TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU... Mengenang guru di Felda Kumai.

Saya kongsikan catatan saya mengenai SELAMAT HARI GURU di feldakumai.com . klik

Hari ini 16 Mei . Baik di FB, Tweeter, blog malah di laman chat seperti whatsapp dan WeChat … semua mengucapkan Selamat Hari Guru … jom kita kenang-kenang kembali sejarah dan kenangan  kita bersama insan yang telah banyak berjasa ini.

Jom klik youtube Upin dan Ipin ini sambil-sambil membaca catatan di bawah..


Kalau kita kenang-kenang semula kisah kita di Felda Kumai, rasanya pasti semua akan mudah mengingati jika nama-nama cikgu disebutkan. Barangkali nama itu mungkin tidak selari dengan sesetengah generasi tetapi masih tetap berstatus, mereka yang telah banyak berjasa kepada kita.

Bagi generasi kami yang sekitar 30 an ini, nama seperti Cikgu  Som di TADIKA atau Taman Didikan Kanak-Kanak bukanlah nama asing.Beliau bersama rakan-rakannya seperti Cikgu Janiah, Cikgu (suaminya Arwah Abg Din ) ,  bersama-sama mengajar kami yang masih hingusan sekitar berusia 6 tahun ketika itu mengenal A,B,C , 1,2,3 dan seterusnya.

(saya ingat… tapi lupa nama Cikgu-Cikgu tadika..jom penuhkan nama mereka di ruangan ulasan….


Bezanya juga ketika kami masih kecil, bukan semua mendapat pendedahan awal mengenai huruf-huruf dan angka-angka ini di rumah kerana ketika itu bukanlah semewah sekarang.

Buku-buku bacaan dan pendidikan awal mudah dibeli. Malah gajet-gajet berteknologi tinggi digunakan secara meluas. Anak-anak kecil didedahkan dengan huruf dan angka seawal mungkin.

Malah ketika itu, televisyen untuk rancangan pendidikan amat kurang dan kalaupun ada pula , bekalan tenaga elektrik hanya sampai sekitar 1991 sahaja.

Dari kami yang bebal dan tidak tahu ini, mereka di sekolah tadika ini mula mendidi kami satu persatu dengan penuh kepayahan dan lebih mencabar dalam suasana yang kekurangan seperti bilik tadika yang tiada berkipas dan berlampu ketika itu.

Malah cabaran yang sebegini bukanlah sesuatu yang mungkin ditemui sekarang di mana-mana pusat pendidikan awal yang serba canggih dan moden.

Maka, sewajarnya mereka diangkat kerana dari tidak mengenal A,B, C serta 1,2,3, kami mula berlari anak ke arah cahaya ilmu.

Menjejak pula usia 7 tahun, kami mula diterima sebagai MURID di SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP Kumai. Tahun 1986, ketika itu sekolah hanya mempunyai dua blok sahaja iaitu blok utama dan blok kedua dibelakangnya.  1986 juga menyaksikan blok tambahan berhadapan dengan kantin dibina.


Cikgu-cikgu ketika itu muda belaka dan jika bekeluarga anak-anak mereka masih bersekolah sebaya. Mereka yang baru ditempatkan di sini merasai sama keperitan dengan peneroka yang lain.

Rumah tidak bercahaya neon diwaktu malam, airnya pula tidak mengalir biarpun dipulas-pulas paipnya. Jalannya berwarna merah di kala musim panas dan becak lumpur di kala musim hujan.

Hiburannya hanya pada padang bola di waktu petang bersama belia dan warga peneroka yang masih muda ketika itu menghambat dan dihambat lawan hanya kerna sebiji bola. Mereka sama tangkas memperagakan aksi di padang dan kadang kala turut tidak tersisih jika ada aksi panas mengundang datang.

Namun di sekolah mereja juga tangkas dan bertungkus lumus mengajar dan mendidik anak-anak bangsa tentang a,b, c yang diatur menjadi perkataan dan 1,2,3 bukan sekadar ditambah sesama malah didarab, dibahagi dan sebagainya.
Ilmu alam, ilmu hisab, ilmu agama, musik, bahasa dan pelbagainya diajar satu persatu.

Mungkin nama seperti Cikgu Azmi, Jalaini, Samsudin, Fuad,Teacher Roziah, Sabri Islam, Ferhad, Daud, Che Putih, Norbimah, Zaini, Ustaz Hamid, Ustazah Rohani, Norasyikin, Supian dan golongan cikgu muda lepasan maktab seperti Sharkawi, Khairuddin, Sabri Nawi, Ahmad Shakri dan yang lain-lain menghidupkan rencah warga pendidik di sekolah ini.

Juga jangan lupa dikala pagi dan petang, juga mendapat didikan agama di sekolah rakyat untuk mengenal alif, ba, ta beserta sabdu dan tanwin. Fikah, Sejarah dan Tajwid ditanam di dalam diri oleh para ustaz dan ustazah. Ingatkah anda kepada Ustaz Hj Salleh, Ustab Talib, Ustazah Zabedah,Ustaz Yahya, Ustaz Yunus, Ustaz Mat Akhir dan yang lain tegas beserta rotan ketika mengajar.  

Mereka ini hanyalah sebahagian dari ratusan guru yang telah berjasa kepada generasi muda di Felda Kumai.
Merekalah yang telah mempersiapkan kita dalam menuju alam cabaran di luar sana.

Kini ramai yang berjaya dan pastinya tidak akan lepas untuk mengingati wajah-wajah guru biasa yang telah banyak berjasa….

SELAMAT HARI GURU… kami ucapkan…
TERIMA KASIH ..kami kalungkan..

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock