TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, April 6, 2013

Tips Melawat Cameron Highlands: Kisah si penjual Petai ...

Petai. Ulaman yang amat terkenal dan sentiasa di cari. Di Cameron Highlands, Petai mudah untuk diperolehi khasnya oleh masyarakat orang asli dari hutan terdekat mereka.
 
Dari sepanjang lalaun mendaki melalui Jalan Pahang, Tapah, anda akan mudah menemui deretan gerai tradisional kaum Orang Asli yang menjual petai baik yang diikat kecil ataupun jambakan petai yang besar.
 
Kisah yang saya ingin kongsikan ini adalah mengenai Mamud yang mengusahakan jualan petai yang diperolehi dari kawasan kampungnya.
 
Ia adalah pekerjaan sampingan beliau di musim pokok petai mengeluarkan hasil. Kerja utamanya adalah pemandu kepada salah seorang pemilik syarikat ladang teh yang terkenal di Cameron Highlands.
 
Istimewanya, Mamud adalah jiran saya yang menghadap pintu di apartment kami di Tanah Rata yang akan saya temui seawal pagi dan setiap hari.
 
MAMUD A/L BANGUS memegang beberapa ikat petai untuk
dijual kepada pelanggan yang singgah di bangsalnya
berdekatan Jalan Ringlet, Cameron Highlands, baru-baru ini.
 CAMERON HIGHLANDS 9 Mei - Bagi masyarakat Orang Asli di sini, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari rezeki menerusi sumber hutan.
 
Antaranya dengan menjual petai kepada orang ramai termasuk pelancong.

Salah seorang penjual petai, Mamud a/l Bangus, 42, dari Kampung Tanah Rata, di sini yang memborong beribu-ribu papan petai kepada peminat buah tersebut yang singgah di kampungnya sebelum ke pusat peranginan Cameron Highlands.

Bagi tujuan itu, dia mendirikan bangsal kayu di tepi jalan raya antara Ringlet ke Pekan Tanah Rata untuk menjual petai.

''Saya tidak perlu memanggil pelanggan berhenti untuk singgah di bangsal ini. Ratusan papan petai yang diikat dan tergantung di bangsal ini telah memadai untuk menarik minat pelancong singgah di sini.

''Kebiasaannya, pelancong Barat dan Jepun teruja melihat petani ini, lalu mengajukan pelbagai soalan sambil merakamkan gambar. Saya melayan kerenah mereka dengan menerangkan dengan jelas mengenai buah ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Tanah Rata baru-baru ini.

Mamud yang boleh bertutur bahasa Inggeris dan Mandarin berkata, dia memborong petai daripada mereka yang tinggal di pedalaman dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk masuk ke kampung mereka.

Apabila tiba musim petai, katanya, dia akan membeli 2,000 hingga 3,000 papan petai setiap hari daripada salah seorang rakannya.

''Setiap seikat petai yang mengandungi 100 papan dijual dengan harga RM80," katanya.
Kebiasaannya, kata Mamud, petai muda boleh disimpan lama dan petai tua pula boleh dijerukkan sebelum dijual kepada pelanggan.

''Saya mampu meraih antara RM200 hingga RM300 sehari bagi menampung keperluan keluarga termasuk menyara persekolahan anak, selain dijadikan modal pusingan untuk memborong petai lain," ujarnya.

Selain petai, tambah Mamud, dia juga menjual madu lebah, ubat-ubatan herba, pisang, buah taban dan ubi yang diperoleh daripada pemborong di pekan Tanah Rata dan Brinchang.

''Bagaimanapun, saya lebih suka menjual petai kerana mudah dipasarkan selain buah ini menjadi kegemaran pelbagai bangsa termasuk orang Barat," katanya.

Artikel Penuh: Klik
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock