TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, February 14, 2014

Chairlift @ Bukit Merah Laketown Resort

Pelengkap kunjungan kami ke sini adalah menaiki kerusi tergantung atau Chairlift di sini.
 
 
 
Dengan tiket sekitar RM 7 seorang bagi dewasa jika mengambil pakej berasingan, kami menaiki kerusi ini di penghujung lawatan kami sebelum pulang.
 
Laluannya merintasi kawasan taman tema air yang berkeluasan 11 ekar. Saya rasa ketinggian kerusi ini sekitar 10-20 meter dan mempunyai 600 meter panjang laluannya.
 
Dari atas kerusi tergantung ini, anda boleh melihat kawasan permainan air di taman tema air ini secara keseluruhannya.
 
 
 
Dari kawasan tertinggi laluan ini anda boleh melihat pemandangan kawasan tasik merah yang luas dengan bayaran hanya RM 7 sahaja seorang dan dibuka pada pukul 12 tengahari hingga 7 petang.
 
 
Sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang tua. Ada had ketinggian ditetapkan iaitu hanya kanak-kanak yang melebihi ketinggian  90 cm sahaja dibenarkan menaiki chairlift yang mempunyai dua tempat duduk bagi setiap unit.

Syor saya jika anda datang dengan anak-anak, pastikan yang dewasa berpasangan dengan anak kecil anda bagi tujuan pengawasan dan keselamatan.
 
 
Rasanya ini adalah satu-satunya konsep kerusi tergantung yang terdapat di Malaysia.
 
 
Untuk koleksi gambar kami mencuba chairlift ini, anda boleh lihat di laman FB mrkumai atau klik sahaja di SINI.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock