmatan Bas dari Kuala Lumpur- Raub - Sg. Koyan - Cameron Highlands

Kini perkhidmatan bas  ekpress dari Kuala Lumpur melalui Bentong - Raub - Felda Sungai Koyan dan Cameron Highlands telah bermula hampir dua bulan yang lalu (kalau tak silap saya).
Pastinya laluan ini menggunakan laluan baharu iaitu Felda Sungai Koyan - Pos Betau - Bertam Valley - Ringlet dan berhenti di Tanah Rata yang ditawarkan oleh Pahang Lin Siong Motr Co. Bhd.
 
 
Basnya saya lihat nampak baharu dan berhawa dingin. Cuma berapa harga tiketnya saya tidak pasti kerana tidak bertanya.
 
Apa kata anda tanyakan untuk saya..
 
Hubungi mereka di talian di atas untuk pertanyaan lanjut.
 
Apa apa pun ini, ini antara perkhidmatan bas dan pengangkutan yang boleh menjadi pilihan bagi mereka yang berada di Raub dan sekitarnya..
 
 
 

Saturday, April 26, 2014

Cameron Highlands: Tempahan Kek ... Puan Faizah

Untuk tempahan kek sempena majlis anda di Cameron Highlands samada sambutan hari lahir, haru ulang tahun perkahwinan ataupun meraikan kejayaan pernah saya kongsikan dalam catatan yang lebih awal mengenai kedai kek yang menerima tempahan..
 
 
 
Anda boleh membuat carian di dalam catatan terdahulu cuma untuk Kedai Kek Normah, saya akan cuba mendapatkan nombor telepoh beliau kerana mereka telah berpindah ke Taman Sedia.
 
 
Namun untuk catatan yang baharu ini, saya nak berkongsikan pula mengenai tempahan kek yang boleh dibuat oleh salah seorang pengusaha kek dalam talian iaitu Puan Faizah .
 
Dan seperti biasa, saya selalunya hanya akan berkongsi catatan berdasarkan pengalaman sendiri menempah kek dari beliau.
 
kek yang kami tempah ...
 
Beliau tidak pernah saya temui walhal beliau juga menetap di Tanah Rata dan mempunyai kedai serbanika di Akreg Makan Tanah Rata.
 
Yang saya gunakan adalah melalui laman FB beliau yang sering berkongsikan mengenai jenis-jenis kek yang telah ditempah oleh pelanggan beliau.
 
 
Jadi saya biarkan gambar-gambar di atas  menceritakan antara produk kek beliau ... yang bercirikan .. "Homemade" ....
 
Jadi jika anda berminat untuk menempah kek dari Puan Faizah, saya mencadangkan anda menggunakan kaedah yang sama saya lakukan ..
 
Photo: Satu lagi kek harijadi Danisha.. 󾌵
 
Hubungi Facebook beliau ... pm .. dan teruskan pertanyaan demi pertanyaan...  jangan pula email kepada saya pula.. mintak maklumat tambahan la, tolong buat tempahan la... Akan ada yang bertanya nanti ... kalau ada saya kongsikan pertanyaan anda di catatan ini ...
 
Beranikan diri anda untuk terus bertanya kepada pemiliknya....
 
Beliau lebih arif menjawabnya... klik sini ...FACEBOOK PUAN FAIZAH
 
dan cuma untuk tempahan luar kena ada "security".. biasanya menempah memang beria-ia... tapi bila hari mengambil tempahan, tak dapat naik ke Cameron Highlands..... sebab sebab tertentu .. kek dah siap dah  dik oiii.. 
 
Selamat menempah kek .......

Monday, April 14, 2014

Cameron Highlands ; Menyambut Hari Jadi anak di Ladang Teh

Menyambut hari jadi di Cameron Highlands adalah antara acara selitan yang sering dilakukan oleh pengunjung.
 
Memilih lokasi bukanlah perkara yang susah seperti di hotel penginapan, di rumah penginapan, kedai makan atau restoran.
 
Namun dah alang-alang sampai ke sini, carilah kelainan sedikit untuk acara hari jadi yang ingin anda raikan.
 
Saya bekeluarga kecil dan semestinya sambutan hari lahir anak adalah keutamaan.
 
Untuk sekadar berkongsi pada tahun-tahun sebelum ini, kami pernah menyambut hari lahir anak secara ringkas tetapi sedikit berbeza seperti di restoran steamboat, di hotel, di Smoke House dan terbaru semalam kami menyambutnya di Ladang Teh secara berkelah.
 
Tempahan Kek:
Acaranya ringkas, kami menempah kek dari salah seorang pengusaha kek secara talian iaitu Kak Faizah yang juga berasal dari Cameron Highlands.
 
Untuk tempahan kek, anda boleh menghubungi beliau dan untuk melihat jenis-jenis kek yang pernah beliau hasilkan anda pergi sahaja ke Facebook beliau.  

Photo: Order dari Mr. Kumai@Jack utk gegurl, Kasia Zahra.. 4 tahun..
 Happy Birthday Zahra.. Enjoy yr garden party.. 󾌵

Special thank to Lia sbb tolong akak dapatkan edible image gambar princess ni dari Ipoh. Siap tolong poskan pulak tu. Mekasih yer lia.. 󾌵
 
Percaya atau tidak, kami hanya berbalas pesanan di FB.
 
Saya sendiri tidak pernah mengenali beliau secara nyata kecuali di alam maya walaupun sama-sama menetap di sini dan lebih teruknya kami melalui kedainya di Arked Makan MDCH yang terletak di Tanah Rata beberapa kali seminggu malah anak-anak saya sering menarik tangan saya untuk membeli jajan di kedainya setiap kali ke sana..
 
Namun kenyataan, tak pernah berjumpa dan apatah lagi bertegur sapa....
 
FACEBOOK beliau di SINI . Anda boleh membuat tempahan kek di sini ..

Insyallah saya akan kongsikan catatan mengenai perusahaan kek beliau dalam catatan akan datang.
 
Ladang teh:
Kami memilih secara santai dengan ala garden atau taman cuma bezanya tamannya adalah hamparan teh.
 
Memandangkan musim hujan sebelah petang di CH, kami memilih untuk pergi awal pagi dengan kelengkapan berkelah yang ringkas. 

Antaranya sarapan yang dibeli di Kedai Mak Nab ( Zainab Sam) dan juga sedikit jajan serta topi mainan parti dari Pasar Raya Cameron.
 
Kami memilih Ladang Teh BOH di Habu kerana tidak mahu kesesakan seperti di Ladang Sungei Palas, kurang kenderaan pelancong yang bergerak dan sedikit menukar sisi dan arah pemandangan.
 
Cuma di sini tidak sesejuk di Ladang Teh Sungei Palas tetapi sudah cukup bagus kerana anak-anak masih selsema.
 
Dengan memilih sudut yang jarang dilalui, kami berhenti dan segera menghamparkan tikar dan menyiapkan juadah yang ingin di makan.

Bagi anak-anak saya serta mamanya, inilah kali pertama mereka ke sudut ini dan terasa teruja kerana menikmati pemandangan yang baharu.  
  
Pastinya upacara memotong kek dilakukan dengan secara ringkas empat beranak dan tidak akan tertinggal adalah upacara bergambar sakan berlatarkan pemandangan ladang teh yang menghampar luas.
 
Ada yang bertanya, adakah ianya dibenarkan oleh pemilik ladang teh? Saya bukan secara rasmi menjawab, rasanya boleh asalkan jangan dalam keadaan yang ramai seperti parti hari jadi anak raja.
 
Cukuplah kami menyambutnya dengan sekeluarga kecil sahaja dan sudah adat datang ke tempat orang, jagalah kebersihan dan hormati harta benda yang ada di depan mata.  
 
Jangan pula sedap makan selepas itu sedap pula menyelitkan sampah sarap di celahan pokok teh.

Plastik, kertas, bekas minuman dan sisa makanan sebaiknya dikumpulkan dan dibungkus serta dibawa pulang dan dibuang di luar kawasan ladang teh.
 
Jangan terperanjat... ini memang akan dilakukan oleh mereka-mereka yang hina sifatnya... Dah terbiasa buang sampah di bawah kereta dan ditinggalkan begitu sahaja.
 
Onar mereka nanti Polis Bantuan Boh pula menghalang orang lain menikmati santai di ladang teh tersebut.

 
Selepas memotong kek dan menyanyikan lagi serta berdoa secara ringkas semuanya, kami menikmati kek dan jugak nasi lemak bungkus dengan begitu selera.
 
Tidak lama kemudian, anak-anak saya mula nak berlari ke sana sini. 
 
Biarkan mereka bebas berlari dan pastikan anda mengikuti mereka kerana selekoh yang banyak memungkinkan kenderaan ladang melalui tanpa sedar.
 
Kami menghabiskan hampir 3 jam di sini kerana selain anak-anak berlari dan berjalan, saya sendiri menghilangkan diri selama 45 minit mengayuh basikal ke berarapa laluan sekitarnya yang akan saya kongsikan nanti dalam catatan berikutnya...
 
Apapun, menyambut hari lahir di sini adalah antara sisi yang sedikit berbeza....
 
Kepada anak saya KAISA ZAHRA, papa dan mama mendokan agar dikurniakan kesihatan, keberkatan dalam hidup serta menjadi anak yang solehah. Amin...
 
 
SELAMAT HARI LAHIR KAISA.... 
 
gambar kami selebihnya di sini..

Saturday, April 12, 2014

Cameron Highlands : No 5 Taman Sedia

Mencari penginapan ala rumah sendiri atau bercirikan homestay di Cameron Highlands di sini bukannya sukar kerana banyak khidmat seumpamanya baik dari jenis rumah kampung sehinggalah ke apartment  tetapi mencari yang sesuatu yang  istimewa, saya pasti akan menghalakan anda ke Taman Sedia...

Dan saya menemui video yang bertajuk : 
" NO 5 TAMAN SEDIA IN FIVE MINUTES " 
yang agak istimewa dalam mempromosikan perkhidmatan homestay mereka ...

jadi luangkan 5 minit anda untuk meninjau 
No 5 di Taman Sedia... 


Thumbs Up... No 5 di Taman Sedia.. 

saya bukan pemiliknya...hubungi mereka sendiri .... 

Monday, April 7, 2014

Cameron Highlands: Berbasikal bukit ... santai pagi ..

Saya ada menulis dalam beberapa catatan yang terdahulu mengenai aktiviti bersukan dan juga mencari sisi yang berbeza dengan cara berbasikal.
Untuk catatan ini dan mungkin dalam catatan yang lain, saya akan cuba untuk berkongsikan cadangan berbasikal bukit yang mungkin boleh anda lakukan jika berada di sini .
Namun, saya kena akui seawal catatan ini, untuk menulis dari kacamata pengalaman saya sendiri adalah agak susah kerana aktiviti berbasikal untuk diri saya agak terbatas kerana kekurangan waktu dan juga upaya untuk menjelajah ke sana sini dengan berbasikal.
Jadi saya akan mengambil juga pandangan dan pengalaman serta pengamatan saya dan rakan-rakan yang aktif berbasikal bukit ini.
Kisah pertama, saya kongsikan untuk mereka yang inginkan santai berkayuh di sekitar Pekan Tanah Rata.
Ini berdasarkan cadangan saya semata...pengalaman berbasikal sendirian di hujung minggu ..
Saya selalunya akan cuba memulakan kayuhan awal untuk sekitar Tanah Rata.
Sebaiknya 7 pagi dengan menjadikan perjalanan dari Apartment saya di tengah bandar Tanah Rata ini menghala ke laluan ke Ringlet ... 
Dan selalunya saya akan berbasikal seorang diri kerana ada agenda yang saya akan isi di hujung kayuhan ini nanti .... selebihnya lebih bebas untuk berhenti dan mengambil gambar; salah satu hobi dan kegemaran utama saya...
Hentian pertama saya selalunya Taman Menara Jam yang terletak di kawasan laluan masuk pekan Tanah Rata. Biasanya saya akan memulakan senaman ringan selepas sedikit kayuhan warm up di rumah.
Menarik di sini adalah bangunan menara jam dan juga latar " Selamat Datang ke Tanah Rata Cameron Highlands" yang boleh menjadi lokasi bergambar.
Sebelum itu bagi anda yang inginkan melihat bangunan lama seawal 1935, bolehlah anda memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Convent Tanah Rata yang juga boleh menjadi lokasi mengambil gambar.
Seterusnya saya akan melalui laluan ke Ringlet yang menuruni bukit sebelum memasuki kembali ke kawasan Taman Royal Lily yang sedikit mendaki untuk kembali ke pekan Tanah Rata. Selalunya lelah saya bermula di sini....
Sampai di Pekan Tanah Rata, saya selalunya akan ke Stesen Mardi di Persiaran Dayang Endah dan biasanya saya akan meminta izin untuk memasuki secara percuma kerana sekadar untuk melalui kawasannya sahaja.
Di Stesen Mardi terdapat banyak lokasi yang boleh singgah untuk bergambar. Antara bangunan utama Stesen Mardi itu sendiri yang bercirikan senibina tudor moden dan jika bernasib baik, kabus tebal yang membungkusnya pasti menambah nilai gambar anda.
Singgah juga di kawasan tanaman mereka di bahagian laman belakang sebelum anda singgah pula di Kilang Teh pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1924 dan masih beroperasi untuk memproses daun teh dari ladang teh Mardi secara berkala untuk demonstrasi kepada pelancong.
Dari kilang teh, anda boleh mendaki pula puncak pandang di atas kawasan tanaman teh untuk melihat keseluruhan Stesen ini.
Menuruninya pula anda boleh singgah di kawasan Taman Enggerisnya untuk bergambar sekali lagi dan jangan lupa pula untuk bergambar juga di kawasan Menara Jam yang berlatarkan catatan suhu semasa sebagai bukti suhu ketika di sini..
Cabaran seterusnya adalah pendakian ke Taman Puncak Arabella yang terletak berhampiran. Memang mencabar laluan pendakian ini namun jika anda ingin melihat pemandangan penuh stesen Mardi dan juga melihat Ladang Teh Boh Habu, di puncak Taman ini boleh melihatnya.
Selalunya saya akan skip laluan ini kerana saya akan mengelilingi kawasan padang bola sebelum ke kawasan Parit Fall melalui trek Jungle Walk no 6.
Berhati-hati kerana laluan permukaan trek ini kadangkala licin apatah lagi di waktu pagi.
Sampai di Parit Fall, selalunya saya akan santai seketika dan berehat.
Jika sudah berjanji dengan isteri dan anak-anak, selalunya di sini kami akan bertemu bersarapan secara 'tapau' dan berkelah seketika.
Tetapi selalunya anak saya akan meminta untuk bersarapan di Kem Sungai Pauh.
Jadi laluan tambahan selalunya saya akan memasuki kawasan Kampung Taman Sedia dan melalui kawasan kiosk-kiosk strawberry sebelum menggunakan Jambatan Gantung ke Pejabat Perhutanan Daerah yang terletaknya juga Kem Sungai Pauh.
Selain laluan ini, saya juga pernah melalui Jungle Walk 6 yang juga boleh menghubungkan Parit Fall dan juga Pejabat Hutan.
Cuma saya selalunya mengelakkan laluan ini sawal pagi kerana permukaan laluan yang licin dek embun serta perlu mengangkat basikal di beberapa lokasi yang bertangga.
Di Kem Sungai Pauh, sementara menantikan isteri dan anak-anak untuk bersarapan, selalunya saya akan menjengah sedikit laluan Jungle Walk no 4.
Namun kini terlalu banyak pokok yang tumbang di laluan ini menjadikan 'basikal naik kita" lebih kerap di laluan ini.
Selebihnya berehat dan berbual dengan pelancong yang memilih untuk berkhemah di sini sementara menunggu keluarga kecil saya tiba.
Antaranya pasangan Mark dan Claire dari London yang telah menghabiskan setahun 4 bulan di atas basikal mereka.
Insyallah, saya kongsikan kisah ringkas mereka dalam catatan yang lain.
Juga akan saya kongsikan kisah mengenai Kem Sungai Pauh terkini untuk anda yang mungkin mencari lebih maklumat untuk memilih sisi yang berbeza dengan berkhemah di Cameron Highlands ini kelak...
Apabila keluarga saya tiba, selain menikmati sarapan, selalunya kerenah anak kecil saya untuk bermain air di Sungai Pauh lebih mengisi masa kami di sini ...
Perjalanan pulang selalunya kami isi pula dengan singgah di kiosk straweberry yang terdapat di Taman Sedia..
Kiranya aktivti berbasikal dan bersama keluarga ini mungkin boleh dijadikan sedikit panduan kepada anda jika ingin berbasikal santai di Tanah Rata.
Perjalanan dengan masa untuk bergambar sana sini sekitar 2 jam mengikut kelajuaan masing-masing.
Saya masih di peringkat "sebelum " pengayuh amatur, yang memerlukan lebih banyak masa untuk berhenti dan berehat.  
Untuk catatan yang lain, saya akan cuba kongsikan catatan kayuhan santai melalui Jalan Tengkolok ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil dan kembali ke Padang Golf.
Cuma masanya entah bila saya nak kembali berkayuh ke sana...
Gambaran lebih banyak dengan koleksi gambar di Santai Pagi @ Cameron Highlands.. di sini..

Tuesday, April 1, 2014

Cameron Highlands: Mencari sisi yang berbeza ..siri lima.. berbasikal

Masih dengan topik yang sama... mencari sisi yang berbeza di Cameron Highlands, dan juga masih berkisar kepada aktiviti berbasikal bukit.
 
Jika dalam catatan keempat siri ini menceritakan bagaimana mencari sisi yang berbeza di Ladang Teh Boh di Habu, kali ini saya memanjangkan pula ke Ladang Teh Sungei Palas, yang terletak di kaki Gunung Brinchang.
 
Namun ini bukan kisah dan pengalaman saya semata tetapi saya petik dan olahkan  dari pengalaman rakan-rakan CAMERON RIDERS dan juga rakan FB yang lain.  
 
Untuk mencuba trek di Gunung Brinchang ini, saya syorkan anda menggunakan kaedah yang lebih menjimatkan tenaga.

Kenapa? Kerana laluan ini akan melibatkan 75 peratus pendakian.
 
Maksudnya, simpan tenaga anda jika anda bermalam di Tanah Rata untuk ke jalan masuk utamanya.

Pilihannya anda boleh menaiki kereta sehingga ke kawasan Kea Farm dan meletak kenderaan berdekatan dengannya sebelum memasuki kawasan persimpangan ke Ladang Teh Sungei Palas. Tenaga perlu dijimatkan untuk pendakian.
 
Namun bagi pengayuh tegar, silakan sahaja bermula dari mana anda ingin berkayuh. Dah power dan berjiwa kental.
 
Saya syorkan anda memulakan seawal pagi. Malah jika anda mencari tempat penginapan  hotel terdekat adalah di Hotel Kea Farm sendiri atau Copthorne Hotel.
 
Memasuki kawasan ini saya mencadangkan anda bertolak awal pagi untuk melihat sendiri matahari terbit di salah satu 'spot utama' untuk melihat matahari ini di Cameron Highlands dengan hamparan pokok teh yang memukau.
 
 
Melalui 3 km pertama tidaklah sukar kerana hanya sedikit pendakian awal diperlukan sebelum menuruni ke kawasan kakinya.
 
Tetapi sebaik sahaja anda berkesempatan melihat keindahan matahari terbit pasti anda merasakan perjalanan kayuhan sudah mulai berbaloi. Klik..

https://www.facebook.com/mrkumaiblogspot.mrkumai?ref=tn_tnmn#!/photo.php?fbid=134569510084942&set=a.134568996751660.1073741866.100005956811102&type=3&theater

Kemudan akan terdapat persimpangan ke Pusat Teh atau naik ke Puncak Gunung Brinchang.
 
Yang ingin ke Pusat Teh anda boleh melalui kawasan perumahan pekerja ladang teh seawal pagi.

Biasanya pukul 6.30 pagi mereka sudahpun hadir melapor diri atau dipanggil 'muster'. Hadirkan diri anda untuk sesi muster ini juga boleh dianggap pengalaman baharu kelak.
 
Melewati kawasan perumahan ini, anda boleh mengikuti mereka dari jauh ke kawasan tuaian teh pada pagi tersebut atau bergerak ke arah sekolah untuk mencuba laluan bawah anjung pandang Pusat Tea dan terus ke pinggiran ladang ini.
 
 
Jika hari sekolah, anda boleh melihat kumpulan kanak-kanak sekolah berjalan kaki ke sekolah mereka yang terletak bersebalahan kawasan meletak kereta.
 
Berada seawal pagi di kawasan ini pastinya akan lebih  lengkap jika anda kemudian kembali ke Pusat Teh dan menikmati secawan tea sebagai sarapan beserta kek-kek coklat atau keju mereka beserta scone.
 
Jangan lupa menjengah sekejab ke ruangan kilang the dan rumah pengurusnya dibahagian belakang yang sedikit menarik pandangan saya.
 
 
Itu jika anda memilih untuk ke bahagian bawah. Bagi mereka yang memilih ke bahagian atas Puncak Gunung Brinchang, inilah cabaran dan apa yang anda akan temui.
 
a. Laluan pendakian bermula. Mendakilah dengan sebaiknya namun terdapat tarikan awal sekitar kawasan ini iaitu  kawasan perumahan pekerja ladang teh yang bewarna hijau dan berbumbungkan lumut yang sudah menutupi sebahagian bumbungnya.
 
b. Perhatikan aktiviti yang terdapat di sekitar kawasan ini kerana kawasan ladang ini dikenali sebagai Division Gunung Brinchang.
 
 
Mereka biasanya mempunyai pasukan pemetik daun teh yang khas di kawasan ini.
 
c. Mendakilah kawasan ini dengan santai dan berhentilah di sudut pandang di penghujungnya ini yang merupakan sempadan antara ladang teh dan hutan simpan.  
 
  
Ambil Gambar dan nafas kerana pendakian seterusnya lebih mencabar.
 
5 KM aje lagi... Gambar Nizam Xzam

d. Memasuki kawasan hutan selepas pendakian membawa anda jalan yang sedikit landai dan menuruni kawasan kebun sayur dan strawberri.
 
Ingat ini adalah kawasan tanaman sayur dan strawberry yang tertinggi di Cameron Highlands.
 
e. Melepasi kawasan kebun sayur ini, anda akan terus mendaki dan kawasan ini agak mendaki dan menuntut stamina yang tinggi.
 
f. Istimewanya selepas pendakian ini anda akan melalui kawasan gunung mossy atau hutan lumut di sepanjang laluan ini.
 
 
Menariknya seawal pagi adalah kabus tebal yang membentuk suasana yang cantik dipandang.
 
Ketika sini anda akan melihat pokok-pokoknya semakin merenek dan juga berlumut batangnya.  Klik gambar yang lain .. sini
 
g. Anda akan sampai di kawasan pintu masuk Mossey Forest atau Hutan Lumut yang juga merupakan laluan utama ke Gunung Irau.
 
Malah ketika ini jika awal pagi dihujung minggu anda akan terlihat khemah-khemah pendaki yang ingin menawan Gunung Irau.
 
h. Anda boleh memilih untuk masuk ke Hutan Mossey atau cadangan saya adalah anda terus dahulu  ke 300 meter di hadapan yang akan mengesahkan anda telah menawan Puncak Gunung Brinchang yang berketinggian 2200 meter dari paras laut.

Terdapat menara pandang di sebelah stesen TM dan jika awal, saya mencadangkan anda untuk mendaki tangga menara pandang untuk melihat awan di atas puncak gunung dan jika bernasib baik di awal pagi awan jelas melitupi permukaan bukit dan gunung sekitar Cameron Highlands.  Klik
 
 
i. Bila anda berkayuh pulang, singgah di Mossey Forest. Tempatnya amat selesa dengan kemudahan pejalan kaki berkayu yang membolehkan anda melihat keunikan pokok-pokok renek berlumut sehingga 800 meter panjangnya sebelum trek ke Gunung Irau bermula.  
 
http://mrkumai.blogspot.com/2011/11/tips-melawat-cameron-highlands-mossy.html
 
Habiskan masa dengan lebih santai di sini. Lihat dan jelajahlah setiap ceruk hutan lumut ini sehingga ke penghujung laluan berkayunya.

Bergambarlah dengan keindahan alam.
 
j. Menuruni gunung ini, anda harus berhati-hati kerana biasanya kenderaan bertambah banyak mendaki gunung ini.
 
k. Jika sampai di bawah, cubalah beberapa laluan dalam ladang teh untuk mencari sudut yang berlainan.
 
Saya belum mencuba berbasikal di laluan ini. Gila rasanya. Nak berbasikal ke Brinchang dari Tanah Rata selalu separuh jalan inikan pula ke puncak Gunung Brinchang.
 
Tetapi rakan-rakan di Cameron Riders biasanya pada hari Sabtu rajin menelaah laluan ini. Cubalah hubungi mereka jika ingin bersama mendaki. Hubungi mereka di laman FB mereka di sini .
 
Saya percaya, sisi laluan ini akan memberikan anda sedikit perasaan yang berbeza bukan hanya dengan keindahan ladang tehnya, hutan mossey forestnya ataupun pemandangan alam Cameron Highlands di puncak menara pandang Gunung Brinchang tetapi pastinya cabaran mendaki berbasikal...
 
Hanya jiwa kental boleh melakukanya.... seperti rakan FB Saya saudara Nizam Xzam yang mendakinya secara solo minggu lalu... 
 
cantik gambar ..seindah pemandangan nya.. dari FB Nizam Xzam
Gambar-gambar beliau saya kongsikan sebahagianya di sini seperti ruangan caption... 
 
Anda mahu mencuba? ... silakan... mencari dan menikmati sisi yang berbeza di Cameron Highlands....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: