TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, April 6, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Legasi Convent Tanah Rata...

Cameron Highlands yang dibuka seawal 1900 an menyimpan bukan satu atau dua monumen sejarah yang mencecah usia 80 tahun. Bersesuaian ketika itu daerah ini dibangunkan sebagai stesen Tanah Tinggi selepas lawatan Sir Maxwill selepas penemuannya didokumentasikan oleh William Cameron pada tahun 1885.
 
Antaranya adalah Sekolah Kebangsaan Convent yang terletak di Tanah Rata. Jika anda dari Tanah Rata, nun di hujung jalan kelihatan sebuah bangunan ala Enggeris yang masih kukuh dan itulah Sekolah Convent.
 
Saya tidak mahu berkongsikan peralihan sejarah yang berlaku di sekolah ini yang sebenarnya bermula dengan sebagai sekolah mubaligh.
 
Apapun petikan berita dari Kosmo Oleh AZMI ABDUL MALEK ini saya kongsikan.
 
Kiranya tema bagi catatan bulan APRIL adalah petikan berita mengenai Cameron Highlands... Baca surat khabar lama memang seronok kan...



MAJLIS Makan Malam Amal sempena sambutan Jubli Intan ke-75 SKC di Cameron Highlands.

TERLETAK kira-kira 100 meter dari Pusat Bandar Cameron Highlands, Sekolah Kebangsaan Convent (SKC) Cameron Highlands mempunyai sejarahnya tersendiri.

Kebiasaannya SKC di seluruh negara hanya menerima murid perempuan belajar di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun keadaan agak pelik apabila sekolah jenis kebangsaan Inggeris itu di Tanah Rata, Cameron Highlands menerima murid lelaki dan perempuan belajar dalam satu kelas.

Menurut Guru Besar SKC Cameron Highlands, Norzihan Rijaluddin, dulu sekolah itu ditubuhkan untuk anak perempuan pekerja Inggeris yang bekerja di ladang teh di Cameron Highlands.

“Setelah negara ini merdeka, pada tahun 1962 kerajaan Malaysia mengambil alih sebahagian daripada pentadbiran sekolah berkenaan mengikut Akta Pendidikan 1961.

“Pada ketika itu SKC mula menempatkan murid perempuan tempatan belajar di situ dengan menggunakan pengantar Bahasa Inggeris,” ujarnya yang menambah SKC adalah sekolah tunggal di Cameron Highlands yang mengajar semua mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris.

Pada tahun 60-an jugalah sekolah tersebut mula menerima pelajar lelaki untuk turut sama menjadi warga SKC Cameron Highlands.

Norzihan berkata, pelaksanaan itu terus berjalan sehingga kini bagi memenuhi kehendak penduduk tempatan.

Tambah Norzihan lagi, SKC Cameron Highlands kini mempunyai 138 murid lelaki dan 128 murid perempuan, 28 orang guru dan telah berjaya melahirkan 4,955 murid sejak 1962.

Ini bermakna ketika SKC lain hanya mempunyai alumni wanita, SKC Cameron Highlands turut memiliki alumni lelaki.

Antara tokoh yang pernah belajar di situ ialah Pengarah Urusan Bharat Tea Plantation, Cameron Highlands, Datuk Kesav Kumar a/l Brijkishore dan usahawan berjaya, Datuk Yee Shan Kan.

Sekolah itu berjaya mencapai kelulusan 91.6 peratus menguasai semua mata pelajaran dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 dan 19 peratus memperoleh gred A bagi setiap mata pelajaran dengan tujuh daripada 36 calon muridnya memperoleh 5A serta enam pelajar mencapai keputusan 4A1B.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0111&pub=kosmo&sec=Genk&pg=gk_04.htm#ixzz2PfLE7C8q
Hakcipta terpelihara

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock