TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, February 2, 2014

Cameron Highlands : Sejuk tak ?

Fenomena angin sejuk akibat cuaca sejuk melampau di kawasan negara China yang kemudianya dibawa angin monsun China Selatan ke negara kita ini agak menarik bagi sesetengah kawasan.
 
Ada daerah yang merasai kesejukan angin monsun ini buat pertama kalinya seperti di Kuala Krai dan persisir pantai timur yang terasa lebih sejuk dan saya ingin  memetik info dari Utusan Malaysia di bawah:

" Beberapa kawasan di rantau ini mencatatkan penurunan suhu luar biasa. Khabarnya di Mandalay suhu mencecah 13 darjah Celsius, Hanoi (10). Bangkok (15), Filipina (21).
 
Cuaca sejuk luar biasa ini yang sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu di wilayah utara, timur laut dan tengah Thailand dilaporkan sudah meragut 63 nyawa.
 
Di Malaysia beberapa kawasan turut mengalami fenomena yang sama.
Kuala Krai misalnya mencatatkan suhu 17.5 darjah Celsius, Kuala Lumpur (21), Cameron Highlands (12), Lubuk Merbau (18.7), Temerloh (19.9), Batu Pahat (20.7) dan Sibu (21.2)".

Ada yang bertanya adakah Cameron Highlands bertambah sejuk?
 
Photo: Ada kawan-kawan yang bertanya, lebih sejuk tak CH semasa isu sejuk ini. 

Saya akui minggu lepas memang terasa lebih sejuk.. Dan suhu di kebun saya ada yang sekitar 13 darjah celcius dalam waktu2 pagi.

Minggu ni agak normal sikit... At least sehari dua ni. Cuaca panas tapi berangin sejuk.. Kalau hujan mesti lebih sejuk... 

Waktu terbaik untuk merasai lebih kesejukan jika ke sini..

Pendapat anda bagaimana?
 
Jawapan saya, berdasarkan pengalaman baharu dua minggu yang lalu memang teras sejuk dan suhu yang saya rekodkan sekitar 14 - 15 darjah celcius dan ini sejuk sedikit dari julat suhu yang biasa sebelum ini.
 
Namun minggu lepas sehingga saya menulis catatan ini ( 2 Februari 2014), suhu sejuk tidak terasa. Sama seperti hari-hari-hari yang biasa.
 
Namun kalau mengikut Utusan Malaysia minggu lepas, suhu sejuk yang dirasai dua minggu yang lalu serendah 12 darjah celcius.
 
Dan semalam, Sabtu 1 Febriari 2014, Utusan Malaysia berkongsikan dalam rencana Cuaca Sejuk berterusan di halaman 26 oleh wartawan Nizam Yatim menyatakan suhu yang terendah yang pernah dicatatkan di Cameron Highlands berlaku pada 1 Februari 1978 dengan catatan rekod serendah 7.8 darjah celcius!!!!

7.8 darjah celcius !!!!! wooooow...
 
Saya percaya, jika kawasan hijau di Cameron Highlands ini tidak terusik dengan pembangunan pertanian, suhunya mungkin lebih rendah seperti mana kisah yang sering dikongsikan oleh penduduk lama di Cameron Highlands ini yang merindui semula suasana sejuk dan berkabus...
 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock