TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, February 2, 2014

Cameron Highlands: Kampung-kampung Orang Asli...

Ini bukan kisah baharu cuma kisah yang diperbaharui mengenai Perkampungan Orang Asli yang terdapat di Cameron Highlands.
 
Catatan saya yang terdahulu sekadar separuh sahaja kisah dan jumlahnya. Untuk catatan ini, saya kongsikan maklumat yang baharu saya perolehi perkampungan orang asli yang terdapat di Cameron Highlands.
 
Photo: Bila belek laporan lama... Ada 37 buah kampung Orang Asli di Cameron Highlands... 

Hanya 16 buah sahaja yang pernah saya sampai.. 

Kena jelajah lagi ni..
 
Ini sekadar maklumat yang saya ada.
 
Kepada adik-adik pelajar IPT yang membacanya jangan pula minta saya untuk maklumat lanjut dan urusan yang berkaitan ya.. ada pihak yang berwajib yang  boleh anda hubungi... JKOA.....
 
sekadar berkongsi info...
 
Jom kita tengok...  yang berwarna merah tu saya dah pergi ....
 
1. Kg Sg Ruil - dah pergi
2. Kg Sg Ubi
3. Kg Sg Kabuk
4. Kg. Sg Tiang
5. Kg. Sg Chohong
6. Kg Kuala Boh
7. Kg Pangan
8. Kg Leryar
9. Kg Susu
10. Kg Sg Relong
11. Kg Pos Menson
12. Kg Telimau, Lemoi
13. Kg Pos Lemoi
14. Kg. Chenan Cherah
15. Kg. Rening LZ
16. Kg. Sg Pinang
17. Kg Cheros
18. Kg Terakit
19. Kg Tiat
20. Kg Sg Loon
21. Kg Teji
22. Kg Renglas
23. Kg Abu
24. Kg Sg. Getan
25. Kg. Sg Telimau, Terisu
26. Kg pos Terisu
27. Kg Sg Jarik
 
Saya sekadar menjejak kaki ke 16 buah kampung daripada 27 buah kampung yang ada di sini. Itupun sekali atau dua kali saja ke sana bersama keluarga kecil saya...
 
Untuk daerah yang bersempadan dengan Cameron Highlands iaitu Daerah Batang Padang, Perak  terdapat 42 buah penempatan Orang Asli dan kebiasaanya anda boleh melihat sebahagian daripada perkampungan-perkampungan Orang Alsli ini di jajaran Jalan Pahang atau dikenali Jalan Tapah ketika menuju ke Cameron Highlands. 
 
Bagi Mukim Chenderiang, Perak pula terdapat 9 buah Perkampungan Orang Asli , Mukim Bidor mempunyai 10 buah  Perkampungan Orang Asli , Mukim  Sungkai 9 buah Perkampungan Orang Asli dan Mukim Slim 23 buah Perkampungan Orang Asli menjadikan 101 buah di Daerah Batang Padang ini.
 
Banyak kan ?
Seronok kalau dapat berjalan-jalan ke perkampungan ini dan jika dapat membuat profile catatan di sini .
 
Apapun 101 dan 27 buah perkampungan Orang Asli ini tidak akan selesai jika tidak dimulakan dengan langkah ke sebuah penempatan sebagai permulaan....
 
silakan.... catatan awal saya mengenai perkampungan orang asli, wajah-wajah mereka, rumah tradisional dan beberapa lagi catatan berkaitan telah saya kongsikan... silakan membaca...

3 comments:

Anonymous said...

Mr Kumai,

Sampai kemari ketika mencari site images Lembah Bertam Ringlet yang baru ditimpa bencana ... then Kg Sg Ubi yang baru saya jenguk sambil lalu ... AlhamduLillah blog ini sangat membantu saya melihat lebih dekat kampung-kampung masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands ...

Terima kasih.

HS

fauzi said...

Salam.. Kg tiat tu.. Bemaksud kg tiat telanok ke.. Brapa jauh dari tanah rata.. Dlm brapa minit

fauzi said...

Blh tlg sent imfo pd sy tak..
www.wasap.my/60195088280

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock