TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, April 11, 2013

Petikan Berita Cameron Highlands: 4 Pekerja restoran ditahan angkara dadah

Petikan berita dari Harian Metro in masih panas dari oven. Cuma masih belum pasti restoran manakah yang dimaksudkan....

KUANTAN: Empat pekerja yang berada di bawah pengaruh dadah diberkas di dalam sebuah bilik di sebuah restoran di Brinchang, Cameron Highlands semalam.

Dalam serbuan 3.20 petang itu polis turut menemui satu bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 32.14 gram dan syabu 5.63 gram selain beberapa peralatan menghisap dadah. 

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata semua suspek berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya. 

"Semua suspek disahkan positif penyalahgunaan dadah jenis syabu dan heroin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Beliau berkata serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands hasil maklumat awam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09

Lagi kisah mereka disiarkan hari ini :

Cameron Highlands: Tingkah laku empat sahabat yang kelihatan lalok ketika menerima pesanan pelanggan, terbongkar apabila mereka sebenarnya didapati mengambil dadah jenis syabu dan heroin sebelum memulakan kerja di sebuah restoran di Brinchang dekat sini, petang kelmarin.

Perbuatan mereka itu terbongkar apabila polis melakukan serbuan di premis berkenaan pada jam 3.20 petang.

Dalam serbuan itu, semua pekerja restoran terbabit berusia 16 hingga 40 tahun ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ketika berehat dalam sebuah bilik di belakang premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, sebelum serbuan sepasukan anggota polis menyamar sebagai pelanggan memasuki restoran dan mengetuk pintu bilik belakang berkenaan sambil mengarahkan suspek memberi kerjasama.

Menurutnya, sebaik pintu bilik dibuka, sepasukan anggota polis menyerbu masuk menyebabkan semua suspek terbabit gagal memboloskan diri sebelum anggota polis menjalankan pemeriksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/10

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock