TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, November 5, 2013

Thompson Trail 2013: Cabaran Off road bermula...

Sebelum sampai ke peringkat ini, kebanyakkan rider kelihatan tersenyum menghadapi cabaran kayuhan yang dikatakan kacang, kurang mencabar dan hanyalah di atas jalan.
 
Bagi saya baguslah tu kerana kalau semua 45 km yang dijanjikan melibatkan off road dah namanya jamboree pulak kan. Masuk 10 km pertama ada yang berpatah balik pula nanti.
 
Apapun biarpun 35-38 km yang terawal inipun sekadar jalan raya, menuruni bukit dan sedikit pendakian sebelum sampai ke Kg Kuala Boh, sebenarnya sudah ada yang memilih hilux dan landrover pihak penganjur untuk balik ke tapak penamat.
 
 
Untuk laluan off trek ini, selepas mereka berada dan berehat seketika dan penat bergambar dengan masyarakat orang asli, akhirnya perjalanan diteruskan.
 
Cabarannya adalah "laluan trek".
 
 
Halangannya adalah "single trek".
 
 
Dahulu laluan ini adalah laluan seperti laluan masuk ke Kg Kuala Boh tetapi kini terabai kerana jalan baharu telah dibuka.
 
Kalau mengikut GPS salah seorang peserta, laluan ini melibatkan jarak sejauh 5 km.
 
Rider telah melalui laluan sempit dan berbukit serta melalui kawasan hutan yang melitupi sepenuhnya kanopi laluan ini.
 
Saya melihat kesungguhan para rider beratur untuk memasuki laluan ini.
 
 
Sesak. Adalah gambaran yang tepat.
 
Perlahan. Kelajuan yang tidak digemari oleh para rider.
 
Melalui perjalanan trek yang sedikit mendaki mengurangkan kelajuan yang diinginkan kerana tidak semua mampu untuk mengayuh basikal ke puncaknya.
 
 
Tidak ketinggalan trek yang basah menyebabkan tayar basikal berpusing ligat.
 
Akhirnya pilihan terbaik adalah menolak basikal mendaki bukit.
 
Separuh perjalanan dilalui, ada yang telah menyerah tewas dan pilihan untuk berundur kembali ke Kg Kuala Boh.
 
Melewati separuh perjalanan, makin ramai yang tewas memaksa bantuan dari para marshall dihulurkan dengan membawa keluar rider yang keletihan dan cedera terutamanya kejang di bahagian kaki dan perut.
 
 
Bukan sekadar membawa keluar dari kawasan hutan ini malah ada di kalangan marshal yang menjadi pengayuh gantian untuk membawa basikal keluar berulang-ulang kali.
 
Mujurlah ada di kalangan marshall yang merupakan rider dari Cameron Rider.
 
Cuma bila dapat basikal 29 ..letih mereka.... biasa layan 26....
 
 
Sebenarnya bagi mereka yang masih bertahan laluan 1.5 km terakhir di sini sewajarnya mampu dinikmati kerana terdapat alur sungai yang amat jernih dan dingin. Malah amat sesuai untuk singgah sebentar bergambar dan membasahkan tekak.
 
Namun mungkin tidak ramai yang dapat menikmati sepenuhnya kawasan alur sungai ini kerana kepenatan fizikal dan mental telah menghalang keinginan yang lain.
 
Kawasan trek yang mendaki ini sebenarnya berubah dari 958 meter dari paras laut di Kg Kuala Boh membawa kepada 1112 meter di destinasi seterusnya Kg Pangan.
 
Saya melihat wajah lega dikalangan para rider dibahagian belakang apabila sampai di kampung ini dan soalan yang diajukan kepada saya selain berapa jauh lagi adalah, bila lori nak sampai !!!!
 
 
Klik untuk koleksi gambar di sini dan di sini

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock