TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, October 4, 2013

Cameron Highlands : Jim Thompson Cottage

Saya pernah beberapa kali ke Moonlight dan Sunlight Bungalow yang terletak berdekatan dengan Jalan Sultan Abu Bakar. 

Pernah dimarah dan dihalau sekitar tahun 2008 oleh penjaga bunglow ini yang mengatakan ini adalah kawasan persendirian. 

Tahun lepas saya pergi sekali lagi sekadar berjalan pagi dan melihat mereka sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian. 

Pertengahan tahun, ianya mula dibuka untuk orang ramai menginap di sini.

Misteri kehilangan Jim Thompson yang tiada berkhabaran kesudahannya terus menjadi tarikan kepada penginapan di sini.  Kisahnya pernah saya kongsikan di catatan ini terdahulu. Klik sini untuk catatana tersebut. Klik


Cuma ketika kunjungan kami anak beranak ke sana minggu sudah memang menarik.

Jika anda ingin membuat reunion yang berskala kecil sekitar 10 bilik dengan kawasan yang sempurna, saya mencadangkan lokasi ketiga-tiga banglo dan cottage ini.

Mereka menawarkan Banglo Moonlight, Sunlight serta yang terbaru Starlight untuk sewaan harian. 


Tidak perlu menyewa sebuah banglo, kerana anda boleh menyewa sekadar biliknya juga. 

Lokasinya amat menarik di atas puncak bukit dan senibina banglonya adalah bercitarasakan Enggeris dengan halaman yang amat luas menjadikan kunjungan anda berbeza. 

Cuma difahamkan tiada cafe di sini. Namun anda masih boleh berBBQ di sini di kala malam sambil bersembang sehingga ke awal pagi tanpa gangguan. 

Untuk maklumat lanjut anda klik sahaja laman JIMTHOMPSONCOTTAGE untuk paparan laman mereka.

Jangan lupa, jika anda menyertai Jim Thompson Funride  pada hujung 26 Oktober ini, anda boleh menginap di sini sebelum menyertai hari berbasikal tersebut. Klik

Klik juga gambar yang sempat saya rakamkan minggu sudah. di SINI

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock