TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, May 8, 2013

PRU 13 : Sejarah tercipta, YB pertama dari Generasi pertama Felda Kumai

Setelah menjadi sejarah sebagai anak Kumai yang pertama masuk ke gelanggang pertandingan di Pilihanraya Umum, ternyata sejarahnya tidak berakhir di situ sahaja.
 
Menyusuli sejarah baharu bagi Generasi Felda Kumai, Saudara Zaidy Abdul Talib kini bergelar anak Kumai yang pertama bergelar Yang Berhormat biarpun bukan di gelanggang kampung ataupun feldanya sendiri namun beliau membuktikan kepimpinannya turut diterima menyeberangi sempadan negeri.
 
Dun N15 Taman Templer pada 5 May yang lalu menyaksikan pengundi-pengundi di kawasan tersebut telah memilih Yang Berhormat Zaidy Abd Talib sebagai wakil rakyat mereka.
 
Dikongsikan keputusan penuh Piliharaya Umum Dewan Undangan Negeri Selangor bagi N 15 Taman Templer.
 
Dun Templer
 
mrkumai akan cuba mendapatkan bualbicara bersama Yang Berhormat Zaidy Talib dalam tempoh masa yang sesuai selepas selesai segala urusan yang perlu beliau lunaskan terlebih dahulu.
 
Tahniah kami ucapkan!!!

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock