TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, February 4, 2013

Felda Kumai ... rumah lama ...

Menjadi peneroka di Tanah Rancangan Felda membawa satu detik perubahan kepada semua yang terlibat. Ini kerana sebaik sahaja ayah melapor diri di Felda,  anda sekeluarga sebenarnya telah membuka langkah baru dalam kehidupan.

Koleksi Pak Abu. Alumni Asrama Felda.. katanya Jengka 11
Koleksi Pak Abu, Allumni Asrama Felda, Katanya Jengka 11

Sebagai peneroka felda, selain tanah rancangan yang telah dipilih dan ditawarkan, keluarga anda menjalani kehidupan sepenuhnya dibawah perancangan yang telah diatur. Peneroka akan diberi undian untuk mendapatkan tapak rumah dan blok.

Ketika ini, anda masih belum tahu di manakah rumah anda. Namun sebenarnya tiada rasa gundah ataupun risau kerana terpilih menjadi peneroka ketika itu sudah menjadi satu nikmat yang tidak terkata biarpun permulaan

Antaranya kemudahan rumah kepada semua peneroka. Berbeza dengan kaedah awal pembukaan dan penerokaan felda seperti di Felda Lurah Bilut dan seangkatannya. setiap peneroka disediakan rumah yang telah siap dibina.

Rumahnya berasaskan papan. Mempunyai satu ruang tamu, satu bilik yang memisahkan ruang tamu dan bilik, sebuah ruang dapur dan sebuah ruang membasuh disebelahnya.

rumah lama felda

Manakala tandas adalah dari jenis tandas cangkung yang terletak sedikit kebelakang rumah. Kemudahan bekalan air tiada dan kebiasaanya di perolehi dari kawasan sekitar. Kemudahan bekalan elektrik juga tiada.

Insyaallah, akan saya kongsikan sedikit mengenai peredaran dan perubahan yang dialami oleh kami.

Kawasan rumah bersaiz suku ekar setiap seorang. Mempunyai laman yang luas dihadapan dan dibahagian belakang untuk bercucuk tanam. Selepas melapor diri dan diberik taklimat ringkas, peneroka akan mencabut undian tapak rumah.

Kemudian, pengawai felda akan menunjukan rumah yang telah diundi oleh peneroka. Biasanya, ketika ini kawasan rumah dalam keadaan semak samun dan sekali pandang mungkin agak meragukan untuk tinggal di sini.

Kedudukan rumah mengikut kawasan felda. Di Felda Kumai, ada yang mendapat kawasan yang rata seperti blok 1 hingga ke blok 11 manakala selebihnya dikawasan yang sedikit tinggi ataupun berbukit.

rumah lama felda2

Jika anda perhatikan, rumah lama felda ada yang dibina tinggi dan ada yang dibina rendah. Cuba lihat dan kenangkan semula rumah lama anda atau jiran anda.

Yang berada diatas bukit biasanya akan bertiang dan berlantai tinggi manakala yang berada dibahagian bawah bukit pula akan berlantai rendah.

Kenapa agaknya dibina sebegitu? Sebenarnya mengikut kata tukang rumah , Arwah Pak Long (Saya lupa nama penuhnya), rumah felda dibina sebegitu kerana pergerakkan angin yang melalui kawasan bukit dan bawah bukit yang menyebabkan ianya dibina sebegitu.

Kini, di Felda Kumai, rumah-rumah lama felda sudahpun hampir lenyap sepenuhnya dengan perubahan dan pengubahsuaian. Rumah yang berbentuk moden dan lebih besar dibina sepanjang tempoh menetap di sini seiring dengan perkembangan keluarga dan pertambahan nilai ekonomi yang lebih baik.

Kemudahan asas amat baik seperti jalan raya yang berturap, bekalan elektrik 24 jam dan bekalan air yang baik biarpun terdapat gangguan.

Saya pasti anda mempunyai pengalaman yang mungkin berbeza dari yang saya alami. Apakata anda kongsikan bersama di ruangan ulasan di bawah ...

(Catatan ini boleh juga anda baca di feldakumai.com)

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock