TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, April 22, 2013

PRU 13: Calon DUN Tanah Rata

Juga sejarah tercipta di sini bilamana 4 penjuru saingan untuk merebut jawatan ADUN di Tanah Rata.

Foto SayaKalau dilihat pada sejarah PRU 12 yang lalu menyaksikan 3 penjuru kerana wakil bebas , Ho Yip Kap yang memenangi pilihanraya tersebut akhirnya menjadi ahli GERAKAN.

Suasana ketika itu jelas di mana, Parti MCA menolak calon yang dipilih oleh pimpinan mereka Chai Kok Lim lantas segerombolan ahlinya mencadangkan YB Ho Yip Kap bertanding.

Ho Yip Kap memang dikenali oleh penduduk Cameron Highlands kerana pernah menjadi Pengetua bagi ketiga-tiga buah sekolah menengah yang ada di Cameron Highlands sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru.

Biarpun menang sekadar perbezaan 600 undi berbanding yang lain, YB Ho ketika itu sudah diramalkan awal-awal lagi akan memenangi kerusi ini kerana beliau adalah calon asal MCA yang dicadangkan oleh akar umbi.

Kini senario berbeza, saingan terbuka jelas malah strategi pertukaran kawasan iaitu MCA menyerahkan kawasan Tanah Rata kepada Gerakan mendapat bantahan akar umbi.

Sudah wujud kata-kata dibelakang istilah boikot untuk undian kepada Gerakan biarpun YB Ho mempertahankan kerusi tersebut.

 
Lebih merancakkan saingan, adalah calon pilihan baharu DAP , Leong Ngah Ngah yang dibawakan dari DUN Triang ke sini. Calon ini merupakan penyandang ADUN Triang melebihi 4 penggal PRU.

Ramai menyatakan, DAP akan menang di sini.

Namun jangan pula lupa untuk melihat calon bebas, Doktor Cheam yang mengusahakan Klinik Liew & Cheam di Brinchang. Kata-kata beberapa orang yang saya , calon ini disokong oleh REACH Cameron Highlands.

CHEAM MAY CHOO

Manakala seorang lagi calon bebas masih belum saya temui dan perolehi maklumat latar belakangnya.

errr tiga ke empat penjuru...?

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock