TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, May 25, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Jungle Walk No 4

Dalam catatan terdahulu saya berkongsikan mengenai cabaran pendakian dan kembara lasak di sekitar Cameron Highlands.
 
Banyak pilihan untuk anda bermula dari peringkat ringan sehinggalah ke tahap mencabar.
 
Untuk catatan kali ini, saya ingin kongsikan dua buah lokasi yang saling berhubungan dan berdekatan.
 
Pertama adalah laluan Jungle Walk 4 yang menghubungkan laluan ke Kem Sungai Pauh dan juga Parit Waterfall.
 
 
Trail ini mudah dan ringkas. Separuh daripadanya adalah laluan konkrit batu bata dan sebahagian lain adalah laluan denai hutan.
 
Sedikit pendakian ringan diperlukan di sebahagian laluan ini dan selebihnya santai.
 
Kalau tak silap saya ekitar 1 km lebih panjang laluan ini dan saya mengesyorkan anda untuk bermula dengan laluan denai sebegini bagi yang kurang biasa melakukan kembara lasak.
 
Istimewanya anda akan melalui kawasan kajian pokok ecoulyptus dan juga pokok renek di bahagian atas laluan ini.
 
Di bahagian pokok renek dan bonsai, anda akan menemui pokok-pokok yang berlumut dan trek laluan yang telah dilalui oleh pengguna yang sebelumnya.
 
 
Manakala di laluan plot kajian tanaman ecouplytus, anda akan melihat bagaimana pokok ini ditanam dan sedikit pendakian menggunakan tali yang disediakan.
 
Kawasan laluan di sekitar plot tanaman ini agak menarik dengan daun pokok yang luruh berwarna merah menghampari kawasan laluan.
 
 
Namun jangan berlari kerana permukaan agak licin sedikit ekoran ketebalan daun yang luruh.
 
Untuk meletak kenderaan, anda boleh ke kawasan pejabat hutan ataupun ke kawasan Parit Waterfall.
 
Permulaan yang disyorkan bagi mereka yang ingin laluan trek ringkas dan mudah serta dekat dengan Tanah Rata.
 
Koleksi gambar selebihnya di laman FB mrkumai.blogspot yang baharu ini... Klik SINI

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock