TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, April 12, 2013

Petikan Berita : Jenayah pencerobohan alam sekitar ...

Kisah pembukaan kebun sayur secara haram yakni mengambil tanah rizab hutan dan kerajaan telah saya kongsikan dalam catatan-catatan terdahulu.
 
Beberapa gambar mengenai kemusnahan yangtelah berlaku juga dikongsikan sebagai bukti kerakusan jenayah ini yang tidak berhenti-henti berlaku di Cameron Highlands.
 
Kami diibaratkan sebagai anak yang telah kehilangan suara tangisan tetapi masih belum berhenti menangis sebenarnya tatkala setiap kali melihat kemusnahan alam sekitar yang berlaku.
 
Namun apakan daya, kuasa dan upaya kami sekadar di tahap sebegitu kerana kerdilnya kami berbanding mereka.
 
Jadi kisah yang dipaparkan di dalam mStar Online ini saya kongsikan dengan anda.

Selasa Oktober 9, 2012
        
Penduduk Dakwa Tanah Di Cameron Highland Diteroka Secara Berleluasa


Tanah kerajaan yang dibersihkan secara haram di Mensun Valley berhampiran Brinchang, Cameron Highlands diambil oleh Persatuan Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands (REACH) sebagai bukti.

CAMERON HIGHLANDS: Aktiviti pembersihan tanah sedang dijalankan secara berleluasa di beberapa kawasan hutan rizab di sini, menurut penduduk-penduduk berhampiran.

Sebagai tindak balas terhadap aduan mereka, Pejabat Daerah menjalankan serbuan dan merampas jentera berat, termasuk jengkaut.

Penduduk berkata penebangan pokok secara berleluasa dilakukan dalam empat bulan lepas terutamanya.

K. Rengasamy, 58, berkata: "Daripada apa yang saya perhatikan, kira-kira 12 hektar tanah telah dibersihkan."

Seorang lagi penduduk Oh Peng, 58, berkata penebangan pokok telah menjejaskan bekalan air ke rumah.

R. Subramaniam, 51, bimbang bahawa cerun yang terdedah akan mengalami hakisan semasa cuaca buruk.

ADUN Tanah Rata Datuk Ho Yip Kap berkata pembersihan tanah berlaku secara berleluasa, tetapi tidak tahu ia menyalahi undang-undang.

Beliau, bagaimanapun, bimbang tentang kesan dan akibat daripada aktiviti tersebut.
"Dengan musim hujan yang semakin dekat, kita tidak mahu berlaku tanah runtuh dan air sungai berkelodak," katanya.

Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk S.K. Devamany berkata penerokaan tanah secara haram berleluasa di kawasan itu, dan semua pihak harus bertemu dan tampil dengan strategi untuk menangani situasi ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam reaksinya berkata beliau telah mengarahkan pegawai daerah Cameron Highlands untuk memeriksa dakwaan tersebut.

"Jika ia benar (bahawa tanah di kawasan hutan simpan sedang ditebang), saya mahu pihak berkuasa berkenaan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin," katanya.

Pegawai Daerah, Datuk Ahmad Daud berkata tapak di Blue Vallley telah diserbu tiga minggu lalu dan jentera berat telah dirampas.

Beliau menambah: "Mereka menjalankan kerja pada waktu malam, dan kita kekurangan tenaga kerja. Mereka membersihkan tanah yang jelas jauh di dalam hutan dan apabila pegawai-pegawai kita tiba di lokasi, mereka telah tiada. "

Ahmad berkata beberapa kawasan hutan berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan, sambil menambah bahawa "kita akan bertindak jika aktiviti haram dikesan pada tanah kerajaan negeri".

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock